Saturday, April 30, 2011

Kak Mon's First Giveaway 2011

THIS POST IS GONNA STICK UNTIL 30th APRIL 2011. PLEASE SCROLL DOWN FOR MY USUAL RAMBLINGS.


Orang buat giveaway, Kak Mon pun nak buat giveaway jugak :D

I just need suggestions on three things but before that, here's the list of prizes.. To be frank, I do not buy these items just for this Giveaway but I (dengan agak keliru juga) happen to have bought extra. How come extra? I oso donno. I have 2 when I just need to have 1. So I guess by doing this, it's a win-win thingy. Winners get the prize, I get the info I need.

PRIZE NO 1 Novel by Tere Liye - REMBULAN TENGGELAM DI WAJAHMU Brand new. Takde tanda apa-apa pun lagi. Usually I'd stamp my name rightaway lepas beli tapi yang ini tak.

PRIZE NO 2 Novel by Chiew-Siah Teh - LITTLE HUT OF LEAPING FISHES Not so brand new. Still dalam cling-wrap lagi.



PRIZE NO 3 Body Lotion by The Skinfood - FRESH JUICE BODY CREAM

You'll will have to suggest me..


EITHER


:: 2 books to read (in Bahasa Melayu or English only) Bear in mind I am a mother of 3, the eldest is attending Year 4. I am more than mid-30's. Please go through the list of books I have read so far at the right hand side of this blog, jangan sajes mana-mana dari yang itu okay. Anything from novel to biography, on humanity right up those yang se-genre dengan Diary of A Wimpy Kid.


OR..


:: 2 children books (preferably pembacaan bersiri) in Bahasa Melayu for my 10 yo girl. I need to build up her writing skills.


OR..


:: 2 children books (preferably pembacaan bersiri) for my 7 yo boy. Do provide links so I can read the summary/review on the books k.


So how do I pick up the winner? I'll do it randomly. Yes, I'll close my eyes and point blindly on the computer screen. As easy as that. So the winner may or maynot be the one who suggested the books I am going to read or buy for my daughter / son. But, in case only 3 persons left their suggestions.. here's how I'm gonna do it

:: If there's only 1 person, that 1 person will get all those 3.

:: If there's 2 or 3, one person will get one prize. What to give to who, will be solely under my jurisdiction.

LEAVE YOUR SUGGESTIONS UNDER COMMENTS IN THIS ENTRY YA.

Oh ya, do leave your email address / web url. Closing date will be end of April 2011. I'll send the prize 2nd week of May 2011 InsyaAllah.

NOTA PENTING - GIVEN MY CURRENT FINANCIAL STATUS, I CAN ONLY SEND THE PRIZES TO MALAYSIA, INDONESIA AND SINGAPORE ONLY (tu pun kalau ada peserta luar :P)

Thursday, April 28, 2011

Congratulations!

To My Other Half




ps - Have a look at your paper and have a thought on my proposal yesterday. Letme know your answer next week ya.

Wednesday, April 20, 2011

It's A Twin!

It's a twin!!!
.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.




Bukan yang ini yer...


After our 2nd child, En Suami dah bagi hint cukup lah 2 orang anak. Tapi lepas tu Kak Mon mengandung lagi waktu Iman umur 3 tahun. Lepas Adam lahir, we decided cukuplah 3 anak kami. Pastu mengandung lagi kali ke-4 waktu Adam umur setahun!! :D Lepas tu setelah perbahasan dibuat, mengambilkira tahap umur dan kekangan masa, rasanya cukup setakat 3. Kalau Allah murahkan rezeki lagi, kami tetap bersyukur...







Merepek dah kan.



Sebenarnya nak tunjuk yang ini..
Waktu pecahkan telur buat egg benjo last weekend, tup-tup dapat sikembar ni ha.
Nasib baik sempat rampas sudip dari Adam, kalau idak tak dapat ambik gambar sikembar ni.
Tu pun dah pecah sebelah.








