Wednesday, November 29, 2006

lapan belasssss.....

ADUHH… sabar.. sabar… (*LAPAN BELASSSSS…)

Pagi-pagi lagi dah kena. Yang rasa terkilan tu dek sebab orang lain yang tak simpan info yang memang sentiasa dia dapat, kita pulak yang kena. Saya faham orang yang marah-marah tu. Ye lah, kalau memang dia hantar info everytime, kita pulak mintak lagi, mana tak marahkan. Kena pulak tengah banyak kerja. Kalau saya jadi dia pun saya marah. Yang tak acinya, yang dimarahkan ialah saya, orang yang tak berapa kena-mengena! Sabarr ummi,.. sabarrr…..

Semalam terlewat ke ofis. Kereta buat hal. Ada bunyi ngittttttt, ngitttttttt, ngittttttt, as if someone is grinding metals. Langsung hantar ke workshop di Pandan sebelum ke ofis. Mamat workshop tu hantar kami ke LRT station. Mdh ambik keta masa lunch. Bercerita pasal kereta ni, jangan tak tau suami saya dah tolong buatkan azam 2007 untuk saya! By end 2007, I, must own and drive my own car. Sebenarnya dah lama kami nakkan 2nd car. Kereta kecik yang tak makan minyak banyak sangat. Tahun depan tol naik lagi kan. Bab tol ni mmg tak boleh nak buat apa, keta kecik ke, besar ke, cajnya sama je. At least dapat kurangkan belanja minyak, kira oraitlah jugak kan. Back to our angan-angan tu, dah banyak kali tertangguh sebab I am not financially-fit. Duit tu ada cuma kalau kena tambah satu lagi installment, tak berapa ‘selesa’. Nak kena reserve jugak untuk contingency dan untuk ‘entertainment’! Ye lah, sekali sekala nak jugak bawak anak-anak ke McD. Ni pun tak lama lagi ada installment yang akan habis (insyaAllah, so bolehlah dihalakan duit tu ke situ). Any suggestion? Kriterianya:-

:: brand new.
:: harganya tak boleh lebih RM45k.
:: economical fuel consumption (obviously keta yang lagi satu tu akan rest kat rumah. We’ll be driving the new car to-fro work)
:: small (saya yang akan drive keta tu, kenalah sesuwaaiii dengan saiz saya nih!). lagipun mesti fit nicely dalam porch kami.

Kami dok terfikirkan Savvy. Yaaa,.. kereta yang nampak agak pelik tu. Lain-lain termasuklah MyVi dan Kelisa dan Suria. But nothing is definite yet. Yang pasti bukanlah cap-cap luar Malaysia,.. tak mampu bebb!! I just hope I can own one tak lama lagi.

* kisah LAPAN BELASSS ni nanti saya ceritakan kemudian ya…




5 comments:

Cik Tat said...

huih..cepatnya ada azam 2007..wish u luck on finding your 2nd car..

ummi said...

mama singa ~ mana tak cepatnya, ada orang tolong buatkan!

pB said...

Kelisa ok gak rasanya...
minyak pun safe...

loan syarikat kan boleh ambik...so no hal lah...

ilsa said...

saya pun akan recommend kelisa.. so far tengok kelisa banyak save in fuel consumption.. but what about myvi? berapa harga market dia (I'm so uninitiated about cars :P) myvi spacious jugak but don't know about makan minyak atau tak. kitorang pakai toyota pun so far sangat2 kurang pakai minyak compared to our previous proton (obviously)

ummi said...

PB ~ tengah tengok2 kot bank boleh bagi lagi murah dari company. loan pun nak kena bayar ngan duit jugak kan. lagi jimat lagi bagus.

ilsa ~ i can't compare since I don't drive (yet). since my husband said, driving is not an option anymore, so kenalah beli keta disamping nak jimatkan duit. optra tu, mmg banyak makan minyak. that's why it needs to take some rest.. he.. he..