Sunday, February 11, 2007

APSH042007 - Iman's Routine Check Up


Jumaat lepas ambik Iman dgn kakak at about 6.15p.m. Awal dari hari-hari lain sebab hari Jumaat, boleh clock-out 5.00p.m. Kakak bengkak bibir bawah. Luka sebab tersembam langgar dinding. Dia kata dia dok lari-lari nak ke bilik air, langsung kaki tersangkut kat seluar dalam kawan dia yang tengah undress nak mandi. Macam Angelina Jolie lah dia petang itu.

Iman pulak demam. Siti (pengasuh yang selalu attach dengan dia) kata baru je naik dalam 1/2 jam lepas. Adehlah. Bila rasa badan dia, bukan dedar2 aje, dah masuk tahap panas. Kebetulan pulak esoknya ada appointment di APSH dan kami pulak memang ada quite extensive stock ubat-ubatan ni.

Hari Sabtu, pagi-pagi lagi kami dah keluar, sampai APSH dalam pukul 8.30a.m. Sebelum pegi, saya sempat buat lauk untuk Nasi Minyak. I try so much to bangun awal even hari cuti. There's a lot to do and while the kids are still sleeping, I can accomplish lagi banyak benda.

What we learned from the visit:-
:: infection dalam telinga kanan dia still persist. kena continue dengan ubat titik dan cedax. next week kena datang semula to assess his condition. kalau ada lagi, he has to be admitted untuk keringkan air dalam telinga dia tu.
:: akhirnya, Dr Nasir suggested kami gunakan aerochamber dekat Iman since batuk and selsema dia susah nak baik. dapat inflamide and combivent. dulu time kakak dia guna benda tu, bukan main interested lagi dia, sampai kami tipu-tipu picit kat muka dia. bila tiba time dia, punyalah susah nak administer benda tu. saya kepit dia kat celah kangkang, pegang tangan sambil himpit kaki dia dengan kaki saya. abahnya pulak kepit kepala dan pamkan ubat. meronta toksah kiralahh.. sampai berpeluh sakan. kami pun sama berpeluh je dengan dia!
:: next appointment will be next Saturday, which is the 5th one in 2007 alone.

Berbalik kepada demam tiba-tiba dia tu. Malam semalam, lepas jumpa Dr tu, badan dia masih on off panas. Memang kena kejutkan dia memalam untuk makan ubat. Iman ni pulak, kalau sakit, masyaAllah, memang mencabar keimanan. Dia punya rengek je buat kita tak boleh tidur. Kalau tak kena sikit, siaplah dia mengamuk. Rimau dia si kikkerr tu ntah berapa kali kena baling dalam gelap, pastu doa meraung nak kikkerr pulak. Hari ni tengah dia dok mengulit mata nak tidur tengahari tadi, saya perasan tangan dia ada bintik-bintik. Kanan dan kiri. Belek-belek lagi, kat kaki pun ada. Kat peha, bawah leher. Pada badan ada sikit-sikit aje. Terus call Che De B, our family doctor. Heh heh, Che De B ni my SIL, memanglah family doctor kan. Dia kata mungkin ya mungkin tidak. Bintik tu ada yang berair, ada pulak yang setakat macam ruam aje. Apa-apa hal, esok saya urgent leave, nak ke APSH sekali lagi. Just to make sure. Kalau chicken-pox, alamatnya bercutilah saya tanpa gaji sekali lagi nampaknya. Takkan nak hantar ke nursery kan. Tambah pulak, tengahari tadi, kakak pun develop high fever. Setakat ni tak nampaklah apa-apa bintik-bintik pun.

Okaylah. Have to pen-off dulu. Mdh kata dia nak buat lassi, just want to check out how the thing goes in the kitchen.. taaaa...

1 comment:

Anonymous said...

K. Tie, I can imagine mcm mana berpeluh-peluh nak kepit si kenit tu. My Poupon pun guna aero chamber tu jugak dah sekarang. Bila mood dia ok, senang la nak beri dia, but kalau tgh mood tak ok melalak-lalak, meronta-ronta la budak kecik tu.