Monday, April 18, 2011

Serial Anak-Anak Mamak


Jangan pernah membenci Mamak kau. Karena kalau kau tahu sedikit saja apa yang telah seorang ibu lakukan untukmu, maka yang kau tahu itu sejatinya bahkan belum sepersepuluh dari pengorbanan, rasa cinta, serta rasa sayangnya kepada kalian. (my favorite phrase from the novels)

3 daripada 4 buku dalam serial 'Anak-anak Mamak', karya penulis seberang, Tere-Liye. Kisah kehidupan sederhana yang dituliskan dengan indah. Buku ke-4, Amelia diterbitkan di Indonesia sekitar Februari 2011 dan saya masih belum dapat membelinya.

Teringinnya saya menjadi seperti Mamak, tegas tapi penuh rasa sayang..

Friday, April 15, 2011

Birthday Dinner @Sekincan Ikan Bakar

It is customary for me and Tebby to have a dinner/lunch outside to celebrate each other's birthday. Just the two of us. The kids will get their turn later on. This year, it's a bit awkward. If I were to belanja him, I'd still be using the money he gives. Macam ni lah konsepnya, 'Boleh mintak duit lebih sikit sebab I nak belanja you makan?' Weird huh. Anyway, yesterday his officemates held a suprise birthday-do. Siap potong-potong kek lagik. Kalau kat rumah takde maknanya.. ramai tukang potong lain ada :D


And today, kononnya nak selebrate dengan quiet dinner, last-last takde quiet-nya. Pegi makan kat Sekincan Ikan Bakar kat Dutamas, Cheras. Bunyi macam jauh je kan. You see, my house atas bukit, Dutamas tu bawah bukit. Naik keta tak dan 5 minit dah sampai. We ordered ikan pari, ikan jenahak, sotong, kerang, ulam-ulam dengan nasi putih. Tanak tercekik, order 2 nescafe-o panas sama 1 teh-o ais. Semua RM77.20. I tell you semua licin. Except tinggal kacang panjang (ulam 2,3 kerat). Rasanya orang yang nak belanja tu makan lagi banyak dari orang yang diraikan. Masa menunggu 30 minit. While waiting, tengok meja sebelah siap ada ikan merah sebesar alam, ketam etc. Takleh tengok lama-lama, kang kena pelangkung pulak. Yang nyata, diorang sebok makan sampai tak bercakap langsung! Tak sampai 30 minit, hidangan kami sampai. Lepas 15 minit makan, En Tebby tegur 'aik, sampai tak bercakap langsung sebok makan?' Heh, heh.. only then I knew kenapa meja sebelah senyap sunyi waktu makan. Sedap you all. Hidangan sederhana untuk orang-orang sesederhana kami. Lazat amat, alhamdulillah)


Apapun, kepada En Tebby, again, Happy 37th Birthday. Your next birthday, it'll be really on me he he. Jom layan gambar. Sikit aje gambarnya. Sebok nak makan.






oh ya.. sila melawat www.sekinchanikanbakar.com

Thursday, April 14, 2011

Happy 37th Birthday




Kepada Suami yang dikasihi,

SELAMAT ULANG TAHUN KE 37

Moga seluruh usia mendapat keberkatan dari Allah.

Maaf tahun ini ai tak boleh nak sediakan hadiah yang bagus-bagus.
Apapun, I hope you'll like what I got you for your birthday.

loads of love,
your wife.





Thursday, April 07, 2011

Al Kisah Spek... Pet Pet, Bawang dan Ikan Bilis..

