I'm back. Biarlah takde house-keeping 2x sehari. Biarlah takde orang hantar food 4x sehari. Nothing beats home. We were in APSH 16-25 November 2006. Paid holiday, as some like to put it. It was an about RM12k holiday this time around!
Kisah tak berkesudahan..
Kalau nak dikira, tahun 2006 ni saja, kami anak-beranak 6 kali masuk hospital! Di mulakan dengan Iman yang cirit-birit sekitar February. Diikuti episode pneumonia dan URTI kakak dan Iman in July. Mdh warded in October sebab gastritis haemorrage. And baru-baru ni, kakak due to high-fever and Iman cirit-birit.
Kalau nak backtrack, bermula dari 2004 lagi, penghujung tahun sentiasa ditutup dengan kisah sakit. 2004 ditutup Iman yang kena jaundice berpanjangan, 2005 ditutup Iman yang kena pneumonia dan 2006 dek Iman yang cirit-birit dan Kakak yang demam panas.
Tapi saya tak mahu mengeluh. Itu anak-anak saya. Anak-anak yang saya mohon dari Allah dikurniakan kepada saya untuk disayangi dan dikasihi. Allah amanahkan anak-anak itu kepada saya dan suami. Saya bayangkan saudara kita di Palestin atau di Iraq, dugaan yang Allah hadapkan saya tiada apa-apa! Saya bayangkan kawan-kawan yang tiada cahaya mata sendiri walau sekian lama berumahtangga. Syukurlah.
Si sakit menjaga si sakit...
Dua hari setelah kakak dimasukkan ke hospital, Iman turut serta! Tak semena-mena dia muntah tak berhenti. Pagi-pagi buta (memang sungguh 'buta' sebab masa tu pukul 2 pagi!) mdh bawak dia ke A&E, terus hospitalised sama sebab takut dehydrate. Dahhhh.. dari sorang dah jadi dua. Demam kakak masih tak berubah. Bila kesan ubat habis, demam naik semula. Dari bilik single, kami berpindah ke double-bedded yang lebih besar. Dalam hati ni, biarkan aku sendiri yang sakit, bukan anak-anak. Allah Maha Mendengar. 2 hari kemudian, saya sendiri kena demam panas yang hampir mencecah 40d! 2 kali saya ke A&E malam-malam buta. Sekali kena caj RM100++ dan kali kedua RM200++ kerana buat blood-test! Dan 2 hari kemudiannya, saya kena cirit pula! Kali itu, saya sekadar memesan suami membeli pil chi kit tek aun saja! Dalam keadaan kami yang 'berjemaah' sakit, suami saya yang dah 'suam-suam' badannya terpaksa menggagahkan diri. Sesekali saya dan kakak di spongingnya waktu kami tidur.
Bertimpa-timpa!...
Suami saya pula kebetulannya wajib menghantar final paper untuk MBA. Last-last minute si professornya call, minta dibuat editing itu ini sebelum buat hardcover binding. Alhamdulillah bila siang demam saya kebah. Jadi dapatlah dia ke sana-sini membuat editing, printing dan finally, hantar untuk buat binding. (Kalau tiada aral, awal 2007 kami akan ke UTM Skudai untuk konvokesyen).
Iman, anak lelaki saya tu, memang lasak. Walaupun begitu, he 'scored' among the nurses. Senyumnya. Tingkahnya. Lakunya. Galaknya. Setiap kali doktor atau nurse masuk bilik, dialah yang paling sibuk 'mengandam' itu ini. Satu pagi semasa saya dalam bilik air, kedengaran berderaian pinggan mangkuk pecah. Dalam hati saya dah tau angkara siapa. Berterabur pinggan mangkuk kaca bersama dengan sarapan yang masih belum sempat dijamah. Iman oh Iman. Tengahari pada hari yang sama, dia dengan bangganya menunjukkan tangannya kepada saya. Makk aihh, terkejut saya sebab dia cabut balutan tangannya yang kena IV. Terkoteng-koteng tempat cucuk itu ditangannya. Berderau darah saya. Cepat-cepat saya pegang tangannya dan panggil nurse sebelum dia grab the whole thing and pull it out.
