Thursday, June 05, 2008

Penat OK. Tapi less stress. Maybe sebab dapat makan epal kot?


Day 1 - misteri minyak sapi
Sebagai penggemar nasi minyak, we always have minyak sapi (ghee) in our house. Without me realizing sbb sibuk dengan Adam yang melalak-lalak, Iman took out an opened-can from the fridge. Minyak sapi ni kalau tak refrigerate, memang akan cair. Iman letak tepi TV sampai cair then he dipped kain lap dalam tu and sental a small part of the TV rack dan beg-CD dia. And another he dipped another kain, still saya tak perasan. Sampailah dia sapu atas kepala dia, ala2 letak minyak rambut. Tebby balik rumah, cium budak2 tu, terus dia tanya.. Iman muntah ke? Apsal dia bau semacam?

Day 2 - kisah telur terbang
My kids are so into nasi these days. Sungguh sangat tidak selari dengan kempen gomen kurangkan makan nasi. Lauk feveret lak telur. Kira feveret menu diorang ni -> Nasi Kicap Telur. Kakak dah start minat ikan but then selalunya telur jugaklah. Bila Adam tidur aje, saya bersilat kat dapur. Goreng telur 2 biji. Bubuh dalam pinggan. Suruh Kakak ambik letak kat meja makan. Tiba2 dia menjerit, telur terbang.. telur terbang. Tu lah, mata ke mana, tangan ke mana. Pinggan kat tangan tapi telur dah terbang. Habis telur goreng 2 biji singgah kat lantai. Sabor je lah.

Day 2 - kisah si gunting tumpul
Tak cukup dengan telur terbang, Iman pun buat jugak part dia. Dia pi ambik gunting yang Kakak selalu guna untuk subject Arts dia tu. Diam2 dia dok dalam bilik menggunting baju Abahnya. Baju ofis pulak tuh! Sib baik bukan baju yang Tebby baru beli. And sib baik jugak, kecik aje cariknya sebab Ummi sempat tangkap dia red-handed. Terkujat dia masa saya sergah dia dok menggunting tu!

Day 3 - misteri telur mata kerbau yang buta
Hari ke-3 ni nak goreng ikan sebenarnya tapi Adam buat hal pulak so nak cepat punya pasal, telur lah jugak. Like usual, saya goreng 2 biji. Kali ni baik punya telur mata. Tang kuning tu elok je terletak tak pecah cam selalu. Time makan nasi pun tiba. Saya tengok pinggan telur takde bawah tudung saji. Aikk.. mana pulak peginya. Rupanya Iman tengah syok aje korek tang kuning tu dia bedal sorang2. Sekali lagi sabor. Panjang muncung Kakaknya tengok tinggal telur putih aje. Sib baik ada 2 biji. Sebiji lagi Iman tak sempat kerjakan.

Itulah kisah saya sepanjang 3 hari dengan budak2 nih. Mulanya cadang nak hantar Kakak and Iman ke taska so I have just Adam to mind. Tapi kesian pulak. Time cuti2 sekolah ni, apa kelas pegi taska kan. Dahlah Ummi ada kat rumah. So, dengan semangat keibuan yang tebal (ceh.. ayat patriotik), I let them stay home with me. Kecoh memang kecoh. Ada masa, sorang dok sibuk nak makan nasi, sorang lagi be**k pulak. Ada masa pulak, sorang tu sibuk tanya pasal grammar English, yang sorang lagi menggunting baju Abahnya. Ada sekali tu, sebelah tangan goyang buai Adam, sebelah lagi suapkan nasi Iman. Ada sekali lagi tu, melayan Kakak makan nasi. Sebelah tangan suapkan Iman. Adam lak elok2 parking atas riba menetek dengan jayanya. Adoilah. Time ginilah rasa nak sangat ada maid. Rumah tunggang terbalik. Kain bertimbun tak berlipat. Baju sekolah Kakak tak sort lagi. And know what, kasut sekolah dia pun belum basuh. Tadi je sempat sental bag sekolah dia.

