Monday, October 17, 2011

Steam Garoupa Hong Kong Style



Memula sekali nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat MIL ai yang mendidik anak lelaki dia ni tak berat tulang memasak kat dapur. But these days rasanya memasak dah tak sinonim dengan kaum wanita je. Chef pun ramai kaum lelaki. Para suami pun dah ramai yang pandai memasak.

Sebenarnya lepas balik cuti raya aritu, hidup kami kat rumah cam tak terurus sikit. Barang dapur (barang basah) pun tak stock up... until last 2 weekends. En Tebby pegi pasar beli lauk pauk mentah sama sayur. Among all, dia beli ikan kerapu. Nasib baik muat pengukus tu Yang. Kalo idak haruslah kena cantas muncung atau ekor ikan ni.



Kerapu stim ala Hong Kong katanya. Ai donno sebab waktu you pegi Hong Kong you tak bawak ai (baca dengan nada merajuk <--- motif nak merajuk lepas 2 tahun?) so I can't compare. Apapun, without comparison pun, ini adalah terbaek. Sedap sehingga menjilat jari. Serius Yangg, ni bukan bodek you belikan ai gelang emas.. ops!

Oh ya, kalau agak-agak susah nak kasi belah ikan sampai terkangkang cam tu sekali (ikan terkangkang? apakah??), masa beli kat pasar tu cakap ajer kat tokei ikan suruh siang untuk stim. Tau lah depa nak mengerjakan ikan tu nanti.


Kan ai dah cakap sedap tadi. Ni buktinya. Tinggal tulang belakang jer. Lepas sesi foto ni, kuah-kuah semua habis kena hirup. Oh ya, pinggan tu hadiah dari kawan-kawan MTP5 waktu walimatulurus kami 11 tahun lepas.


Ni adalah bukan pinggan ai he he.




Moga Berjaya Anak-anak Ku

Moga Allah permudahkan anak-anakku menjalani sesi peperiksaan akhir tahun 2011. Moga boleh recall apa yang diajar di dalam kelas. Moga boleh faham soalan dan arahan dengan baik. Moga dielakkan kesilapan.













Thursday, October 13, 2011

Kak Mon's Cheesy Story


Masa Kak Mon kekecik dulu, tak tau pun wujudnya benda yang bernama cheese ni. The closest I got to dairy products was susu cap junjung (gambar atas). Masa kat sekolah rendah, ada gomen bagi bantuan makanan, termasuklah dapat susu kotak from time to time (apart from daily free lunch and sometimes dapat free berus gigi dengan ubat gigi). Suka sangat. Kadang-kadang dapat yang kotak besar tu (1 liter). I have always like plain white milk. I can take chocolate and coffee flavour as well but my preference was and still is plain white milk. I can't drink strawberry flavour. If not, kejap aje cerry-berry okay. Strange kan. I can eat strawberries without the same reaction tho.

My children love cheese. Maybe as much as I love plain white milk. Cheese slice. Cheese stick. Cheese wedges. These are not cheap (by my standard). Anak-anak suka, layan je lah. It's a good source of calcium anyway. Try shoving into their mount calcium tablets, buleh? I bet tak berjaya. Cheese is your solution to giving doses of calcium to your children, in tender loving ways :D Tak payah main kejar-kejar pastu kepit anak kat kaki pasal nak kasi makan vitamins and whatnots.

My children especially love Kraft Cheese Wedges. Tebby once bought that expensive cheese hak bulat tu. The one that you need to manually slice. It has a red skin which we can peel off. Kakak, Iman, Adam, makan sikit je. They don't like the taste. In a way, it was a good thing. Jimatss heh heh. This Kraft Cheese Wedges, it has 8 wedges in a box. Harga dalam RM7-RM9 la lebih kurang.

But semalam, I found an alternative to Kraft. Ada jualan kat Menara and this thing seolah-olah melambai-lambai mintak dibeli (ahhhh.. Kak Mon.. what's new *eyes roll*). I bought not one, but two. Nasib baik, SEDAPPPP!!! It is softer that Kraft wedges and stiffer than cream cheese. You can hold it in your hands but not for long. Ngapp terus. Lebih lemak berkrimmm.. I loike. It also has 8 wedges (Saudia branded it as triangles, not wedges), sold at RM5 per box. Murah kan.

I got a problem tho. Adam, is allergic to cow's milk (lactose intolerant). He can consume tapi tak boleh banyak-banyak. Disebabkan triangle ni sedap, he almost had 4 of them last night alone! Sampai kena umpan dengan chocolate cake baru dia stop. Bacakan kisah kami berkejar ke A&E KPJ Kajang sebab allergic lactose di sini.



