Malam semalam waktu tengah buat revision dengan anak-anak, email dari egroup kawasan perumahan saya masuk di handphone. Mengucap panjang saya. Di kawasan kejiranan kami yang tenang aman damai tu ada attempted kidnapping. Lorong jalan rumah saya tu!
Ya Allah lindungilah anak-anak kami dari semua kejahatan yang nampak dan tak nampak. Terus sesi revision bertukar sesi tazkirah hal-ehwal keselamatan.
Untuk makluman, kejadian ni berlaku di Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.
Ni catatan email dari jiran..

Salam kepada semua penduduk di Zon AEE. Baru sebentar tadi jiran belakang rumah saya datang memberitahu. Tghari tadi anaknya tengah tunggu bas nak ke sekolah agama. Datang dua pemuda Melayu yang tak dikenali bagitahu bahawa mereka disuruh ayah kepada budak itu untuk mengambil dan hantarnya ke sekolah. Nasib baik budak itu pandai menjawab, katanya ayah ada di atas rumah, padahal ayahnya masih di ofis. Dan dua suspek itu bertanya kenapa ayahnya tak pergi kerja. Jawab budak itu, ayahnya baru balik dari kursus. Dua suspek tadi apabila mendengar macam tu mereka pun terus pergi.
Pesan pada anak-anak, JANGAN, JANGAN DAN JANGAN ikut sesapa tak dikenali walau sebaik mana pun they look, walau apapun alasan diberi, walau apa sekalipun! Kepada yang ada maid, mintak pesan teman anak-anak tunggu bas/van sampai naik bas/van. Waktu balik tunggu depan pagar. Jangan bersidai tepi pagar dengan maid jiran berbincang hal gaji tak cukup sampai tak tengok anak-anak pegi balik sekolah! <-- sempat lagi tu mengimbau kenangan bibik yang %^&(O&%$ itu.
Teringat saya waktu si Kakak tertinggal van sekolah tahun lepas, (baca di sini) dia jalan kaki dari sekolah agama ke sekolah kebangsaan. Syukur tak ada apa-apa terjadi. Waktu driver van maklumkan si Kakak takde dalam van, saya rasa jantung dah berhenti, nak bernafas pun rasa sesak dada! Zaman sekarang, anak perempuan anak lelaki sama saja. Perlu di ingatkan sentiasa. Waktu Iman Tahun 1, dia keluar senyap-senyap beli jajan di luar pagar sekolah. Bila saya dapat tahu, menyirap rasanya. Ya, saya memang over dan paranoid. Sebab hal-hal macam ni lah.

Baru seminggu lepas depan taska anak-anak ada orang capai henbeg dari dalam kereta yang parking depan kereta saya. Mujur henbeg ajer yang dicapai, tak bawak kereta lari sebab dalam kereta tu ada anak-anak yang masih tidur. Antara hilang hendbeg dan kidnapping, kidnapping obviously berganda-ganda-ganda-ganda lagi menakutkan! Apapun mohon Allah lindungi kita semua. Dalam masa yang sama berhati-hati lah.
Sebagai amalan yang paling simple, amalkan bacaan surah 3 Qul (al-Ikhlaas, al-Falaq, an-Naas), 3 kali setiap surah, pagi dan petang. Rata-rata dari kita rasanya hafal 3 surah ni. Jom kita sama-sama latih anak-anak hafal dan amalkan surah-surah ni. (saya merujuk di sini)
1 comment:
terima kasih untuk tips mudah tu
Post a Comment