Sunday, February 04, 2007

Of Cooking And Tidying Up

Cooking-experiment-wise, this weekend was such a frustration.

Hari Khamis masa cuti Hari Wilayah tu, saya cuba buat cakoi. Macam biasa, acara uli-menguli kena buat masa budak2 tengah tido so right after Subuh, bermulalah acara menguli tepung. *lenguh tangan woo*. Mixer ada kat dalam stor, dah bertahun tak guna *dan tak pasti kat dalam stor tu, exactly it's location*. Lepas sidai kain semua, the dough rose just a bit. Maknanya tak double the size. Nevertheless, goreng jugak. Tak ada rasa dan rupa cakoi pun *frust* tp jadi macam 'kayu keramat' (cakoi manis ala terengganu).

Rasanya (kot?):-
:: Too much flour sebab adunan keras semacam. Main agak-agak je sebab takde weighing scale (it is there somewhere dalam store tp malas nak kerobek)
:: kalau lepas cairkan marjerin, pastu terus tuang dalam tepung+yeast; yeast tu mati ke?

Jumaat lepas pulak, sebelum pick-up budak-budak kat Atfal, kami pegi ke Jusco. Memang nak membeli sedikit groceries and dah terlanjur ke sana, sempatlah membeli kitchen weighing scale, rolling pin dan mangkuk menguli. Resipi kata kena 'rehatkan' dough about 5 jam so saya pun mengulilah dalam pukul 12 malam gitu. Bangun tido, makk aiiihhh, bukan lagi double the size, dah jadi triple gamaknya! Saya pun tak pasti whether that was good or bad. Nevertheless, uli lagi for 20 minute. Lepas bentukkan lebih kurang, gorenglah. Adehlahh,... I was expecting something crisp on the outside and soft on the inside with lots of ruang udara. Mine was crips all over. Macam keropok. Operation was aborted midway.

And that was not all that happended. I tried out Akhni, which I took from mamafami's fotopage. (rice with chicken). Sukat punya sukat, terlebih air, nasinya jadi lembik semacam. Suami saya pulak memang anti nasi lembik. Tapi dah terbuat tu kan, makanlah jugak. Rasanya dah ok cuma texture nasi tu tak menjadi. Maybe next week saya cuba buat gulainya saya dan omit part beras tu. Saya nak cuba makan dengan Nasi Minyak.

Dek sebabkan tu semua, saya mogok masak on Sunday. Perhaps the only consolation was TOFU FINGER which I did pagi Ahad tu. Makanya lunch tadi kami ke McD.

Oh ya, saya sekarang sedang giat mengemas rumah. Takdelah rumah saya semak sangat sebenarnya *percaya ke?*, cuma rearrange a few things to make things better. Projek yang terlaksana
:: Mengemas toy storage anak-anak. Dapat 2 beg besar of 'nonsense'. Dah selamat dah pun dibuang. Ada jugak bulky toy. Serba salah dibuatnya. Nak simpan, makan space. Nak jual, kot beranak lagi kang. Kakak pun tolong sama. Thanks sayang.
:: Mengemas open-rack dan shoe-rack kat porch. Rak-rak tu tempat segala alatan berkebun dan membasuh kereta. Dah nama open-rack tu, susun cantik pun nampak tak kena jugak. Kat porch pulak tu. Suami saya pegi warehouse Cavenzi ambik rak kasut yang saya order last weekend. Berpindahlah barang-barang kat open-rack tu ke dalam rak kasut. Kemas. Suka hati saya. Shoe-rack saya letak kat tempat sampah, kot-kot ada orang nak, boleh ambik. Open-rack tu pulak kami angkut ke bahagian belakang rumah. Simpan hose air, kolam plastik budak-budak. Terlanjur mengangkut ke belakang tu, kami kemas sekali mini kabinet dapur yang kami angkut dari rumah sewa dulu. Dapur rumah saya sempit, so dalam rak tu, saya simpan beberapa periuk dan besen besar. Bila mengemas tu, suami saya dismantle the whole thing. Maka saya dengan agak malu-malu, ambik balik shoe-rack yang dibuang tu untuk letakkan periuk besen saya tu. Saya parking dekat dengan washing machine kat wet-area.
:: Menggantung 'jebok burung' (bird's cage) yang saya beli di kampung baru-baru ni. Tak ada burung pun, bekasnya saja. Masa di kampung, bapak saya ada letak burung sekor, Iman punyalah excited. Bila di bawa ke KL, burungnya dilepaskan. Bimbang nanti kalau saya balik kampung lama-lama, siapa nak tengok-tengok kan burung? Lagipun jiran saya ada bela kucing dua ekor. Nanti kang tak pasal-pasal jadi isu pulak. Dah terlanjur pegang tukul ngan paku tu, suami saya gantung sekali plak 'WELCOME' yang adik ipar saya bagi a few years back. Masa tu dia masih bujang lagi. Sekarang anaknya dah dua tahun!! Nasib baik plak tu daripada simen, kalau tak mau reput dulu!