Having ngapp-ed a triangle semalam, think am gonna buy some more today. Frens, if you are in Menara and terliur with this entry, should you go and buy some, please leave a box or two for me ya..




Wednesday, October 12, 2011

Adam..

Sebuas-buas abang dia yang ADHD tu,


.. tak pernah pecahkan gelas kat kedai makan

.. tak pernah lompat atas tilam pastu jatuh berdebum kena bucu night stand lalu terkoyak kulit kepala

.. tak pernah berlarian dalam kedai pastu tersambar botol kicap, terpelanting dan pecah berderai.

.. tak pernah main lastik-lastik pastu terlastik muka sendiri sampai berdarah-darah

Tapi yang sorang ni, setakat umur 3+ tahun, semua dia dah cover.

Balik kampung di Tgg, mak sedara dia, Mak Ngah kata kat En Tebby
'Lek lek mung masa kecek' - sebiji sebijun macam abah dia masa abahnya kekecik dulu.
Tokmi (my MIL) pulak kata
'Ni dok bbuah mmana nihhh. Aboh yer lagi nelang tak mboh diangg' - ni tak buas mana pun ni. Abah dia lagilah na**l tak reti diam

Phew. That saves me from all accusation where genetic is concerned hihi. Walaupun sebenarnya masa kekecik dulu boleh tahan hebat panjat pokok manggis belakang rumah Wan (my nenek), walaupun main air sungai Pahang (tapi sampai laaa tak reti-reti berenang), walaupun main dalam semak samun cari buah jambu, pastu terserempak dengan cik bab*, lari lintang pukang sampai calar-calar peha (masa tu pakaian rasmi adalah tshirt dan short. time tu ustazah pun pakai selendang nampak jambul, so a mini short for girl my age that time was a normal thing).

Apapun, among the 3, Adam ni senyum simpulnya paling mencairkan hati. Dari baby lagi dia pandai bawak diri. Boleh main sendiri. Tak banyak kerenah. Kerenah-kerenah yang buat Ummi dengan Abah tak keruan, semua Iman dah bolot. Dah besar sikit ni je dia membuas. Tu hasil kreativiti sendiri campur dengan tunjuk ajar si Iman.

Teringat waktu dia mula-mula menjengah dunia, putih pucat sebab kurang oksigen. Terus masuk incubator. Tak sempat Abah nak potong tali pusat sebab Dr Ashar dengan tangkasnya dah buat dulu (Kakak dengan Iman, En Tebby yang potong tali pusat). Lepas diazankan, terus tolak ke masuk incubator. Esoknya masuk NICU. Terus start antibiotik. 5 hari warded baru boleh balik rumah jumpa Kakak dengan Abang Iman. Abang Iman tak sedar pun kewujudan adik dia for the first 2 weeks. Hari ke 15 baru dia stopped from running around and cakap 'Eh.. baby! Baby! Baby!'

Setakat umur 3 tahun ni alhamdulillah dah kenal almost all colors. Cuma putih/white tu dia dok kata 'warna susu'. Buku Iqra' baru nak masuk page 2, tapi boleh lahh. A, I, U manjang asik lupa which is which. Dah boleh kira 1,2,3 tapi nombor belum kenal. Dah pandai ikut solat. Dah pandai baca doa makan. Tapi baca lepas dah suap makanan, tangan berlemoih dengan nasi, siap baca doa, dia pun raup tangan penuh nasi ke muka. Bila ditegur, cepat aje dia menjawab 'saya baca doa makan la niiii....' Sambil jeling tak-puas-hati-sebab-kena-tegur.

Kalau dengan Iman, it's a love-hate thingy. One second they're happily laughing and giggling together, and the next siap berguling-guling gaduh. Most of the time over one very same thing. Contohnya berebut mainan. Ada berpuluh-puluh robot dalam tong mainan, hak yang satu itulah jugak jadi isu. And sometimes they fight over something both of them don't want.

Iman - Ni saya tak nak.
Adam - Ni saya pun tak nak.
Iman - Saya tak nak! Saya tak nak!
Adam - Saya pun tak nakk! Tak nak!!!!
*Gaduh*

Adoi. Kalau ingat-ingat balik, cam kelakar. Rebut benda bergaduh, taknak pun nak gaduh jugak.

Apapun, we love you Adam!

Tengok Adam dalam gambar-gambar kat bawah ni.. semuanya senyummm je kan..






Monday, October 10, 2011

Muhasabah Diri

Last week ofis sejuk amat.
Last week VP pesan pakai uniform CS* every Monday. Tak kiralah uniform unit mana pun (banyak unit bawah CS* ni).


Hari ni pakai uniform seperti diarahkan. Uniform Kutip-Hutang. Dapat masa kat unit lama, CMD. Agak tebal. Kaler hitam with a bit of white and orange.