Pengakhiran...
Pada hari ke-7, barulah demam kakak kebah sedikit. Walaupun adakalanya tinggi, jarak antara 'serangan' semakin jauh. Pada masa itu, Iman dah 90% sembuh. Pada hari ke-8, demam kakak sekali sekala sahaja, dengan suhu 37.5d atau 37.7d sahaja. Pada hari ke-10, doktor benarkan kami pulang. alhamdulillah.
Penghargaan...
Terima kasih kepada yang meninggalkan komen/pesan/nasihat dalam entry blog ummi sebelum ini. Ada yang tak berjawab, minta maaf. KakZ, nanti saya try buat ye!
Terima kasih kepada yang datang menziarahi kami di APSH. Tak lupa juga yang bertanya khabar thru SMS dan yang memberi kata nasihat dan perangsang sewaktu kami gundah gulana. Kepada Semut yang menghantar email, terima kasih. Bila nak updet blog?
Kepada sang suami...
Terima kasih kerana menjaga kami 3 beranak walaupun you sibuk dengan paper MBA you masa tu. Sedar atau tidak, pengalaman sebegitu banyak mendewasakan kita. Mendekatkan kita dengan Allah. Menambahkan kasih sayang antara kita. Mengeratkan kita dengan anak-anak.
Kepada diri sendiri...
Lepas ni masuk ofis semula. Banyak back-log. Boss pulak asyik kirim salam je!

12 comments:
CT ~ itulah adatnya menjadi mak. kalau nak ikut2kan kekadang tension jugak. tapi cuba ingatkan hati anak2 amanah Allah. kena asthma? mintak2 bila besar sikit nanti dia sihat. cumanya budak2 asthma ni kena extra care sikit sbb they're sensitif to perubahan cuaca, keadaan udara etc.
akak..padanla bape kali bukak tutup blog ni tapi still sepi..rupanya dia sibuk kat APSH..alhamdulillah segalanya selamat. Duk terbayang mcm mana kekalutan akak dan husband menjaga anak dlm keaadaan akak pun sakit. You so strong sis! semoga anak2 akak kembali ceria :)
welcome back ummi.. dugaan dari Allah tu tanda nya Dia sayang pada kita.. alhamdullilah semuanya dah sihat... hopefully kesihatan yg dikurniakan berkekalan... :)
mawar ~ kalut mmg kalut. kena pulak nak hantar final paper mba dia. berkejar sana-sini. nasib baik mmg dah siap awal2, tinggal nak edit sikit2 and touch-up je.
fatin ~ hari ni mmg saja mengelak terserempak ngan bos sbb nak selesaikan back-log dulu sebelum dpt keje baru! anyway, anak2 akak dah beransur sihat. selera pun dah makin bertambah.
ummi,
saya nih one of your silent reader, inaz from bangsar (married with 3 kids). been following your blog, and really enjoys your writing esp cooking!
since terbaca pasal anak2 ummi, saya ingin share cerita sama. i am asthmatic, same with my mom. and my first 2 kids ada symptom2 bronchitis which might lead to asthma jugak. mmg sedih tgk anak2 tak sihat.
tapi saya ada cuba kasi anak2 food supplement (herbalife)and since that dah kurang asthma or bronchitis ni.... herbalife nih well known as product for reducing weight, tp in my case, saya yang cuba dulu then kasi kat anak2..
all started with success story from my brother (asthmatic), yg cuba herbalife and he realized his asthamitc reducing dramatically. tuh yang kami anak beranak cuba juga.
mmg big improvement for me and kids. no more batuk2 with pelghm or selsema etc. it helps to build strong antibody for us.
