Monday, July 11, 2011

Jom Kari!

Semangat makan waktu di rumah full-time memang lain kalau dibandingkan dengan semangat makan waktu bekerja. Contrary to the popular belief, di rumah kadang-kadang lagi huru hara, nak makan bersedap-sedapan tak berapa nak sempat. Kadang-kadang nak breakfast tapi sebok dengan anak nak mandinya, nak ceboknya, bergaduhnya etc, terus jadi brunch. Kadang-kadang cadang nak lunch lepas hantar anak pi sekolah.. tup-tup balik rumah terlelap, terus tak lunch. Masak dinner terus. I lost 5 kg during that one year.

Waktu dipejabat, anda ada proper timing untuk makan dan minum. Sampai ofis jam 7.30 pagi, boleh minum kopi dengan nasi lemak (tanpa perlu berhenti untuk mencebok anak yang poo-poo), waktu rehat tengahari boleh makan dengan aman kat kedai Latip (tanpa perlu tension-tension anak-anak bergaduh sampai tertepis air manis kat meja makan lalu tumpah..) Kalau ada masa lebih-lebih, boleh makan pisang goreng pulak. Paling buat saya ‘terharu’, ofis saya menyediakan spot ala-ala ‘kantin’ menjual jajan! Siap dengan premix hot drinks. Heaven bukan.

Ni saya bagi satu contoh lunch last week. Lunch dengan En Suami di Bangsar. Sapa tak tau kari-kepala-ikan-bawah-pokok? I bet most of us yang kerja kat T* Menara / Annexe sure tau. Sedapnya hingga ramai yang sanggup ambik risiko kena berak burung (it’s an open air gerai, banyak pulak pokok-pokok kat situ, termasuk beburung yang dok kat pokok-pokok tu) termasuk saya :D

Ni adalah kari kepala ikan. Ikan merah. Malangnya pada hari kejadian takde yang kecik. Yang ni lebih kurang sebesar kertas A4. Eh, malang ke? Habis kena bedal sampai tinggal tulang aje. Walaupun upon its arrival, terus aje ‘kalau tak habis, kita bungkus’. Ya lah tu.. bungkus lah sangat.. bungkus dalam perut.

Kepala ni RM50.00. In addition to that, kami order sotong goreng 2 ekor, ikan cencaru goreng 2 ekor, sepinggan taugeh, 3 pinggan nasi (saya makan sepinggan ajer, sila tuduh orang lain) dan 2 gelas teh-o-ais-limau.


hah, siap gigi lagik tu


aip.. tunggulah ai ambik gambar jap (merujuk kepada tangan yang sedang merobek ikan)



sotong goreng terbaekkk!

Puas hati. Sedap. Kenyang. Tangan pun bau kari sampai ke malam despite dibasuh dengan sabun 2-3 kali. Total lunch hari tu was RM65. En Suami hulur 2 keping no RM50. Tokey kata takpelah, bayar RM50 ajer pasal dia takde small change. Lain-lain halaaaaaaaaalll! Maknanya kami cuma bayar kari kepala ikan tu aje, the rest FOC! Moga Allah murahkan lagi rezeki mereka.

ps - tak kena berak burung, alhamdulillah..

Sunday, July 10, 2011

Nasi or Noodle?

We need to eat to stay alive. Some prefers nasi. Some prefers noodles. It's just a matter of choice and preference. The objective - to stay alive.

Setahun menguruskan keluarga cukup melunakkan naluri keibuan saya. Senyuman Adam selepas menggunting langsir buat saya lupa kerenahnya. 'Good night Ummi, I love you' dari Iman sebelum tidur membuat saya rasa segar setelah bertungkus lumus membantunya ulangkaji. 'Ummi tau tak, spots pada cheetah is called rosette?' maklumat dari Kakak buat saya sedar saya tak perlu mengeluh bila dia minta dibelikan buku-buku.