Ni belum lagi saya masuk kerja balik nih.. isk.. isk.. isk...

11 comments:

oren said...

saya tengah merasai 'kesibukan' yg akka ceritakan nih..tp respek la sbb akak dlm pantang, tapi masih buat semua benda..baik2 jaga diri kak (walaupun saya tau, mmg tak bleh sgt kan?)

Dulu, saya guna semua tangan dan kaki...satu tgn tolong pegangkan botol naufal, satu tgn dok tepuk2 dia, sebelah kaki plak dok tepuk2 punggung si abang yg ala2 nak lelap...hahahaha...

la nih pun, walaupun Naufal dah masuk 9 bulan lebih, tapi ada kalanya, time enjut dia dlm buai tu, si abang berak, si kaka nak bukak tin biskut tak bleh..adeehhh..memang jadik ijau la sat..tu blum lagi si banag merengek2 nak susu, nangis mcm kena tibai, tapi bila kita bagi, dia buat derk jek..sentuh botol pun tak...mmg berangin habis la masa tu...

kaezrin said...

ahaks...i've been there done that even with efi and khazin ajer sans akak 3 org mmg hectic dan sakit kepala ader masa cam nak nangis...uwaaaaaaaaaaaaaa

ct said...

ya allah... kena kuat semangat tuh.. saya nih yg anak baru 2 pun, penin kepala... abg asyek nak melekat je esp adik dah merengek nak susu... camno?
tak pe, ingat aje la pahala yg Allah bagi nanti... insyaallah..
tapi klu diorang tak de, sunyi pulak kan...emm... nenek ajak abg tido kat kg pun saya tak bagi...

sikulat said...

Iman la the best.. penyeri sungguh erk... hehehhe

aida said...

that was me.. masa naik kerja lepas bersalinkan fahri.. 1st week tu exhausted siapkan kerja rumah. tgh malam bangun mengemas rumah lagi

and i have to revamp the whole house system, baru ok balik nak cope with the 3 kids.

yatipruzz said...

ala2 super mom gitu :)
keep up ur spirit kak!

ummi said...

oren ~ bukan ijau jek. kuning merah biru sumer dah keluar! yg heran tu, diorang ni cam pakat2 pulak, kalau nak buat hal, mesti masa yang sama. i guess Allah nak menjadikan kita manusia yang lebih bersabar kan. kalau tak, mau kena smack-down budak2 tu!

elin ~ kdg2 terpaksa buat2 tak nampak je rumah bersepah. nanti lagi nak nangis.

ummi said...

ct ~ ni pun dah terbayang dah next week, mesti sunyi. Kakak start sekolah balik, Iman pulak ke tadika cam biasa.

sikulat ~ kumbang nan seekor tu mmg penyeri sejak dari dulu lagi. kalau dia takde, mati kutu sbb aman sangat rumah nih.

ummi said...

aida ~ survive jugak awak kan? time siang Adam ni restless sikit so tak sempat sgt nak buat apa2 pun. malam je dia tido lena. by then, akak pun dah lelap sama. kdg2 tu buat2 tahan mata sbb ada benda nak diselesaikan.

yati ~ ni kes terpaksa jadi superwoman! time ni lah skill multitasking tu boleh apply kat rumah pulak hu hu.

yatipruzz said...

tingin nak jumpe si iman ni...wonder how he looks like :)

esok bila akak dah 'tua',sure duk terkenang-kenang gelagat dia...silap2 ngalir air mata rindu dia kan :)))

ummi said...

yati ~ iman ni berubah2 ikut umur dia. masa baby dulu, punyalah muka innocent.. kita nengok pun rasa kesian. taktau apsal. la nih, dia ni cheeky abis. tengok dia buat aksi2 ala2 robot dia tu, kdg2 rasa nak picit2 jek..