Friday, June 29, 2007

Learn with Kakak

Assalamualaikum semua.

Ni Kakak ni. Nama Kakak Nurul Athirah Binti Ismadi. Ummi kata, masa Kakak dalam perut Ummi, Abah nak namakan Kakak Nurul Nawwarah. Nawwarah tu maknanya 'gilang gemilang'. Bila Kakak tanya Ummi 'gilang gemilang' tu apa, Ummi kata 'hebat, terer'. Tiba-tiba Abah nak tukar pulak jadi Athirah. Ummi kata Athirah tu maknanya 'utama'. Sesuailah dengan Kakak sebab Kakak anak sulung. Ummi kata kalau anak sulung ni, Kakak tak ada abang atau kakak lain, Kakak ada adik aje. Kakak bagitau Ummi, kalau ada adik lagi, Kakak nak yang girl. Yang boy Kakak dah ada. Iman tu. Iman tak boleh main barbie dengan Kakak sebab dia boy. Iman suka cars dengan lori. Kakak tak suka. Iman dah rosakkan rumah My Little Pony yang Ummi hadiahkan Kakak tu. Kesiaaaannnnn kat Kakak.


Semalam Ummi dengan Abah ambik Kakak dengan Iman lewat. Tapi Ummi senyum aje. Kakak tau, kalau Ummi letih kat opis pun, bila nampak Kakak dengan Iman, Ummi mesti happy. Kakak dengan Iman boleh buat Ummi yang paaaaalllinggggg happy, kan Ummi.


Kalau nak tahu, Kakak dah masuk 6 tahun. Happy Birthday Kakak bulan 8 nanti. Ummi kata Kakak suka duduk dalam perut Ummi masa Kakak baby dulu. Kakak keluar pun seminggu lambat. Ummi kata masa lahir, Kakak bulat, rambut Kakak lebat. Masa tu Kakak 3.5kg. Nanti Happy Birthday Kakak, Ummi dah promise nak buat party-pack untuk kawan-kawan Kakak. Kakak dah mintak Ummi bawak 2 kek. Satu Kakak nak tiup lilin kat sekolah epal Atfal Excel. Satu lagi kat sekolah adik, Atfal Sayang.


Oh ya. Hari tu teacher ajar pasal makanan sihat. Teacher kata kita kena makan sayur, buah, telur dan susu. I like egg! Kalau nak tahu, masa Kakak dalam perut Ummi, Ummi banyak sangat makan telur. Ada sekali tu, dalam sehari Ummi makan 8 biji telur! Semalam teacher suruh cari gambar makanan. Teacher nak tampal kat school. Mula-mula Kakak nak ambik dalam buku resepi Ummi. Tapi kesian dekat Ummi nanti. Ummi sayang sangat buku-buku resepi tu semua. Kakak lukis sajalah. Ummi tengok Kakak lukis. Ummi kata Kakak ni macam Abah, suka lukis. Yang kat dinding warna purple dekat sofa tu bukan Kakak buat. Iman yang lukis tu. Kakak buat yang oren tu. Yang dekat meja makan tu. Betulll, Kakak tak tipu. Ummi kata, memang Ummi tak suka kalau Kakak lukis kat dinding. Tapi, Kakak kena cakap yang betul, tak boleh tipu. Kalau tipu, laaaagggiiii Ummi tak suka. Nanti Ummi yang paaaallllinggg marah tau.


Malam tadi Kakak lukis empat makanan. Kakak tulis sekali nama makanan tu. Kat bawah ni gambar-gambar yang Kakak buat tu..

Carrot. Kakak tau yang ini rabbit suka makan, kan.
Bila Kakak bagitau Ummi carrot color orange dengan grim (Ummi says - green lah sayang),
Ummi kata salah.
Betullah Ummi, kan daun carrot tu warna grim, eh, green.
Cuba tengok Kakak tulis 'lobak' tu. Ummi suruh Kakak buat tulisan biasa aje.
Tapi Kakak suka tulis macam ni, cantik kan.
(Ummi says - adehlah, jenuh nunggu dia nak siapkan artsy-font dia tu)


Teacher kata kita kena makan sayur warna green.
Yuck.. Kakak tak suka sayur green.
Ummi pun pelik sebab masa Kakak kecik dulu,
Kakak makan sawi dengan kailan.
Sekarang ni kalau pegi jumpa doktor,
mesti Abah pesan dekat doktor tu
suruh bagitau Kakak kena makan sayur.


Susu! I love milk. Milk delicious.
(Ummi says: her english is still very much like red-indians).
Kakak minum susu yang ada gambar giraffe tu.
Ummi kata nanti Kakak strong.


Eggs! Kalau binatang yang bertelur, dia tak bagi anak dia minum susu, kan Ummi?
Kalau binatang yang beranak, nanti dia bagi susu kat t*t*k dia, kan Ummi?
Kakak yang paaaalllingggg suka makan telur tau.


Ummi says - I love this one most. She drew this on the milk-carton.
Ummi says some more - Awwww... isn't she a darling?

4 comments:

aida said...

lembu tu sgt la comel

n kak tie.. be happy ok... :)

Kaklong said...

salam,

hepi besday kakak..moga jadi anak solehah yg cemerlang dunia akhirat.

3.5kg? anak sulung pula tu..mengkagumkan. agaknya makan telur banyak sangat tak? hehe

sabarlah ummi pasal kerja ummi tu. ada hikmahnya tu..

ummi said...

aida ~ belum happy lagi. maybe kalau dpt shopping seround dua, baru happy kot? *evil*

kaklong ~ mmg saya juara makan masa pregnantkan dia. kalau ada sedara mara bawak makanan dtg rumah and ada leftovers, sure suami saya suruh bawak balik. kalau tinggal, sure saya makan sampai licin!

Hany FF said...

kak tie, part yang nak adik girl tu, sama cam hany. hany pun dolu2 nak adik girl. masa my mom mengandungkan anak ke-3 (adik bongsu hany), tiap2 hari hany doa..supaya dpt adik pompuan. sebabnya??? sebab yg sama dgn kakak...adik lelaki hany suka musnahkan barang2ku. kehkehkeh...last sekali keluar boy gak. so...sekali-sekala, kakak solehah ni pakaikan dia dgn baju pompuan..gian! ekekek...nasib baik dia jadi lelaki sejati! :D
skrg semua dah besar...yg bongsu tu pun dah 22 thn :)