Thursday, December 20, 2007

Dendang Perantau


Salam Aidil Adha dari kami sekeluarga. Buat pertama kalinya dalam 33 tahun hidup saya, saya tak beraya di samping keluarga di kampung. Time bujang dulu, sure balik kampung saya punya. Bila dah kawin, alternate dengan kampung Tebby. Janji kat kampung, tak kisahlah kampung siapa. Tahun ni, disebabkan masalah-masalah yang tak dapat dielakkan, rancangan kami beraya di kampung saya di Temerloh terpaksa dibatalkan. Antaranya sebab banjir. Walaupun air yang menenggelamkan parts of the kampung dah surut dan cars can go in and out, dengarnya Jumaat ni akan bermula 2nd wave banjir. Lagipun Iman masih tak berapa sihat, kotnya terperangkap nanti, satu hal pulak. Tebby pulak terpaksa bekerja esok sebab dan ambik cuti kecemasan masa Iman sakit bari-baru ni. Kiranya kena ganti baliklah nih.



Untuk juadah pagi raya (sob sob), kami buat Nasi Minyak lengkap dengan Gulai Dagingnya. Ada sikit agar-agar telur 'Nnesang Kerek' dan sebekas kuih bahulu. Cukuplah untuk kami anak-beranak. Surau sementara di area rumah kami pun ada buat sembahyang sunat raya.


Tebby kata eloklah namakan hidangan ni 'Nasi Minyak Dendang Perantau'. Kalau raya puasa, harus banjir nih!


Yang ini pulak bakal dikorbankan pagi-pagi Jumaat (esok). Ada unta sekor, lembu 4 ekor. Unta dengan lembu-lembu ni memang jadi attraction kat budak-budak sini. Maklumkan budak KL, ada yang tak boleh beza kerbau dengan lembu. Tension agaknya unta dengan lembu-lembu tu dok kena kerumun. Anak-anak saya (kakak terutamanya) tak terkecuali. Dia tau esok unta dengan lembu-lembu tu kena sembelih so dia nak jugak (tak boleh tidak) pegi buat 'lawatan terakhir'. Dah lah hari pulak hujan. Kenalah kami naik kereta ke tempat lepak binatang-binatang tu (padahalkan dekat amat). Janji dia puas hati. Elok jugak hari hujan sebab rupanya dia dah plan nak pegi peluk cium unta tu! Dek sebab hujan, kami tengok dari dalam kereta je.


Salah seekor lembu yang akan dikorbankan esok.


1 comment:

HANIM RAZAK said...

teringin nk mkn daging unta...ape rase dia ye? sama je ngan daging lembu kah?