Jika boleh saya mahu detik-detik itu berterusan. Saya manusia biasa, akur dengan takdir. Saya mungkin memilih nasi tetapi jika sudah rezeki saya noodle.. alhamdulillah. Saya tak mau kufur nikmat. Sepanjang setahun saya bercuti, ramai yang saya jumpa mengeluh tidak punya pekerjaan. Sedangkan saya, pada standard saya, I am well paid. (standard saya - kereta jenama Cik Vivi, tiada beg tangan kos empat-angka atau baju jenama pelik-pelik sampai tak reti nak sebut)

Jumaat lepas, kebetulan En Tebby bercuti menghantar Iman ke 2 sesi terapi di HUKM. Sejak saya masuk pejabat balik, urusan itu perlu digiliri. Abah, Ummi, Abah, Ummi. Jika En Tebby bercuti, maknanya saya akan solo-driving ke ofis. Maknanya lagi, right on time saya akan clock out dan terus menuju ke Cheras.

Alhamdulillah, saya dapat jemput Iman di sekolah, seperti mana waktu-waktu lalu dan kemudiannya menjemput Kakak dan Adam di taska sebelum jam 6.30 petang. Saya tunggu Iman di spot yang sama dengan Nor (*pengasuh di taska) menjemput anak-anak yang di bawah jagaannya. Loceng berbunyi, anak-anak meluru keluar (awas, don't ever stand in their way, harus dilanggar saja nanti!). Saya nampak Iman, dia tak nampak saya. Saya hairan dia tak terus ke tempat Nor sebaliknya dia pergi to the spot I used to wait for him, and then baru berpusing ke tempat Nor. Saya pandang Iman, dia nampak saya. Saya senyum, dia senyum dan berlari ke arah saya.

Hati senang. Saya lupa soal perkara-perkara di pejabat yang membeban fikiran saya. Saya lupa soal nasi atau noodle. Saya tahu saya ibu yang bertuah.



Khamis 30 June 2011, hari terakhir TSAHM saya. Iman dan Hazim (sepupunya). Iman in blue.



tak pernah menolak kalau disuruh posing


kelas pertama hari tersebut, JQAF yang dibuat di dalam surau sekolah




permandangan biasa di akhir waktu sesi persekolahan petang. anak-anak yang tak sabar untuk pulang


*Taska ni, where my kids go ni betul-betul berdepan dengan sekolah kebangsaan yang dihadiri oleh Kakak dan Iman. Sorang pengasuh will send and fetch anak-anak sekelian to and fro pada setiap sesi persekolahan. Atas alasan itu saya hantar anak-anak saya ke sana walaupun bayarannya lebih mahal berbanding beberapa taska lain di sekitaran rumah saya. Bukan saya punya banyak duit, tapi soal praktikaliti dilebih diutamakan. Nor, pengasuh yang saya kenali sejak lebih 6 tahun lepas. Anak-anak saya sangat manja dengan Nor.

Monday, July 04, 2011

Go With the Flow

4th July 2011 - 2nd day kat office. Decided to just go with the flow. Anyway, I just had to pen this down. Somehow rasa funny.

When I was away, there's this mamat occupies my cubicle. Since I was just on leave, tak lah clearkan semua benda. Cam files, booklets, training materials semua ada lah kat meja tu. When I came back, I got to know he had packed things up.. not his but mine!

I am now sitting and making myself comfy at one quite corner. 5s-ing 3 big boxes of God-Knows-What. I didn't know I had so many things. In fact too many things! Oh btw, I don't have a fixed phone yet. Call/sms my mobile k.

Anyway, it's a little boring for the past 2 working days. My close frens tau lah apsal. I am overly overpaid, I'd say. But let's just savor the moment for now.

Oit, today is 4th July eh? Happy 4th Birthday to Vivi! Lagi 3 tahun nak habih loan :D

Friday, July 01, 2011

Life Goes On

Life goes on. I must move on.

Menoktahkan satu fasa perjalanan hidup yang amat bermakna buat diriku. Pada hari Jumaat yang penuh berkat ini, perjalanan selanjutnya bermula. Moga yang mendatang indah-indah belaka.

