Monday, July 30, 2012

1/3 Ramadhan Already..

10 hari sudah! Pejam celik pejam celik dah hampir 1/3 Ramadhan kita lalui. Bagi kita orang dewasa mungkin cepat, bagi anak-anak mungkin lambatnyaaaa nak Maghrib kan. Apapun, alhamdulillah my elder 2 puasa dengan jayanya. Awal-awal dulu Iman merengek-rengek jugak sebab haus dan lapar. Dah kena umpan dengan toys, okay sikit. Tapi lagi menggugat perasaan melayan anak yang tak puasa dari melayan anak yang puasa! Oh ya, yang tak puasa pun dapat toys jugak isk isk isk.

Sabtu lepas, seperti yang dirancang, nak solat terawikh kat surau. Elok je turun tangga lepas salin baju sumer, alih-alih Imam Muda Adam dah tergolek ketiduran! Akibat jenjalan half day pastu dia tak noon nap. Kita hanya merancang. Benar, boleh solat di rumah.Cuma lepas bertahun-tahun tak terawikh di surau, this is something I really look forward to. Plus, nak mendidik anak-anak semangat ke surau.

Our iftar Selasa lepas. Baru 3 hari puasa rasa dah puas makan nasi putih. Hari ke-4 order nasi goreng. Tebby yang masak. Jodohkan dengan ayam goreng and ulaman. Cicah sambal belacan. Iman pulak makan pizza. Kuih-kuih tu beli kat ofis. Buah pulak mangga and tembikai.




The next day Rabu, hari menggelupur! Bertolak dari ofis a little bit after 6.00pm. Singgah Half Moon beli nasi Arab. Sampai taska kids dah 7.25pm. Elok je halfway home, dah azan Maghrib. Kongsi minum air Mountain Dew leftover yang dah tinggal 2cm tingginya :D Kids solat dulu while I prepared our meal. Ala.. hidang je pun kan. Tak menyempat nak berfoto bagai.. semua dah ngappp!!

But anyway, now kira okaylah Maghrib masuk around 7.30am. Ample time to prepare and whatnots. I remember tahun-tahun yang masa Ramadhan Maghrib masuk before 7.00pm (around 6.57 gitu la). Lagilah menggelupur. Tapi masa tu only the 2 of us yang puasa.

Apapun, I can recap after 10 days (well, almost), I missed one solat terawikh, 1x berbuka dalam kereta, 1x makan tapau-ed food and 1x cedera kena letupan amukan sotong!! Qur'an pulak baru 2 juzuk aje baca. As for iftar, insyaAllah our mains adalah homecooked. PARAM food ni bukan apa, mahal tu satu hal la. Pastu ada plak pembelian minima especially kalau sayur. Pastu balik rumah.. tak sedap pulak. Lagi haru kalau dah spoil. Makan ikan goreng sama telur dadar kat rumah pun lagi syiok. Maybe because of the spirit kan. Allah bagi peluang buat pahala masak kat rumah. Kalau hari lain asik menapau dinner je kerjanya hihi!!

1 comment:

KakNi (CikNi Ahni) said...

nmpk menu simple jer tp healthy tu byk fruits and vege... busy kot kat office tak leh blk awal.. sy bz mcm mana pun kena jugak blk awal, bln posa mmg tak boleh blk lmbt langsung... hu hu hu...