Saturday, February 25, 2012

Makan Dinner @ Pak Hailam Kopitiam

Khamis lepas, kebetulan dapat balik awal sikit dari biasa. Sampai taska anak-anak sebelum jam 7.00 malam. 3 hari sebelum tu balik lewat dah gelap baru sampai taska so kami bawak anak-anak pegi makan dulu, redemption la kononnya. Kakak sajes makan nasi goreng kat Carrefour. Iman sokong. Adam setuju. Sebulat suara. Senang cerita. Kang kot sorang nak McD, sorang nak nasi goreng, sorang nak pizza.. susah juga kan. Kalau nasi goreng Carrefour tu, maknanya kat Pak Hailam Kopitiam.

Ni ai punya. Eggs on Toast (bukan nama sebenar). Sedap. Roti tu jenis pesen lama yang very light. Macam rangup-rangup sikit. Telur tu half boiled. Telur omega katanya. I couldn't care less kalau dah lapa-lapa gitu. Omega ke, Tissot ke, Citizen ke heh heh. Taruk kicap sikit, pepper sikit. I loike. Kalau tak makan ni, I usually makan Fishball Noodle Soup. Their western dishes pun okay jugak. I have tried Lamb Chop and Chicken Chop. Not bad lah.

My Hot Lemon Tea. Soothing. Kena pulak memang tengah batuk-batuk. Kalau tak lemon tea ni, I usually order air Cincau. Share dengan Adam tapi sebab ai batuk and nobody should share my drink, I might as well order something of my liking.

Tebby's Fried Kueytiaw. Tak pernah tak sedap. Very consistent. Tapi version kerang-less. I love the ones with cockles. Kena pulak kerang tu tak berapa masak, lagi sedap!

Wholemeal Red Bean Pau. Adam punya. Kalau datang sini, inilah yang dia selalu mintak. Sebelum ni fries. Ni fasa fries dah tamat, pau pulak. Pau ni ada banyak variation, dari yang manis sampailah ke inti daging.

My elder two, as usual order Nasi Goreng no-sambal, no-vege, no-garnishing. Yang ni pun boleh tahan sedapnya.

Adam, all smiles.

Ni, maskotnya pulak :D Jaafar Onn u ols!


4 comments:

Smiley said...

jaafar Onn ker owner die? or duta saje kak? tak penah mkn sini

y@tipruzz said...

ok nnt leh try!!
suke wording akak 'tak pernah tak sedap'...dan kagum dgn adam yg mkn wholemeal pau haha very the healthy one!!

kalo anak sy, if possible they'll go like no vege no bawang no benda pelik2 :)

ummi said...

Farra ~ ntah le. Jaafar Onn ada, Misbun Sidek pun ada. Food dia okaylah.. standar kopitiam. Takleh makan everyday, bengkrap!

yati ~ try lah. mihun goreng dia pun sedap.. served with kari ayam. nasi ayam dia no-no.. tak sedap sgt.

malacca2u said...

The fragant white flowers after pollination become small coffee berries with two beans covered by a silver-membrance enclosed by a yellow pulp that turns red when ripe. Already a nice beverage, roasting the seed give coffee much of its pleasant taste.