Hari ni jugak ofis aircond nya amat selow.
Panas okay.
Berpeluh-peluh.

Rasa nak roll-up the sleeves.

Nampak tangan. Walaupun tak gebu, still.... Haram okay.

I am ashamed I even have that thought *sigh*
This is nothing kalau dibandingkan dengan api neraka..



Sharing..
(Dipopularkan oleh Raihan satu masa dulu)
I'tiraf
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

Thursday, October 06, 2011

Apa tu?

cer teka!
cer teka!



Lagi Terlewat!! Happy Belated Birthday & Anniversary..

Ini adalah beg duit Kak Mon yang En Tebby hadiahkan sempena birthday Kak Mon ke-37.

Hari ni alhamdulillah genap 37 tahun, 1 bulan dan 6 hari bernafas di bumi Allah.

Hari ni juga alhamdulillah genap 11 tahun, 1 bulan dan 6 hari bergelar isteri En Tebby.

Thanks Yang. Terima kasih hadiah pepel wallet ni walaupun sebenarnya I yang pilih sendiri apa cap nya dan kaler dan segala-galanya.

Thanks Yang. Sudi melamar I jadi isteri you.

Thanks Yang. Sudi jadi suami I dan bapa anak-anak kita.

Thanks Yang. For all those wonderful years.

May we have a blessed life ahead.

Nota: -
Ni bukan edisi menunjuk yer. I am keeping this blog as my life journal so apapun yang ditempel dan ditulis di sini adalah untuk kenang-kenangan jua. I am actually the very the down-to-earth. Mungkin kalut-kalut jugak. Ai pernah terjatuh bedebuk bebetul depan entrance parking lot di waktu orang ramai lalu lalang nak ke ofis. Malu Kak Mon taww.


Muka depan :P
Background tu ialah loose tunic from SNUUS (carik kat fb yer). Very comfy. Wear it with long skirt, I'm off to office. Wear it with a pair of jeans, I'm off to berjimba-jimba with my family. Tetiba iklan, motif?


Purple zip-around. Muka belakang. Normally I'd go for brown/black. Ntah apa rasuk Kak Mon hari tu, I picked this one. Another one yang Kak Mon suka was brown tp takde zip-around tu. Siap ada ekor okay. I have some reservation kat ekor tu tp dah wallet tu dtg dgn ekor, takkan nak gunting pulak kan.


gegedik yang terjuntai kat zipper luar.


Sila sumbat kad-kad and more cardss. Kad kredit, kad bank, kad pengenalan, kad nikah. Penting untuk membeli belah, mengeluarkan duit dan mengelakkan dari kena tangkap basah :P


Pandangan dalam.


Ni gegedik zip dalam untuk coins pocket tu. Kalau korang amat-amati, kat bola tu boleh nampak Kak Mon heh heh.

Kak Mon - Beg gedik takpe. Jangan tuan beg menggedik. Tak sesuai okay.




Tuesday, October 04, 2011

Edisi Cotton

Orang dah berzaman pakai baju kain cotton, Kak Mon baru nak berjinak-jinak dalam bidang cotton-mengotton ni. Ambik kau, 4 lai terus.

Semua beli online. Semua from blog Cik Hammie ni. Dalam banyak-banyak online outlets, blog si Hammie ni never fail to excite me with her collections. Hak femes now adalah polka dot but I personally thinks polka dot just don't go along well with a 37yo.

Sebenarnya cotton ni kiranya making a comeback jugaklah. Dulu pernah femes gak tapi paling-paling tua pun budak sekolah menengah je yang pakai. Pastu jenis kain pun tak banyak. Kalau sebut cotton, hak sejenis tu je lah. Design pun banyak yang bunga kekecik je. Takpun belang-belang. Belang-belang tu limited orang buat sarung bantal atau pijama. Now, japanese cotton got, swiss cotton got, cotton silk got. Everything cotton also got lahhh. And now even mak-mak yang ada anak bersekolah menengah pun also pakai cotton.


Ni cotton kasa rubiah katanya. Kena buat lining yer dek non-dek non sekelian. Kejarangan.



I loveeee this one. Lightweight and soft. 2 kali si Hammi tu re-stock, both times I missed. Sokmo dapat kat orang lain.


Yang ni cotton silk katanya. Kalau pegang memang syok. Licin dan lembut. I loike.



Hak ni pulak swiss cotton katanya. Merahnya Mak Ngah, macam zaman dulu. Statement Mak Ngah ni anak-anak zaman kelahiran 70-an je yang tau rasanya. Iklan BSN kalau tak silap.



