Sebetulnya cuti CNY dulu, saya dah plan nak bawak anak-anak bercuti ke err… Mines Resort & Spa. Heh, literally belakang rumah aje sebenarnya. About 10 minutes drive. Kalau nak ke Melaka or PD, alamatnya sure kena bersesak-sesak kat jalan. Sudahnya Iman kena HFMD, takkan nak pegi kan. Habis jangkit kat semua orang nanti. So.. kensel. Nasib baik tak kena penalty whatsoever. Teringat cuti CNY 2006, dah plan nak balik Tgg. Siap beli tiket kapalterbang lagi untuk kami 4 beranak. Sudahnya bercuti kat APSH, si Iman kena ciritbirit yang teruk. Tiket burn terus. Adalah dalam RM700.00. Heh, Iman lagi yek?
Nasib baik berita nak bercuti belum diwar-warkan pada Kakak. Kalau tak, abislah dia menuntut. Tahun lepas, marah betul dia tak balik Tgg. Nasib baik atok dengan wan dengan sepupu sepapat dia datang KL, terus bawak dia balik kampung. Siap pegi Kuantan mandi manda kat laut lagi.

Errr..... angkat pasu 2 biji boleh kira riadah ke?
Baru-baru ni saya tengok salah satu pokok gantung Kakak semakin layu. Melepek dahan demi dahan. Daun-daun makin kecut, bunga mula gugur. Sayanglah kalau mati sebab sepokok tu RM10. Bagi saya, mahallah tu. Weekend lepas saya bongkar tanah dari pasu. Ada biji-biji kuning tanda dah ada penyakit merebak. Habis saya bongkar tanah tu buang biji-biji kuning. Ganti tanah lain. Potong bahagian yang dah kena jangkitan. Alhamdulillah, saya tengok, baki dahan yang tinggal tu nampak sihat. Si Kakak? Hemm.. dah tak pedulikan pokok gantung dia tu. Cuma begitu nak participate bila tiba bab-bab menyiram. Abahnya pulak beli water-spray kecik untuk dia. Beli pulak satu aje. Terpaksalah saya korbankan spray dalam bilik air tu, yang saya guna sembur sabun Sanden Brook (dah tak pakai dah pun sebenarnya). Ntah ngapa nak berebut jugak. Kakak tak mau lepaskan spray dia, Iman hempas dia punya kat porch. Berkecai. Nasib baik ada lagi sebotol yang saya buat spray kain sebelum ironing. Petang tu, budak-budak tu macam anak itik baru balik sungai.. basah kuyup!

~ mother-in-law's tongue(omputih)/lidah jin(melayu) MIL=jin? ish.. ish.. tak patut.. tak patut...
~ tak tau apa nama. it used to be a scrawny 2-batang pokok. then lepas dibelai-belai, jadi besar that i have separate it into 2 vases and they're grooWWWIINGGG
~ tak tau apa nama jugak. the pucuk emerge in pairs. selalu time raya cina, they tie red ribbon kat dahan-dahan tu.

~ lidah buaya (banyaknya pokok lidah2 kan!). tak nampak sbb kenit sangat lagi.
~ keladi. ambik benihnya from rumah kawan kat kepong. dulu pun cam dah nak mati. lepas belai-belai sikit, semakin membiak dan berkembang pulak.
~ tak tau nama. tu baru tanam semula tu. ambik from the other pasu yang dah sesak. it has 'bulb' (rhyzome yek?). it blooms pink flowers. selalunya setangkai tu dalam 3 kuntum.
5 comments:
Seronoknya aktiviti tanam bunga, kalau saya ada rumah teres mesti penuh dgn tumbuh-tumbuhan
rajinnya kak tie gardening, saya tangan panas.. teringat tanam pokok cili masa kat sek asrama dulu, mula2 subur.. lama2 sebab tak jaga, terus layu
rajin nyer..
pB bab bab gardening nie...pB serahkan pada che abe..
bila fikir fikir balik, rasanya semua benda pB serahkan pada che abe (kecuali memasak , membasuh , melipat kain .... gosok baju, baju dia dia gosok sendiri )
ahni ~ dok apartment/condo pun buleh buat apaa. small scale gardening. tanam pokok bawang ke or herbs yang kecik2 tu.
aida ~ mati sbb tak jaga kot? merajuk lah pokok tu. macam org gak, nak kena belai dan manja2 selalu. takpe, cuba lagi.
PB ~ suami saya memula tak minat jugak. almaklumlah rumah dia kat kpg mana ada pokok2 bunga ni seme. bila dah mengadap magazine, bila saya ajak dia pegi nursery, barulah dia minat sikit. sekarang ni kalau weekend mmg tu lah kerja kami.
minat kita sama jugak la
saya pon bergardening jugak sket2
baru nak mula
takat ni dah ada pokok cili, limau nipis, limau purut, bunga kertas, daun kesum, misai kusing
Post a Comment