Wednesday, December 26, 2007

Kita Hanya Merancang..

Setelah sekian lama, saya update blog masakan saya. Ada a few recipe yang dimasukkan. Bolehlah melawat di my-pancake-life.

Saya tak jadi ke Langkawi. Perancangan dari seawal Julai 2007 tak dapat dilaksanakan. Kita hanya merancang, yang selebihnya ketentuan Allah kan. Saya dijadualkan terbang ke sana pada 23/12/2007. Booking tiket, accomodation semua dah buat. Iman pulak tak sihat lebih kurang seminggu. Tak sampai hati saya nak tinggalkan dia. Bukan 2 atau 3 hari tapi 6 hari. Mujur ada kawan se ofis tolong carikan orang yang sudi menggantikan tempat saya. Last2 minute gitu, susah juga. Kena pulak time2 orang bercuti menghabiskan annual leave. Dan kebanyakkannya dah ada perancangan sendiri. Dah book percutian months in advance. Takkan nak kensel pulak kan.

Makanya, in short, kursus tersebut saya tak hadir. Hajat nak shopping pun dibatalkan. Sebenarnya dah terlanjur ke sana tu, saya nak top up Corelle Souffle Blue saya dan menggantikan skillet/pan yang lama-lama tu dengan Maxim/Tefal. Maybe some crystal bowls or even matching cutleries with my pinggan mangkuk. Mungkin juga dah ada niat melencong gitu, saya tak dapat pegi. Apa pun, alhamdulillah Iman dah sihat sekarang. Kebetulan pula sekarang ni dalam proses nak tutup akaun. Agak sibuk di ofis.

Namun begitu *ehem*, sekembalinya Tebby dari kerja last week, dengan cerianya dia menyampaikan bahawa di Amcorp Mall ada jual pinggan-mangkuk dengan design yang memang saya idam-idamkan. Putih polos dengan bentuk 4 atau 3 segi atau berbiku2. Kira modern design lah. Tengahari tadi, kami ke sana dan memborong a few. Not really a few lahhh.. about 17pcs at RM189.09. Bukan setakat yang 4 atau 3 segi, yang lonjong pun ada juga. Items yang saya beli semuanya at 70% discount. Sib baik hari ni bawak ViVa so limited space. Kalau bawak Optra, harus saya borong jugak yang lain-lain! Sampaikan saya terfikir-fikir kot2 ada jemputan kawin, boleh saya belikan sebagai hadiah. Cantik-cantik. Ada candle holder (a set of 3) with long handle of different height, memang saya suka betul. Tapi mengenangkan anak-anak saya yang suka explore benda-benda macam tu, apatah lagi kaca, saya batalkan saja niat tu.

So, meh tengok gambar pinggan mangkuk baru saya..

the squares. deep and shallow. i like!


the deep triangles. i also like!


the rectangles.


the ovals (oblongs?)
paling bawah tu sesuai untuk buat pie or custard.
yang tengah tu not too shallow and not too deep.
atas sekali ada resemblence cam bath-tub, but I like!



19 comments:

aida said...

kak tie, yang oblong tu boleh buat masuk oven tak?

beli kat kedai mana? sale sampai bila???

Ummu Auni said...

ehem, cantik pinggan...saya pun minat gak, tapi tak de tempat nak simpan dah...aduh...nak tambah kabinet dapur la gini :P

ummi said...

aida ~ tak surelah pulak boleh masuk oven ke tak. sbb banyak jenis tho they look cam satu set. ada yang boleh micro, ada yang blh masuk oven, kena check balik nanti.

kat Amcorp Mall, bawah. org tu sewa kedai tu sementara aje, salenya sampai 30/12 nih. kat luar tu ada bunting 'Living Quarters'. obviously metrojaya.

mardhiah12 ~ akak pun sebenarnya takde tempat sgt nak simpan tapi sbb dah kenan sgt and mmg dah lama sgt dok aim pinggan mangkuk gitu, 'ada-ada' kan jugak tempatnya! kuali semua pindah kat bawah sink kat bahagian belakang dapur, so blh masukkan hak yang baru ni.

ps - kalau tgk serving dish yang besar2 tu, mmg menarik.siap ada kaki besi ala2 rustik gitu. tapi akak tak beli, hasben dah jeling time tu..

