Thursday, September 14, 2006

semangat yang hilang

I’m all smiles. Lagi 2 hari saja nak fetch anak-anak di kampung. Tak sabarnya nak menggomol diorang. Tak sabarnya nak tengok Iman menari-nari bila tengok TV. Tak sabarnya nak tengok reaction Kakak bila ummi tunjukkan rantai berbatu pink dan birunya nanti. Malam semalam call hp mokkucunya. Kalau call fixed-line, bimbang dia yang menjawab, bimbang pulak menangis merengek-rengek, merayu dijemput balik. Tengah bercakap dengan mokkucu, adiknya ‘nak eyooo’.. diikuti si Kakak. Nasib baik moodnya ceria. Bila diberitahu Kakak kena tidur malam 2kali lagi baru ummi balik, dia menjawab ‘okkkaaayyy’. Lega. Kalau dia merengek menangis, nanti ummi abahnya pasti menangis sama! Jawatan sebagai ibubapa – it’s a lifetime commitment. And no matter how big they are, they’ll always be my babies. Mintak-mintak Allah izinkan ummi pelukcium diorang walaupun dah besar panjang.

Memandangkan detik menjemput hampir tiba, barulah mendapat balik semangat yang hilang. Hilang mood bila anak-anak tiada. Walhalkan itulah peluangnya nak berkemas, membasuh dan segala. But when I go back to an empty home, nak tengok TV pun takde mood. Padahalnya kalau anak-anak ada, siap berebut-rebut TV tu. I guess I’m missing the challenge. And for the past 3 days (and also today), kami balik lewat ke rumah. Jam menjengah pukul 9.00malam baru kami sampai. As mdh puts it, let’s use the opportunity to rekindle back – pegi makan malam sama-sama, boleh tengok TV duduk dekat-dekat, boleh tidur sama-sama. Tapi at all time, our conversation berkisar tentang tak lain dan tak bukan ~ budak gonek berdua itu ~ Iman dan Kakak juga.

Oh ya, suamiku dipinang lagi. Kali ini ‘kawin paksa’. Setelah 2 kali dia menolak pertukaran jawatan yang ditawarkan, kali ini dalam bentuk arahan. Pagi tadi dapat SMS waktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Mengikut pengalaman lepas, kerja-kerja sebegitu memerlukan dia bekerja lebih masa. Walau dah dimaklumkan kepada si pengeluar arahan bahawa kami mempunyai anak-anak yang kerap jatuh sakit, pinangan masih dibuat. Arahan telah dikeluarkan. Walau tiada ‘hantaran’ RM ½ juta atau kereta, terpaksa juga diterima. Lagipun amaran telah diterima ~ jangan selalu menolak, it’s not good for your career. Walau terbayang-bayang dimata ‘peristiwa’ balik lewat dan ditinggalkan malam-malam hari dalam keadaan sarat mengandung, ummi rasa kami perlu melihat ini secara positive. For one thing, this proves your marketability dear. People actually wants you to work with them (I hope ‘with’ and not ‘for’). Yang menghairankan, setiap kali mdh diberi tugasan sedemikian, pastinya Ummi sedang mengandung. Jangan-jangan ada isi tak? Heh! Heh! BP kami masih serupa ~ sekurang-kurangnya si rambut kerinting tu mencecah 3 tahun barulah boleh ditimbangkan menambah ahli keluarga baru.

Cepatlah masa berlalu, tak sabar rasanya. Busuk-busukpun budak-budak tu, tetap sedap digomol.

ps – gambar-gambar di Korea akan dipost nanti. I’m trying to find time.

2 comments:

catatan i am nieta said...

dapat rasakan kerinduan tu..

ummi said...

mmg sedey :(