sajerlah nak suggest to ummi to try this product for kakak and imna, since herbalife ada kasi 30 days money back.. kalau tak sesuai boleh stop.. dan kalau ada improvement buleh continue.....
but pls dont get me wrong. i just wanted to give you an alternative to help your kids. mana2 yang baik boleh dikongsi. you can reach me by email safinazmustapha@um.edu.my.
wassalam
alhamdulillah things back to normal. everday saya jenguk blog akak...at last u're back! semoga iman n kakak back to their hip hop life! take care :)
respect husband akak, he managed to cope up with 2 stressors at one time...bestnyer nk convo dah!
ummi,
saya baru mula nak membaca the 1st para from your latest entry tapi sampai pada ayat ni,
"Tapi saya tak mahu mengeluh. Itu anak-anak saya. Anak-anak yang saya mohon dari Allah dikurniakan kepada saya untuk disayangi dan dikasihi. Allah amanahkan anak-anak itu kepada saya dan suami",terus menitis airmata saya. Terkenangkan tangan yang terlalu ringan mencubit (dan kadang2 memukul jugak..), mulut yang terlalu mudah mengeluh & marah jika anak2 buat perangai atau buat sepah, tumpahkan air, dsb. Mungkin kerana saya tak pernah diuji dan diberi dugaan sebegitu sekali maka saya alpa dan kurang menghargai/mensyukuri nikmatnya mempunyai cahayamata.. Saya selalu rasa tertekan dengan kerenah anak2, so selalu rasa nak marah.. tapi bila membaca semua entry ummi, saya mula menginsafi diri.. Betapa bertuahnya saya dikurniakan anak2 yang sihat & cergas.. cuma sedikit nakal, tapi memang itulah fitrah budak2.. Terima kasih kerana Allah telah tunjukkan hidayahNya pada saya melalui blog ummi ni.
Alhamdulilah ething dah ok..kesian gan ummi kan byk x kena masuk hospital tahun ni kan..cubaan ummi lg2 dengan anak2 kita kan...
inaz ~ thanks for the concern and tips. at the moment we're currently on elken spirulina + IG6. kakak refuse tho sbb dia kata busuk. dia ni mmg cerewet sikit. btw herbalife tu rasa+bau teruk tak?
yati ~ he's a wonderful man. that's why i'm married to him! ngee hee heee...
anynomous ~ *loss for words*. saya cuma berkongsi perasaan dan pengalaman. and like you, thru others' blogs pun I learn things about life. anyway, I used to be cepat tangan, cepat temper. I guess there's so many wayss Allah gives us lessons in life, whether kita sedar or not.
nero ~ budak2 tu semakin sihat. cuma kakak macam monyok sikit. i had viral fever once long ago and mmg lama nak boleh rasa betul2 sihat. plus, she wants to stay back home instead of the nursery but what can i do kan.
Assalamualaikum "ummi",
I am sorry to hear that you had a tough time last week. Wow, the hospital was really making money from your family's vacation. Anyway, I hope your little ones are better now. May Allah bless you and your family, insha Allah. "Fa inna maal usri yusri. Inna maal usri yusra". There is always easiness after hardship, Amin.
umm_fi_ard ~ thanks. they're getting better now. iman as bubbly as ever. kakak pun not as pale as she was few days back.
ummi,
i am so sorry for not emailing you personally abt herbalife (tade email ummi pun actually).
let me add a bit eh, herbalife nih can be used by all - baby,budak, org tua and again it is a food supplement.
tang rasa + bau i bet mmg herbalife SEDAP sangat. i wish can give you or kakak or iman a taste. (thinking of to have shake party then inivte org datang eh) mmg yummylicious.. sebijik cam shake minus the ice.. hehehe.. dia ada 5 flavours, strawberry, cappucino, vanila, chocolate and tropical fruit... btw if you want to ask more just email me ummi. safinazmustapha@um.edu.my
sbb rasa cam ganggu tak ruang komen ummi nih heheheh... sorry again
Post a Comment