Hari ni Kak Mon kulu kilir. Translate dari bahasa Pahang ialah 'ke hulu ke hilir'. Kata orang Terengganu pulak 'gi mari gi mari' atau 'mmusing ketang'. Biasanya pun memanglah kulu kilir, gi mari gi mari atau mmusing ketang tapi hari ni extra sikit. Sampai 2 kali menjengah Carrefour. Pagi-pagi tu Bibik inform diapers Adam tinggal 3 keping lagi. Adoi. Kenapalah tak cakap masa ada belen lagi 10 keping? Terpaksa lah tergedik-gedik pegi membeli. Adam pulak pagi tu sembelit sampai nangis-nangis nak keluarkan poop dia tapi tak berjaya. Mengukuhkan lagi lawatan ke Carrefour sebab nak beli prune juice. Dan oh ya, London Swiss Roll budak 2 beradik tu dah sapu licin. Kena top-up. Dan tambahannya lagik, nak membeli spek Adam. Lepas hantar Iman kat sekolah, gedebuk gedebak membeli, bukan takat Pet Pet, Heinz Prune Juice dengan London Swiss Roll aje dalam troli.. kepek, chips, air 100Plus, roti, drummet etc. Typical huh? Benda dalam list tapi tak beli ialah spek Adam. Benda penting tu.

You ols taukan my elder two tu kena pakai spek kan (baca sini dan sini juga) Speknya siap dah lama tapi sebab sebok ntah apa-apa, Rabu baru ni baru ambik kat HUKM JRMA. Mana boleh 2 orang pakai spek, sorang lagi tidak kan? Bagi mengelakkan perang saudara, makanya spek yang 2 orang tu belum lagik dipakai. Tak boleh pakai selagi Adam takde spek. Meh Kak Mon tayang sikit spek budak dua orang tu. Kos semua-semuanya RM620 untuk 2 spek ni.

Ni spek Kakak. Purple. Kat kaki (ke tangkai? ke tangan?) ada floral prints. Sesuailah untuk gegirl macam dia.

Mata kanan - distance Sph pl, Cyl -4.00, Axis 170, V/A 6/12.

Mata kiri - distance Sph pl, Cyl -4.50, Axis 175, V/A 6/12.

Apa nih?? Kak Mon pun tatau jugek. Yang cyl tu merujuk kepada astig rasanya. Lagi satu, takde rabun. Expert, sila clarify.



Kat bawah ni pulak spek Iman. Dah Kakak pepel, dia pun nak pepel jugak. Metrosexual sungguh spek ini kan :D

Mata kanan - Sph +1.25, Cyl -3.00, Axis 180, V/A 6/9

Mata kiri - Sph +1.75, Cyl -3.00, Axis 180, VA 6/9



Oh ya, berbalik kepada cerita asal, petang tadi waktu nak siapkan bahan-bahan Nasi Goreng Lobster (sila ambik perhatian, ni isi lobster kering je, bukan fresh lobster lengkap dengan kaki, ekor, cengkerang tu semua okay), rupanya bawang kecik dah takde. Jengah fridge, bawang kisar pun dah sikit. Daaaaaahhh kena buat misi beli bawang pulak. Dikuatkan lagi dengan nak membeli spek Adam. Sebelum ambik Iman kat sekolah tadi, pegi lagi sekali ke Carrefour. Lama-lama sok boleh jadi duta Carrefour kalau gini. Belilah 3 jenis bawang tu, bawang merah, bawang besar, bawang putih. Tengok spek budak-budak, gi** mahal! RM20++. Letak balik. Beli bawang je. Turun bawah, tengok ada kedai sepit-sepit rambut tu jual spek mainan. Angkat satu, RM5.00 je. Kaler mestilah pepel jugakkan. Kang tercetus perang saudara, susah.


Ni spek Adam. Rawk!! Belasah je lah. Buat syarat.



Takde gambar spek dengan tuan punya spek. Semua orang dah tidur time sesi fotografi spek ni dibuat.


Dah sebok cerita pasal bawang, ni lah bawang-bawang yang Kak Mon beli tadi. Pathetic sungguh ha ha.


Spek settle, bawang settle. Baru teringat ikan bilis baru habis semalam.. isk...