Monday, June 11, 2007

Al-Fatihah

Saya tak berapa mengenali arwahnya. Secara kebetulannya semasa major re-org 2004, saya took-over sebahagian kerja-kerja arwah. Dia sendiri mendapat tempat yang lebih baik di bahagian lain. Dari apa yang saya tahu, arwahnya seorang yang dedicated dan komited dalam kerja-kerjanya.

Apabila saya dimaklumkan dia masuk hospital, saya biasa-biasa saja. Bila dimaklumkan arwahnya mengidap kanser, saya terpaku. Pada masa itu saya belum ada 'perasaan' untuk menziarah di hospital. Sehinggalah minggu lepas, rakan secubicle saya beriya-iya mengajak. Maka saya pergi juga. MasyaAllah, hampir saya menitiskan airmata melihat keadaannya masa itu. Lemah, hatta hendak bercakap pun susah. Tambah sedih bila saya tengok anak bongsunya (dalam 7-8 tahun umurnya) asyik bermain. Jauh di sudut hati saya, pasti dia tahu ibunya sakit. Cuma mungkin dia tak tahu betapa seriusnya keadaan ibunya.

Hujung minggu lepas saya terima SMS. Arwahnya meninggal dunia. Terbayang-bayang di mata saya arwahnya semasa saya menziarah. Wajah anak-anaknya. Sebak. Itu perkataan yang paling sesuai menggambarkan perasaan saya. Walaupun saya tidak mengenali arwahnya secara 'personal'.

Pagi ini saya dengar cerita anak bongsunya menangis meraung-raung ketika transition mayat arwahnya di rumah disediakan untuk pengebumian. Sampai termuntah-muntah. Sedihnya saya. But life has to go on.

To all readers, please sedekahkan Al-Fatihah kepada arwahnya, Pn Zailan Jamaludin. Saya mohon anda semua tolong juga doakan kesejahteraan keluarga yang ditinggalkan. Semoga Allah kurniakan ketabahan kepada mereka bagi menghadapi permergian arwahnya.

Amin.

5 comments:

pB said...

Ramai betul skrg staff yang mati , sama ada mati sakit , atau mati mengejut..

Stress betul kerja sekarang nie...
Asyik nak kejar target jer ...

psstt..pB dah tak larat nak membohong dah nie..

Rasanya tiap bahagian kena ada alat untuk measure blood preasure nie...


Al Fatihah
Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

ummi said...

pb ~ saya tak stress dgn keje. lebih kepada stress dgn org he he.

y@tipruzz said...

saya pon kenal arwah, penah keje skali...mmg arwah komited and power dlm kerja dia..tak sangka dia pegi begitu cepat n sakit...Al-fatihah...

NeroEcha said...

Al-Fatihah..semoga roh nye dicucuri rahmat dan bersama org2 yang beriman.aminnn

ummi said...

yati ~ dari hari dia mula masuk ward sampai dia meninggal, tak lama. masa akak tengok dia tu, mmg kesian sangat. very weak.

nero ~ it serves as a reminder for all of us juga. ajal maut akan datang bila waktunya tiba.