Thursday, June 30, 2011

Giveaway 1 - Result

This post is gonna stick until 30th Jun 2011. Scroll down for my usual ramblings.

UPDATE ~ PN OREN, PN ASU DAN PN AINI, I NEED YOUR ADDRESSES PLEASE. PN OREN NYER EMAIL KAK MON X DAPAT.. BOLEH TOLONG SEND LAGI SEKALI? THANKS.

Hurmpp... finally. I can now reply to my first giveaway read here). Habislah lepas ni takde orang nak join dah. Kak Mon yang lembapss okay. Janji 2nd week May, ni dah nak masuk June weii. From the deepest of my heart ya, so sorry. My life has been so kelamkabut since si Bibik Murni left (I'll blog about this later, tapi ntah bilalah later nye tu..).

Oh okay, I got only 8 persons commenting. Orang lain buat giveaways sure berpuluh-puluh or ada yang beratus-ratus feedback kan. Owh, tak glamnya Kak Mon. Tapi, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kepada 8 orang yang bagi feedback. Kak Mon amatlah menghargainya.

Kak Ina (whom I first virtually met in Forum Cari)
1. Thanks For The Memories by Cecilia Ahern
2. The Time Traveller's Wife by Audrey Niffeneger
Thanks K Ina for suggesting, first person pulak tu. Anyway, I have both books already. Thanks for The Memories tu belum baca. I read quarterway thru a novel by the same author (Ahern), If You Could See Me Now. I decided er... I favor Jodi Picoult writing to Cecilia Ahern. The second book, The Time Traveller's Wife, sudahpun dibaca dengan jayanya. I loike.

Asu Bahiyah (ni pun geng Forum Cari)
1. Surat Ungu Untuk Nuha
2. Jaja & Din
Both ni Kak Mon takde and both belum baca. First book's tittle tu appealing enough for me to go and buy it (boleh ke alasan macam nih?). Jaja & Din tu pulak my frens back in the office memang dok baca. They suggested me to read that also. Tapikan, my frens tu late 20's or early 30's and I am approaching 40 oredi in a very-few-years time. Kadang-kadang pembacaan pun berkadar terus dengan age. Girls, put me in your list peminjam buku ni yek.

Bubbles of Dream
Thank you Bubbles for giving me the list of books! Appreciate that. And also thanks for reading my blog, right up to the archives!
1. Kite Runner by Khalid Hossein
2. Shopaholics by Sophie Kinsella
3. A Long Way Gone by Ishmael Beah
4. How Starbuck Saved My Life by Micheal Gates Gill
5. Books by Sandra Brown (thriller)
6. My True Story by Mende Nazer
I have tried reading the Shopaholic series but nampaknya tak appeal to me. I have read The Kite Runner and absolutely love it. And I have read A Long Way Gone too. Rasanya Bubbles and me ada similarities in our bahan bacaan. I may be getting book no 4 and no 6. It suprises me slavery still exist during this time.

Ummu Auni
Whom I first met virtually in blogger's world lepas tu jumpa face-to-face. We're working for the same company.
1. Do They Hear You When You Cry by Fauziya Kassindja
2. A Walk To Remember by Nicholas Spark
3. Trilogy Makrifat Cinta Taufiqurrahman al-Azizy
First and third book sound appealing enough, I maybe buying those. I have read another book by Nicholas Spark, The Last Song. Sadly tho, his kind of writing is not my cup of tea.

Aida
Ummu Auni's twin. Dah nama kembar kan, komen pun one after another. She suggested BAWAL by DBP. Kak Mon dah menggugel sana-sini, nampaknya tak berhasil mencari orang menjual buku ni :(

Oren
Oren sajes 2 buku. Both islamic. Thanks ya Oren. Ni pun macam best jer..
1. Travelog Syahadah by Muhammad Rashidi Abdullah
2. Magnet Rezeki dengan Solat Dhuha
We all know salah satu cara untuk dimurahkan rezeki ialah dengan menunaikan solat Dhuha. Tapi rata-rata 'tau tapi tak buat' Kak Mon pun sama. Moga Allah merahmati kita semua.

