Wednesday, January 06, 2010

Life's Like That

My fren (perempuan), is married to a guy who earns like RM40k a month and the pay is being counter-offered with like ... er... RM60k, a month.

A conversation took plakce between me and Tebby this morning..

Keje kat mana?
O&G (Oil & Gas, bukan Obgyn yerr)
Kat pelantar ke?
Ofis plus pelantar. Safety, shipping, things like that.
Sure busy?
Of course, nothing comes free.
Funny thing is, he gets the money but not the time to spend it.
Well, he has a wife!
Ha ha ha.

Anyway, money is not everything tho it does add 'wonders' in your life atas muka bumi ni. Yang penting keberkatan that may or maynot come with it. But, if given like RM40k and keberkatan with it, sapa nak tolak kan?

In my own life, I've learnt that the more my husband earns, the lesser I see him.. hmmm.. Well, we can't have all, can we?


Tuesday, January 05, 2010

Back To Work

Back to work! Me, that is. After berleisure sakan kat rumah, I finally clocked in on my first day in 2010. I took leave since 23rd December sampaikan Bibik pon naik rimas nengok acik kat rumah he he.

I want to work hard this year. Who knows, this probably my last year working?

Monday, January 04, 2010

Back To School

She's back to school today. Dah Tahun 3 anak Ummi ni. The day kicked-off with me sending her off to SR Agama Al Waani. Tahun ni, 3 Amal. Kelasnya kat tingkat atas. Waktu sampai kat kelas, baru ada 3 murid so dia dapat tempat duduk depan sekali. Balik tu pesan suruh dia naik van Makcik. Jam 11.00 acik dah resah gelisah, pacing back and forth sebab Kakak belum balik. Few minutes after 11.00 dia sampai. Lega acik. Iya, acik ni memang ibu yang paranoid.

Petangnya pulak, jam 12.30 acik hantar dia ke SK BTHO(2). Tahun ni 3 Marikh. Kelasnya atassssss sekali. Sepertimana tahun lepas, tahun ni jugak sesi petang. Sesi petang ni untuk Tahun 1, 2 dan 3. So I saw the havoc amongst Year 1 Students (as well as the parents). Jam 1.00 perhimpunan bermula. Nasib baik panas so they shorthen the assembly, immediately afterwhich acik berperang dengan height phobia ke tingkat 4 untuk bayar yuran sekolah Kakak. Sebab acik begitu tangkas memanjat tangga, when I arrived there, nobody was there, yet he he. Then Kakak and her new classmates sampai. Dia dapat duduk barisan depan sekali, belah hujung nun. Guru Kelasnya tahun ni, perempuan jugak. Sepertimana masa dia Tahun 1, Guru Kelas kali ni pon pregnant jugak. Selesai bayar yuran, acik balik. Janji dengan Kakak jumpa kat kantin jam 6.30ptg nanti.


Suasana kira-kira jam 12.45 pm

Kakak yang enggan bergambar

view from the top. baru abis assembly.

Kelas Kakak. Sesi pagi budak Tahun 6 guna.

me too!

Sebenarnya Tebby dah plan nak balik so we send her off together. Tapi Tebby sampai kat Cheras, acik dah balik rumah. So kami meronda kat Jusco, lunch, cari botol air baru untuk Kakak dan berdating. Know what I bought? Cinta Sang Ratu! I'm so loving it. Masa nak beli tu, SA kat situ suggest that I buy Hijab Sang Pencinta jugak (which I already read). Malangnya Bagaikan Puteri sold out. Tak sabar nak baca nih...

My first books for the year.


Sunday, January 03, 2010

Hijab Sang Pencinta - Buku 1 2010



Suka!

Ini karya novelis Ramlee Awang Murshid (bacakan sedikit biodata dari wiki di sini, untuk sinopsis dan karya-karya yang lain di sini) yang pertama-tama saya baca. Tidak menghampakan saya langsung. I was hooked from the beginning sampai habis. Saya suka cara kisah-kisah kecil dimulakan dalam novel ini, seterusnya bagaimana kisah-kisah ini bertembung dan bergabung.

Ini kisah perjuangan kebaikan melawan kejahatan. Disulam kisah cinta yang dipisahkan berkurun-kurun lamanya. Dendam itu bara, marah itu api, katanya. Itu sahaja dan mencuit hati saya untuk membacanya.

