Friday, June 20, 2008

Day 41. Hey, I kinda miss being pregnant, really! Haruslah Tebby pengsan sekali lagi nih. Tebby is flying back home malam ni at 9.15 from Singapore. All the immigration, ambik beg, gi ambik keta kat ofis, he'll be home as good as Saturday lah kot. I'll be waiting for him sebab dia tak bawak kunci rumah. Even if he does pun, I don't think I'll sleep a wink pon while waiting! Rindu beb!

We're doing fine. Fine here bermakna pejamkan mata melihat kebersepahan mainan atau ketidaksempuraan dalam apa2 jua berkaitan rumah okay. Adam susah nak lelap lama2 time siang. Punyalah mendodoi mamat tu sampai 1/2jam, kdg2 45minit, at time sampai sejam - dia lelap dalam 15-30 minit, then voila... mata bulatnya merenungku. Yang nyata saya amat berbeza di mata dia. Bila dia nampak saya, mulutnya cepat saja buat aksi hisap dan kunyah. Kalau nampak muka orang lain, dia relaks saja.

Iman, masyaAllah.. bila abahnya takde, tumbuhlah tanduknya tu. Lepas peristiwa minyak sapi, hari tu dia buat lagi. Kali ni gam pulak. Dipicitnya botol sampai keluar gam, letak atas tangan, sapu kat muka. Perghh.. ala-ala bubuh krim muka gitu. Pastu favorite food sekarang ialah LD Venus Gold keluaran Elken. Benda tu gunanya nak mengencangkan *ehem-ehem*. Kiranya fokus untuk hubungan suami isteri lah ni. Dia pulak pegi menyedut benda tu. Alahai Iman, kang kot kecut kamu punya *toot*, jangan salahkan Ummi pulak.

Kakak pulak jadi mangsa Iman. Cam punching bag lah. Dia pulak melodramatik bukan main. Tak melawan balik tapi mulut tu mengongoi-ngongoi mintak tolong sambil airmata meleleh-leleh. Iman pulak, no mercy punya. Kakak cuba lari, cecepat dia kejar, pastu hempap kakak. Kakak baring, dia duduk atas belakang kawan tu sambil minum susu dalam kotak. Ya Allah, cam Sarip Dol lah pulak anakku yang sorang tu. Si Kakak tu 22kg, Iman lak dalam 18kg. Cemana lah tak penyek Kakak tu.

Oh ya. Semalam Tebby ada sms tanya saiz baju ahli keluarga ni. Dia tak tanya pun saya nak apa or pakai saiz apa. I guess after 8 years mungkin semua measurement dah ada dalam kepala dia kot! Atau mungkin dia beranggapan saya cuma mahu sekeping cekelat cadbury rocky road yang saya pesan suruh dia beli di KLIA tu? Mungkinkah? Nasib baik saya pesan suruh beli yang paling sangat besar punya.

Okaylah. Ni saya tempelkan gambar si Adam. Masa ni around 5 weeks dah. Setelah ditelek-telek dan dibelek-belek oleh panel yang terdiri daripada nenek, atok dan mak-mak sedara.. makanya disahkan Adam ni rupanya lebih kepada rupa si Kakak masa kecik-kecik dulu.


Tidak adil kalau saya asyik bubuh gambar Adam saja kan. Ni saya tempelkan jugak pembantu-pembantu tak bergaji yang menjaga Adam. Sebenarnya mereka sedikit teruja sebab buaian tu baru dikeluarkan dari stor dan dipasang. Semua nak test power. Yang jadi mangsa sikenit dalam buaian. Lepas test power tu, bila mintak tolong buaikan adik, sorang pun tak sudi.

7 comments:

Farra said...

selawat panjang2 ek bila iman buat camtu..sure perasaan nak marah dah tade..dek lali ngan hobinya camtu ehehe

sis, u lg 3 hari je nak merdeka ek? syok la

ummi said...

farra ~ kdg2 tu hot jugak kalau 3 orang pakat buat perangai serentak. mulalah tgn nak mencubit hu hu.

hari ni dah merdeka.. dah 42 hari.. yayy...

Nero ...... said...

Kejap jer dah 42 hari yer kak....suke sy dengar kak breastfeed Adam tu..sy penyokong 100 breastfeed nie..tapi syg ekk tak dpt bf exlusively...cuba mana termampu yer kak..Adam tu debab btl yer...kirim salam cubit dari sy yer..

ummi said...

nero ~ akak pun sama, sokong bf tapi akak buat setakat termampu aje lah. dengan 2 orang lagi budak kat rumah ni, at times terpaksa jugak bagi formula. kalau dah ebm keras dalam freezer, Adam dah melalak2, abangnya pulak buat hal. nak tak nak suap formula.

akak dah sampaikan salam tapi akak tak cubit he he

yatipruzz said...

besarnyer perut..besarnye kaki en adam. Geramss!
salam merdeka kak! hehe leh pulun cadbury :p

ct said...

kak, memang kena kuatkan semangat kan... i always doa byk2 tu maximise my patient.. mana taknye, adik asyek kena buli je... klu adik meniarap, die buat cam horse riding, klu adik kluar walker, cepat2 die pulak masuk... isk..isk..isk...tapi betul la, ada anak nih memang tahap kesabaran selalu di tahap yg minima...hehhehehhe

ummi said...

yati ~ coklat dah tinggal separuh. ada pulak tambahan hershey's trufle. sukernya! adam bulat? tengoklah abahnya. itupun akak suker!

ct ~ when you have kids then baru kita sedar betapa sikitnya kesabaran kita ada sebelum ni kan. so far, bagi akak, yang paling mencabar is Iman. dia still tak boleh communicate, bila he can't get the message thru, mulalah dia mengamuk yang bukan-bukan.