Wednesday, February 28, 2007

Simple Way To Spend Time With The Loved Ones

Sebetulnya cuti CNY dulu, saya dah plan nak bawak anak-anak bercuti ke err… Mines Resort & Spa. Heh, literally belakang rumah aje sebenarnya. About 10 minutes drive. Kalau nak ke Melaka or PD, alamatnya sure kena bersesak-sesak kat jalan. Sudahnya Iman kena HFMD, takkan nak pegi kan. Habis jangkit kat semua orang nanti. So.. kensel. Nasib baik tak kena penalty whatsoever. Teringat cuti CNY 2006, dah plan nak balik Tgg. Siap beli tiket kapalterbang lagi untuk kami 4 beranak. Sudahnya bercuti kat APSH, si Iman kena ciritbirit yang teruk. Tiket burn terus. Adalah dalam RM700.00. Heh, Iman lagi yek?

Nasib baik berita nak bercuti belum diwar-warkan pada Kakak. Kalau tak, abislah dia menuntut. Tahun lepas, marah betul dia tak balik Tgg. Nasib baik atok dengan wan dengan sepupu sepapat dia datang KL, terus bawak dia balik kampung. Siap pegi Kuantan mandi manda kat laut lagi.

Jadi, untuk tidak terlalu banyak membuang masa dengan tidur dan makan dan tengok TV, kami buat aktiviti gardening sikit. Saya pun kebetulannya memang ada beli benih tomato. Dah lama sangat berjanji dengan si Kakak, nak tanam tomato sama-sama. Dengan bismillah, dah selamat disemai 18hb lepas. Memula cam rasa frust sebab 2-3 hari takde nampak apa-apa pun. Hari ke-4, barulah nampak tunas. Lega. Kakak happy. Pastu ke nursery. Hajat dihati nak bertanya-tanyakan quotation untuk buat simple landscaping tapi banyak nursery tutup sebab tokey belum habis beraya. Pengakhirannya kami ke nursery di Bandar Tun Razak. Beli pokok lidah buaya, anak pandan, keladi (rasanya kot) dengan 2 pokok gantung yang direquest dek Kakak. Beli sebiji pasu, tanah 2-3 peket (kesian orang KL, tanah pun beli..). Jaring hitam ala-ala sunblock tu takde pulak. Lanscaping plan tu tangguh dulu. Ingat nak beli jugak pokok yang besar-besar tapi kena angkut dengan lori. Caj ikut per trip, kalau beli sikit, rugilah nanti. Kami pun belum ada apa-apa draft gambaran laman idaman so takmau ambik risiko membeli dulu. Kang beli-beli, tanam kat seberang jalan tepi longkang sanaaaa nuuuuunnnn. Balik rumah, lepas solat Asar, mulalah bercucuk tanam. Mdh pulak mengetuk dinding nak gantung pasu. Best tau. Semacam ada kepuasan. Tengok hijau depan rumah, sedap sikit mata memandang. Yang pentingnya, dapat spend time beraktiviti bersama dengan keluarga sambil beriadah.

Errr..... angkat pasu 2 biji boleh kira riadah ke?


Baru-baru ni saya tengok salah satu pokok gantung Kakak semakin layu. Melepek dahan demi dahan. Daun-daun makin kecut, bunga mula gugur. Sayanglah kalau mati sebab sepokok tu RM10. Bagi saya, mahallah tu. Weekend lepas saya bongkar tanah dari pasu. Ada biji-biji kuning tanda dah ada penyakit merebak. Habis saya bongkar tanah tu buang biji-biji kuning. Ganti tanah lain. Potong bahagian yang dah kena jangkitan. Alhamdulillah, saya tengok, baki dahan yang tinggal tu nampak sihat. Si Kakak? Hemm.. dah tak pedulikan pokok gantung dia tu. Cuma begitu nak participate bila tiba bab-bab menyiram. Abahnya pulak beli water-spray kecik untuk dia. Beli pulak satu aje. Terpaksalah saya korbankan spray dalam bilik air tu, yang saya guna sembur sabun Sanden Brook (dah tak pakai dah pun sebenarnya). Ntah ngapa nak berebut jugak. Kakak tak mau lepaskan spray dia, Iman hempas dia punya kat porch. Berkecai. Nasib baik ada lagi sebotol yang saya buat spray kain sebelum ironing. Petang tu, budak-budak tu macam anak itik baru balik sungai.. basah kuyup!


from left to right:-
~ mother-in-law's tongue(omputih)/lidah jin(melayu) MIL=jin? ish.. ish.. tak patut.. tak patut...
~ tak tau apa nama. it used to be a scrawny 2-batang pokok. then lepas dibelai-belai, jadi besar that i have separate it into 2 vases and they're grooWWWIINGGG
~ tak tau apa nama jugak. the pucuk emerge in pairs. selalu time raya cina, they tie red ribbon kat dahan-dahan tu.


our small patio. blind tu dah berkulat. err... supposednya guna indoor tu..

from left to right:-
~ lidah buaya (banyaknya pokok lidah2 kan!). tak nampak sbb kenit sangat lagi.
~ keladi. ambik benihnya from rumah kawan kat kepong. dulu pun cam dah nak mati. lepas belai-belai sikit, semakin membiak dan berkembang pulak.
~ tak tau nama. tu baru tanam semula tu. ambik from the other pasu yang dah sesak. it has 'bulb' (rhyzome yek?). it blooms pink flowers. selalunya setangkai tu dalam 3 kuntum.


nampak tak ada 2 botol spray tu? yang kat atas slab tu dah berkecai bodynya.
eh, Iman, pegi siram pokoklah. yang siram batu tu buat apa? *baca dengan nada membebel*

achechewahhh... rajin anak dara ummi...

pokok gantung ni kakak punya. yang sebelah belakang tu yang kena penyakit.
sekarang dah tak serimbun cam dlm gambar tp beransur pulih..

5 comments:

KakNi said...

Seronoknya aktiviti tanam bunga, kalau saya ada rumah teres mesti penuh dgn tumbuh-tumbuhan

aida said...

rajinnya kak tie gardening, saya tangan panas.. teringat tanam pokok cili masa kat sek asrama dulu, mula2 subur.. lama2 sebab tak jaga, terus layu

pB said...

rajin nyer..

pB bab bab gardening nie...pB serahkan pada che abe..

bila fikir fikir balik, rasanya semua benda pB serahkan pada che abe (kecuali memasak , membasuh , melipat kain .... gosok baju, baju dia dia gosok sendiri )

ummi said...

ahni ~ dok apartment/condo pun buleh buat apaa. small scale gardening. tanam pokok bawang ke or herbs yang kecik2 tu.

aida ~ mati sbb tak jaga kot? merajuk lah pokok tu. macam org gak, nak kena belai dan manja2 selalu. takpe, cuba lagi.

PB ~ suami saya memula tak minat jugak. almaklumlah rumah dia kat kpg mana ada pokok2 bunga ni seme. bila dah mengadap magazine, bila saya ajak dia pegi nursery, barulah dia minat sikit. sekarang ni kalau weekend mmg tu lah kerja kami.

Farra Da Smiley said...

minat kita sama jugak la
saya pon bergardening jugak sket2
baru nak mula
takat ni dah ada pokok cili, limau nipis, limau purut, bunga kertas, daun kesum, misai kusing