Sebetulnya ini adalah novel terakhir dalam trilogi karya Ramlee Awang Mursyid. Jadinya, saya harus mencari dua prequel novel ini iaitu Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu.

Tebby, bukanlah pencinta novel melayu. Bacaan beberapa bab pertama, bagus, komennya.

Nota - Buku ini saya pesan online dari www.ujanailmu.com.my

Nah, kan Resolution No 2 saya take-off sudah!

Saturday, January 02, 2010

Beef Kebab


After BBQ dinner, followed by Nasi Lemak breakfast, Japanese lunch, decided to make Kebab for the family.

Recipe here.

BBQ Party

Finally, a BBQ party. Albeit very-very low key, had fun doing it. As planned it was done semalam, 1st day of 2010. The preparation, however started the day before sebab nak kasi bahan-bahan marinate well.

Nope it was not to usher in new year but just untuk menggembirakan isirumah kami especially anak-anak. Kakak prepared party invites (despite tak menjemput sapa-sapa pun) and party hats, Iman pulak jadi ketua chef. Tebby, despite being an engineer by profession, he was the accountant and financier for the event. While me, tukang kipas arang sampai berbara. Penat tangan makcik weii. Adam, tukang makan dan tukang sibuk. Di mana-mana ada dia hu hu.

Okie dokie, jom tengok gambar. Ni gambar2 masa prepare makanan for the event.

Alat bantu..

Beef, lamb, prawns and chicken.

The herbs and spices.

Lomor, jangan tak lomor

Ni untuk marinate udang.

Ni pulak aktiviti memasang BBQ pit. BBQ pit ni beli kat ACE for RM156. Arang pon beli kat ACE. We bought fire starter yang jenis berketul tu.


Tebby, dengan pembantu yang tak berapa membantu pon sebenarnya. Tapi, layannn je lah.

The top and bottom.


Adam dah start memasak.

Finally, event menghidupkan api sampai berbara dan meng-grilll!!!

Beverage counter

Deco by Kakak

Chef Iman yang sangat sibuk sekali malam tu

Ambik ko... menyala-nyala.



grilled prawn yang sedap *perasan*

anak-anak

Seronok jugak rupanya buat BBQ nih..

Friday, January 01, 2010

Tahun Baru - Should I Resolute?

Selamat Tahun Baru.

Anyway, anti-climatic that I am, first day of new year is just another day. But still, I resolute. Saya tak mau azam terlalu vague. I should be specific I think supaya senang tracking dibuat later on..

1. Saya akan mencuba sekurang-kurangnya satu resipi baru dari himpunan buku-buku resipi yang saya ada pada setiap minggu. Sebagai tracking, saya letakkan satu senarai di blog ini, cuba lihat di right-hand side kalian.

2. Saya akan membaca sekurang-kurangnya satu buku setiap bulan tanpa mengira genre cerita tersebut. Sebagai tracking, sepertimana mencuba resepi, saya siapkan senarai di blog ini, di right-hand side kalian.

3. Saya akan membaca sekurang-kurangnya beberapa baris Al-Quran setiap hari selepas salah satu waktu solat. Lebih banyak lebih bagus.

4. Saya akan cuba menambah amalan sunat selain yang wajib dalam urusan harian saya.

5. Saya akan membuat belanjawan bulanan dan stick to it. Saya tidak akan overspend on benda-benda yang bukan keperluan. Sila note perkataan overspend.. bukan not spend at all *ayat disclaimer yang agak bahaya*.

6. Saya akan menabung secara konsisten setiap bulan, untuk diri sendiri dan anak-anak. Jika sekiranya ada lebihan pada penghujung bulan, saya akan simpan di bank.

7. Saya akan menyimpan sejumlah wang setiap bulan sejak dari awal tahun untuk saya belanjakan sempena Y.E.S December nanti. Kalau umur panjang, InsyaAllah.

8. Saya akan pastikan anak-anak saya belajar secara konsisten pada setiap hari. Baik Kakak, baik Iman, maupun Adam.

9. Saya akan cuba memasak dengan lebih giat lagi untuk keluarga saya.

Apa pula aim saya by end of 2010?
:: Yang terpaling sangat penting ialah mempersiapkan anak saya, Muhammad Iman untuk sesi persekolahan 2011.

:: Mempunyai ongkos yang cukup untuk membiayai Y.E.S saya pada penghujung tahun nanti.

:: Mencuba 52 resepi baru.

:: Membaca 12 buku.