Thursday, January 18, 2007

routine123 - kisah kakak, pasar malam dan nasi dagang

Esok saya cuti. ½ day saja. Kena bawak Iman ke APSH (lagi?), follow-up. Kes telinga bernanah tu lah. Belum lagi tiba harinya, Kakak dah berderaian airmata sebab dah diberitahu dia tak boleh ikut. Dia kena hadir ke tadika. Puas jugaklah saya bagi reasoning. Diakan dah tak lama lagi nak ke sekolah ‘kain biru’ (sekolah rendah). Lagipun she needs to catch-up dengan banyak benda yang she missed last year. Tahun lepas dia banyak tak sihat. Dan banyak miss sekolah. Kenalah beri gelaran good girl, big girl. Good girl does her mom favors. Those sweet talk and such. Akhirnya dia mengangguk, setuju. Tapi besar jugak kemungkinan esok pagi akan pecah lagi empangan!

Semalam saya ke pasar malam di Cheras Perdana. Dah jadi kebiasaan kami, hari Rabu dapur tutup. Beli barang rumah sikit-sikit, bawang merah, bawang putih, bawang besar. Beli dinner, nasi dagang, nasi lemak, apam balik. Beli baju harian anak-anak, RM10 untuk 5 helai seluar panjang Iman dan RM10 lagi untuk 3 helai tshirt – satu untuk kakak dan 2 untuk Iman. Dulu saya heran bila dengar cerita orang dengan skala gaji RM4-7 ribu beli baju di pasar malam. Sekarang tidak lagi. Ada gambar katun-katun kegemaran anak-anak saya lagi tu. Cars, Happy Feet, Ultraman, Superman, Barbie, Mickey Mouse. Ada kawan sepejabat pun selalu ke sana. Hari ni bila saya tanya dia beli apa semalam, monyok aje mukanya. Rupanya Wiranya kena pecah masuk waktu dia tengah menjelajah pasar malam. Not really ‘pecah’ lah. Si pendajal tu cuma korek lock. Diangkutnya laptop. Kesian, kena ganti harta syarikat tu. Itu satu hal lah. Semua dokumen kerja ada kat dalam tu. Yang tu camno nak ganti? Adehlah. Bukan dia saja yang kena. Kereta yang diletakkan berdekatan pun dicurinya radio. Na’uzubillahh. Dah semoga sipendajal tu dapat ditangkap atau diberi balasan ‘cash’ dek Tuhan.

Untuk tidak menghampakan Yati, semalam saya memfotokan (ada ke such word?) langsir kat rumah tu. Jangan tanya kosnya. Saya tak ingat. Dah 4 tahun dah tu. We opted for iron-rod utk night-curtain tu. Curtainnya pulak ‘Singapore Pleat’. Ntah,.. mungkin ada nama lain kot, tapi kat dalam buku langsir Macy tu, tulis as Singapore Pleat. I think it’s neater than the usual French Pleat. Furthermore the fabric we chose tu berat dan tebal. Em, I did mention we are boring people kan. Tengoklah tu, warna langsir sama dengan cat dinding. Sofa pun dah ‘makan matahari’, kaler asal tenggelam dan dah blend-in so well with the wall as well. But I like!

see how it blends so well with the wall

textured fabric in chiffon

close up on the pleat

Oh ya. Resepi Nasi Dagang. Saya dah tulis dalam our food-blog. Do visit. Nota-gambar tu bukanlah hasil masakan kami. Tu gambar nasi dagang yang dibeli di pasar malam semalam.


7 comments:

Ummu Auni said...

akak, nearest macy dgn gombak kat mana ek...ke satu HQ tu je ada? ingat nak buat scallop untuk tingkap depan. yg lain2 tu tak tukar la, jahit sendiri tu, hehe...kalau nak tukar juga, kena beli kain lagi. and dh kena baiki mesin jahit.

ummi said...

mardhiah12 ~ dah jawab. tengok email yek.

pB said...

baru ni pun pB beli langsir kat marcy..kalau ikut dah dua kali, suka sebab kain kat situ susah nak koyak dan susah nak buruk...

beli yang harganya paling rendah masa sales (nak jimat bebbb)

nasi dagang, pB suka guna beras merah , tak pernah cuba yg campur beras pulut, masa tok ma balik baru nie, 4 kilo pB masak...nasib baik jadi...

ummi said...

pb ~ sib baik saya bukan jenis suka tukar2 langsir. kalau tak, koyaklah poket. nasi dagang merah? dulu saya skeptikal ngan nasi dagang putih tp bila try, sedaplah pulak. saya rasa sejak kawin dengan suami saya tu, tekak saya dah tukar jd tekak org tengganu kot.

Kaklong Syikin said...

salamm

hehe..saya tukar gelaran saja suka n kebetulan ni mmg gelaran saya di rumah

harapnya kakak tak menangis esok.mmg budak kena selalu dipuji utk membuatkan dia setuju melakukan perkara yg dia enggan lakukan.

mmg beli pakaian anak2 lebih ekonomi di pasar malam, dpt banyak helai pun ya..

Farra Da Smiley said...

kak, tolong fwd skali email psl Macy tu kat sy boleh?

Anonymous said...

salam maal hijrah ummi ya..
moga semuanya mendtgkan keberkatan pada ummi sekeluarga