Puas hati saya. Next project, saya nak cari kerusi dan meja yang sesuai untuk bahagian porch. Boleh jugak duduk-duduk petang-petang hari. Ataupun boleh buat steam-boat makan kat luar tu nanti! *boleh nyanyi berlari berkejaran, seindah bunga di tamannnn... laaa.. laaa... laaaa..*

4 comments:

Kaklong Syikin said...

salam,

oh ummi..nampaknya nasib kita samalah dlm masakan ni. minggu lepas, serba tak menjadi bagi saya; donut, muffin n pau..tak tau nape :(. sampai suami kata, stop dululah masak2 tu.

setau saya, margerin lepas dicairkan tu, biarkan sejuk seketika. sama ada ia membunuh yeast sbb panas tu, saya tak tau. tp garam ya..kalau buat donut misalnya, once dah campurkan yis dlm tepung bagai dn ada garam, cepat2 kena uli, takleh tinggalkan sbntr, yis tu boleh mati.

pengalaman saya sendiri, kalau buat doh yg ada yis ni, takleh lama2 dibiarkan sampai 2 jam lebih, nanti dia mengembang tak tau nak cakap. pastu, bau n rasa kuih yg dibuat tu pun lain, masam rasanya..ini pengalaman saya ngan donutlah..

kalau saya buat donut or pau, agak2 tak mo makan semua n nak simpan, saya akan goreng donut atau kukus pau suku masak dulu, ini nak elakkan doh tu terus mengembang..ended up, takleh makan dah dimasak. rasanya entah apa2.

bestnya org tu gotong royong bersihkan rumah :D
err ummi, dah dpt beli ke keta idaman?

pB said...

minta maaf bab bab masak benda benda alah ni, pB memang FAIL.
Beli jer...

Boh la gambo, boleh share share tengok area yang telah dipercantikkan itu...

y@tipruzz said...

saya rasa hot margarine tu bukan penyebabnyer. sbb saya mmg time dia panas tu terus pour in ke dlm campuran tepung+yis+egg. Yg pasti, saya tak biar dough lama, kalo tdk sure dia rise ntah brape x ganda. usually i'll leave it aside around 45min-1hr..shud be enuff. for best result, knead with ur own hands, i tried knead using machine, dough dia tak cukup soft, using hands instead, mmg sedap and lembut. if u want to try my recipe (cilok fr internet), mail me ok bebeh!

ummi said...

kaklong ~ oh ya? frust kan. mmg saya ada biarkan tepung bercampur dengan garam sebelum masukkan marjerin tu. ish.. ish.. ish... lenkali tobat saya tak tinggalkan semalaman.

ps: keta belum lagi. tgh tahun insyaAllah. tgh tgu loan abis barang satu dua.

PB ~ saja cuba2. memula sbb anak2 nak makan. kendian naik syok pulak! gambar? takdelah sampai comei-lotei. setakat mengemas aje.

yati ~ gitu yek? nampak gayanya tak jadilah akak nak kerobek store cari benda tu! akak pun ada gak rasa jd gitu sbb ditinggalkan lama sangat tp tak sure. ye lah, amatur kan. kang buat conclusion tah apa2 pulak ek.

pasai resepi tu, NAKKKK.. NAKKK... semangat pudar tapi belum hilang! *cam tajuk lagu melayu je*