Thursday, June 21, 2007

Good News Bad News

Berita baik..

Whoaaa... bilalah ESOS ku nak float nih.. Dah lebih 2 minggu dah disburse ni. Err... 2 minggu 1 hari, to be exact. Harga melonjak-lonjak naik. Kot buleh dapat untuk RM2 seunit.. wah gempak!! *tamak* *tamak* (macamlah ada berbakul-bakul sahamnya ehem!)

Kereta Padi dah sampai. Tengah uruskan untuk dapatkan cek. Sebenarnya duluuuuu lagi dah sampai tapi sbb loan lambat, kereta tu letgo kat orang lain. Almaklumlah company loan ni bukan cam bank-loan kan. Yang pentingnya dapat jimat about RM100 sebulan as compared to loan loan. Kalau 8 tahun loan.. banyak tu! Camne lah nanti ni, dah berzaman tak drive ni... *ketor lutut already*


Berita tak berapa baik..

Tebby's handphone went into the toilet bowl this morning (tak tanya pulak samada dia telah mengautnya semula atau dia flush terus) Dah masuk dalam air tu, nyawa2 ikan pun idok rasanya. Kalau setakat masuk air, mungkin boleh lagi kot, ni masuk dalam air terus. Air jam*** pulak tuh. Oh, just to note, inilah handphone Tebby yang ke-2 yang masuk acara berenang dalam toilet bowl. Wajarkah saya hadiahkan dia dengan handphone baru sempena harga saham naik (belum apa2 lagi tuu.. baru dengar guruh dilangit tu... abis air setempayan ek?)

One of the pokok bunga I bought last weekend dah bunuh diri. Habis layu kecut berut. *kuciwa daku*. Sib baik yang lenlain masih segar-bugar termasuk periuk-kera Kakak. Periuk-kera tu kan, dahlah mahal, pastu nak kena ensure bila siram tu, air mesti masuk dalam periuk-periuk yang ada tu. Mungkinkah bunga tu mati sebagai pembalasan Iman pegi bukak paip takung air kat nursery tu tanpa kami menyedari? Wei.. sampai nak kering tauuu.. sabor je lah. Pastu kami tak bagitau tokei kedai, kami tutup aje paip tu semula. Mungkinkah? Ampunnn...

Sekian. Terima Kasih.

7 comments:

Anonymous said...

hehehehe..kau jgn lupa aku kalau kau dpt viva kau..tapi aku tak nak naik lagi tunggu la setahun dua lagi (paham-paham ler) kau jangan lupa ajak aku naik...

ummi said...

cik tikusmunduk ~ lamanya kau tak singgah kat blog aku ni. aku faham.. aku faham.. aku pun takkan ajak kau dalam setahun 2 ni walaupun kau ajak nak belanja aku makan. bila wei??

Anonymous said...

ummi,
at least ade lagi la esos, mine yg kat m*xis nih abih dah la... semue dah privatised dek A*anda....

Anonymous said...

Belanja makan aku plan next week..tapi boss kita x da..so nak proceed kita bertiga jer ke atau nak tunggu kelapangan boss kita. aku ok jer...

ada 2 sebab aku tak singgah kat blog kau:
1) aku sebenarnya dah lupa kau punya address.kalau aku tanya mesti kau 'basuh' aku sebab dah kali ke dua aku minta ngan kau.akhirnya aku gedek drawer aku dan terjumpa lah balik.(tapi aku dan save siap2 kau punya address ni.

2) aku kena siapkan 8000++ add. cust (billing error) nak hujung bulan..aku masuk kau punya ni pun sebab mata aku dah juling dah mengadap Pc.

Peace

ummi said...

ct ~ opsss.. sian. kerja kat maxis tak teruk ke? tapi gaji sure lebat kan.

tikusmunduk ~ nak belanja 2 kali ke he he. cam ni lah. apa kata kita jumpa dulu 3 orang menggosip ke hapa. aku belanja dulu. nt bos dtg, kau lak, okay tak?

Anonymous said...

aku semuanya ok..tak dak masalah....bergossip?wow!!!!set kan datenya bila...

Anonymous said...

ummi,
keja tak de le teruk sgt tapi gaji pun tak lebat gak... takuk2 tu la gak...