Mynie
Dia pernah pinjam buku-buku Kak Mon. Sharing is caring bak kata orang sekarang ni.
1. To Kill A Mocking Bird by Harper Lee
2. A Curious Incident of The Dog in The Night Time by Mark Haddon
Book 1 tu cam ala-ala class reader when I was in secondary school rasanya. And book 2, sudah di beli! Yes!

Nieta
Nieta ni pun mula-mula kenal thru cyber world. We also work for the same company.
1. Ayuh, Lari Ke Pulau Harapan by Noor Suraya
2. Kelab Sarjana - Misteri Rumah Asap di Ladang Seri Taming by Noor Suraya
Thanks Nieta. I'll try to coax Kakak into reading this. La ni dia nyer inclination banyak sangat ke siri Geronimo Stilton dengan adiknya si Thea Stilton.

I hope jangan ada pulak sapa-sapa terasa if I wrote that I don't favor certain books or certain authors. Even so, you all nyer feedback banyak membantu Kak Mon okay and again, I really appreciate that.

So, who's the winner?
1. Oren
2. Aini
3. Asu

Tahniah yer.. Mintak tolong emailkan address you all to aa.rozilawati at gmail dot com ya.

Wednesday, June 22, 2011

La Tahzan..

Things aren’t always as they seem. Musa's mother was told to throw her son in the river, Yusuf was left for dead in a well, Maryam delivered a child alone, Aisyah was accused of a terrible sin, Yunus was swallowed by a whale, Ibrahim was thrown in the fire, Muhammad (saw) lost the love of his life Khadijah. Yet look at how it turned out for them in the end. So don’t worry, Allah has a plan for you

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. At-Taghabun ayat 11


Wahai hati, la tahzan.. Allah has better plans for us all InsyaAllah.

Friday, June 10, 2011

20 Hari Lagi

Tik tok! Tik tok! The counter shows only 20 more days before I end my TSAHM period. How time really flies (when I'm having fun)! If you ask, I'd rather stay home like I do now. But, life goes on. Harap-harap apa jua yang mendatang akan ditempuhi dengan penuh kebahagiaan.

That, also contibutes kepada kemalasan untuk menulis blog. I keep thinking on how kesian to leave the kids. On how sad it's going to be not being able to do home-tuition anymore. On not being able to do so many things together with the children. But, alhamdulillah, we mothers can make easy pahala actually. Stay at home and mind your children and house-affairs - dapat pahala. Kerja membantu ekonomi rumahtangga - dapat pahala. Bapaknya pulak dah sah-sah kena cari nafkah kan.

Sebenarnya, usul untuk hantar resignation letter tu memang dah dibentangkan. Setelah ditimbang-timbangkan, dikira-kira, direnung-renung.. keputusan diambil ialah Kak Mon harus kembali bekerja. Sementelah, alhamdulillah objektif percutian (eh, macam bercuti naik kapal la pulak bunyinya!) hampir tercapai. Tho I think I could've done more. (FYI at times my middle name is Procrastinate) Anak-anak? Setakat ni masing-masing buat muka masam bila tahu Ummi akan kembali bekerja. Iman tanya 'Oh, nanti Ummi balik malam lagi lah ya?' Ya nak, mungkin itu akan terjadi tapi Ummi janji, within my effort Ummi akan cuba balik on time, seboleh-bolehnya. Ummi janji akan tetap tengok homework anak-anak sekelian dan belajar sama-sama dengan kalian walaupun masanya akan jauh lebih singkat berbanding sekarang.

Ya Allah, sebagaimana Engkau permudahkan transitionku dari bekerja kepada TSAHM, maka mohon Engkau permudahkan juga transitionku dari TSAHM kepada bekerja. Permudahkanlah keadaan terutamanya bagi anak-anakku yang amat dikasihi.

*sob*