Kaklong Syikin said...

salam,

oh..saya suka moden style :D.

bab persiapan ke sekolah ni..utk kali pertama tu mmg banyaklah belanjanya, tp lama2 nanti kuranglah. oh ya, sbb kakak ada asma, boleh pesan/bgtau kat cikgu kelas dia nanti pasal asmanya tu, jd cikgunya lebih prihatin dngn keadaan dia.
saya ni lum p shopping mopping lagi persekolahan anak2 heheh.

ummi said...

kaklong ~ saya pun sama. tapi ada juga saya beli teaset yang berbunga-bunga gitu. kalau time jiwang, saya guna set tu. kalau agak2 nak moden, saya keluarkan set yang polos takde apa-apa pattern. jgn tak tau, iman tu, kalau minum teh, nak proper cup and saucer!

insyaAllah saya akan inform cikgunya. saya pun nak minta kalau boleh tempatnya depan sikit sbb dia ni suka berangan.

baik cepat kaklong oiii... sekolah dah nak buka ni.nanti susah nak cari saiz.

ps - kakak dah bawak pun beg sekolah baru ke tadika. katanya sbb nak bawak buku cerita tp saya rasa sbb nak tunjuk kat member dia!

y@tipruzz said...

alamak jeles...tapi amcorp jauh!! skali imbas cam ikea..ikea nyer leh masuk oven..so akak pasni leh la wat baked macaroni or trifle dlm mangkuk2 yg cun itu!
sy dah amik resepi pie, tp smpi skang tak men try lagik..sure cun letak dlm mangkuk gitu!

ummi said...

yati ~ akak takde oven.. uwaaaa.... takleh nak bakar2 segala. ikea? dah berzaman tak pegi. teringin jugak tapi mengenangkan nak bawak iman dgn kakak (one will run about, the other akan asik nak makan).. ku lupakan saja! mmg kena ambik cuti kalau nak melilau secara aman.

Anonymous said...

ummi,
kebetulan pulak ye. i just bought some dishes @ metrojaya tapi tak la sebanyak yg akak beli. saya memang suka without pattern. suci murni gitu...hehehhe... dulu masa belaja kat negara uncle sam, saya gile collect corelle and corning and noritake... tapi bile kat mesie nih, cam boring pulak.
skarang MJtgh gile2 punye sale. pegi la, i went MJ yg kat avenue k, since dekat ngan M*xis. masa beli tu dah berangan2 nak masak ape. since ada baby nih, baking skill makin tumpul tapi that doesnt mean i have to stop collecting kan..hehheh.
nanti saya letak gamba item yg saya beli.

Ajzie said...

cantik2.. Umi saya juga ada koleksi mcm tuh.. saya dapatkan disini aje.. Kalau umi nak minta saya tolong beli kan pun boleh..

YG petak2(square) tuh more to japaness style lah.. macam2 kaler ada tau.. merah, hijau, oren.. dll

Anonymous said...

kak wati,cantiknya.. terpikat hati. nanti blehla buat open ouse gitu. wink wink

ummi said...

ct ~ i still go for corelle tapi takleh beli kat sini. kena pi langkawi baru murah. casserole dah banyak, dok himpun sikit2 dari awal kawin. jgn lupa yek - gambar. nak tumpang jamu mata.

ummi said...

ajzie ~ apa kata kalau ajzie buat bisness benda nih since supply senang nak dapat. ambik gambar tampal kat blog, senang nak pilih. rasanya nak juga ramekin dulu tu tapi tunggu dulu lah. nak cari space nak letak dulu!

ummi said...

zue ~ dah ok ke? atau masih makan twisties jek? he he. open house? ntah bilalah tu...

Farra Da Smiley said...

kak, ada yg alfreso ek?
I have Alfreso 3 items- souffle bowl, pie plate and bowl+tutup dia..beli masa MJ card day last yer

hajat nak beli kat Langkawi tak pergi2, anyway bila MJ card day punya sale utk member mmg hebat , sy beli masa 70% diskaun, orang rebut2 sehh

Kalau Alfreso sume bleh masuk Oven with their tagline" from the oven to the table"

like yours, nak tambah collection lepas renno dapur, coz sekarang tade tempat dah nk taruk barang

ummi said...

farra ~ thanks for the info. so terjawab soalan cik aida kita. boleh masuk oven. kalau takde diskaun 70%, most probably akak tak beli banyak2 gitu. sebiji dua boleh lah. mangkuk kecik cenonet tu pun RM15 hg asal. diskaun nyer pasal, 3 biji sekali beli.

ps semalam lepas pinggan mangkuk tu kering, jenuh nak menyumbat dalam almari!

kaezrin said...

kat metrojaya pun ader jual nih...and its 70% off jugak

btw saya pun boreong jugak time fella sale ari tuh niat asal nak beli sofa last2 beli pinggan mangkuk lak kat situ.. :))

KakNi said...

Seronotnya dapat shopping, tak kisahlah kat langkawi ke kat KL, janji dapat beli, ye tak?

ummi said...

elin ~ bila fella sale? nak tgk2 sofa jugek tho bukan nak beli sekarang. sofa kat rumah tu dah lunyai dikerjakan dek budak2 tu.

eh, they sell pinggan mangkuk jugak ek?

ummi said...

ahni ~ yezzaaaa... janji shopping. yang lagi best tu, hasben saya pun sama excited nak beli. tapi kan, kalau saya pg langkawi, harus sampai ribu riban saya belanja.. serious...