Perbarisan kain Kak Mon. No 2 dari kiri dah hantar tailor. 3 beradik tak seiras tu belum. Kang pokai pulak nak bayar upah jahit.


Walau apapun jenis kain, tak kira how lasak or how soft it is, for baju kurung I normally put them on delicate cycle (mesin lah, tak koser nak handwash okay, banyak lagi benda lain nak buat), guna detergent for wool or lingerie, and never ever dry directly under matahari. Always under shade. I have one pair of silk baju kurung which still look like new even after 11 years!


Kak Mon - dia dah nak mula lah tu...


Monday, October 03, 2011

Edisi Terlewat..


errr...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

adik baju merah tu, boleh tolong duduk tak?




Macaroons!

Sesungguhnya makan lepat pisang adalah lebih nikmat!
Udoh le mahalllllll.. RM3.00 sebiji. Tamak, beli pulak 6 biji ^_^
fa alif dal nun mim wau kaf!

Punyalah berzaman berangan nak makan macaroon. Dok baca kat blog/fb orang lain makan macam sedappppp la sangat. Siap posing makan-makan kat Harrods KLCC tu. Ala-ala high-tea. Kak Mon takde jadual high-tea beb. Agak-agak nak makan tu, tea time ke, lunch time ke, dinner ke, supper ke.. bila-bila pun buleh.

I've been hinting En Tebby tapi nampaknya he didn't get it. Dia kata nampak macam tak sedap so dia tak beli kan. (Atau dia pura-pura tak dapat hint?)

Verdict? As I mentioned above, makan lepat pisang, sotong celup tepung, cokodok adalah lebih nikmat. Ni according to tekak Kak Mon la yer. Kang ada pulak peminat tegar macaroon marah Kak Mon..

And yes, my husband knows me like the back of his hand. Dia nyer komen, I don't think you'll like it', selalunya adalah benar...


Sunday, October 02, 2011

Duit Raya Apa Bikin?

uiks.. kuku panjang.. lupa nak potong
So, apa jadi kat duit raya anak-anak tahun ni? Tahun-tahun lepas Kak Mon masukkan dalam akaun Tabung Haji masing-masing. Alhamdulillah budak-budak ni lepas pantang ajer Kak Mon bukak kan akaun TH. Tak banyak, bolehlah menabung sikit-sikit. Tahun ni Kak Mon dan En Tebby kasi can depa belanjakan duit raya. Nak kasi they ol feel belanja duit. Dan selamattt poket Ummi dan Abah :D

The boys macam biasalah. Awal-awal lagi dah tempah nak beli toys. Transformers. Tak sudah-sudah. Sampaikan tong besar kat rumah tu dah melimpah-limpah. Adam memang dah aim 'Megatron daun'. Dah lama dah dia nak tapi tak dapat-dapat. Benda tu RM100++. Sila guna duit raya ye Dik. Iman pulak takde anything specific in mind.


Memula terjah kat Toys R Us MidValley. Belek punya belek. Tengok punya tengok. Takde pulak 'Megatron daun'. Daun tu sebenarnya cam selimut Megatron tu. Rupanya kalau sekali pandang memang macam daun buruk. So carik kat Metrojaya pulak.



Yey.. Megatron daun!



Tengoklah senyuman puas hati dia tu..



Uiks.. cepat sikit la Iman. Sempat lagi posing ala-ala Transformers.



Still browsing... punyalah lama dia memilih.



Kenot decide. Cam apak dia lah. Kalau memilih punya lama...



Si Kakak pulak beli buku kat MPH. Now dia collect siri Charmseeker pulak. Pastu siri Enid Blyton. Dulu dok kumpul siri Geronimo Stilton. Hobi yang ni Kak Mon takmau berkisah sangat. Yang penting dia suka membaca.



Ni lah buku-bukunya..



Ni pulak hasil belian fasa 2 (sebab duit raya ada belen lagik). 2 ni dirembat di Isetan KLCC. Belah kanan tu Iman punya. Megatron. Bukan Megatron daun. Punya banyak suku sakat Megatron. Buat modal kempiskan poket Abah jer. Yang kiri tu Adam punya. Apatah namanya. Punyalah susah nak transform, jenuh Ummi belek instruction. Pastu Iman buat cepat je.. tayah tengok instruction ponnnnn....

To date nyer duit raya..
Kakak - guna 60% je. pandai jimat anak dara Kak Mon ni. Tak macam Ummi dia..
Iman - ada belen RM10
Adam - budak ni siap hutang Abah dia RM10 sbb tak cukup duit!

Kak Mon - dulu kekecik takde duit2 raya ni semua. membesar di kampung yang hampir semua serba sederhana. malah ada yang serba kekurangan. tapi ziarah tetap meriah