My first Ramadhan 1431H entry. On 5th Ramadhan. Semua masih puasa penuh lagi setakat ni. Tebby (walaupun dia dah macam nak pitam on 1st day, MC on 2nd day), me (minumlah CCCP waktu sahur wahai rakan-rakan wanita.. anda akan rasa tak begitu lapar) and Kakak (hari sekolah ajer merengek sebab haus, can't blame her tho sebab time dia keluar pegi sekolah petang tu, waktu betul-betul tengah panas terik).
Iman? Hemmm...
Puasa tu apa Iman? Tak boleh apa?
Tak boleh makan.
Apa lagi?
Tak boleh minum air.
Iman puasa tak?
Puasa.
Tadi kan minum susu?
Tadi tak puasa.
Sekarang tak minum, puasa lah ni.
Adam?
Time orang sahur, dia pun minum gak susu barang 8oz, pastu orang bersiap-siap solat subuh, dia sambung tidur. Time orang sibuk nak mulakan urusan diluar, dia pun bangun tumpang sibuk. Dia punya weight baru naik ke 13kg. Dah lama sangat stagnant kat 12kg.
Iftar? Memandangkan tak bekerja ni, cam tak berapa manis lah kalau asik nak menapau je kan. Takat 5 hari ni, semua main dish adalah homecooked. Beli pun cuma kuih-kuih atau air je. Air kelapa tak boleh buat kat rumah kan? Kenalah beli kan? Sahur pulak light-light aje. I can survive (insyaAllah) with just 2 slices of white bread cicah air milo or roti cicah sadin je. Nanti saya sharekan apa menu kami. Sempoi aje. Myself pulak, lepas berbuka, memang tak makan apa-apa benda lain dah, sampai ke sahur. Just minum air banyak-banyak je. Tak taulah kenapa.. kurang selera. Owhh.. tapi... dari first day puasa dok merengek kat Tebby nak berbuka kat Al-Diafah. Takdelah merengek sebenarnya.. saya rak reti nak merengek-rengek nih.. sekadar memberi cadangan (dan diulang setiap 2hari sekali, boleh?)
Persediaan Eid pulak, hohoho, cuma saya aje yang dah tempah baju dan dah siap 7 pasang! Orang lain? Kain pun masih kat kedai! Selfish kan? Kain-kain tu bukan baru pun. Dari zaman china silk glamer kan main, china silk saya belum berjahit, until recently. Ada 2 pasang tu, dah 2 tahun beli, baru ni buat. Ada selai tu beli tahun 2006, masih belum berjahit. Ada selai lagi, dah lama sangat sampai tak ingat bila hu hu. Jadinya, takdelah saya berfesyen ala terkini okay. Apa.. kaftan? Saya cuma pakai kaftan time nak tido ajerr..
Cookies? Ni pun belum mengorder. Kat mana ada jual online? Yang korang dah try and konfem sedappp. Range? Paling mahal ku sanggup RM25 sebekas. Tolong ya, inform ai kalau ada...
11 comments:
KUlit baru? ke saya dah lama x singgah? Salam ramadhan...;)
tyha ~ baru gak lahhh. kulit ramadan gitu... salam ramadan to you too..
dijamin sedap !
http://hazacookies.blogspot.com/
7 helai tuh..kalah kekanak :p
saya jugak yg tade baju raya uwaaaa
Tie,
kak salbiah ada jual tart nenas dan cokelat cip.kalau ko nak, tepon la dia.
tapi tak boleh blah aaa ko punya baju raya tahun ni. 7 pasang beb..hehehhe
~mek~
Saya dah rasa chocolate chips Kak Saliah..memang CONFIRM sedap :)
anon ~ u dah try ke? tgk kat blog tu semenya npk mengancam... syedapp!
yati ~ heh heh... lepas geram. dah 2 tahun tak buat baju raya
mek ~ ko dah try sampel ek? bila lah pulak aku nak ngambik nanti
ps aku mmg over. anak2 aku pon blom ada baju raya. si kakak dah sebok nk tgk baju dia hu hu. kain pon blom beli
k lela ~ alamak.. makin teruja nihhh..
kak try tgk link nih ye kalo nak tgk2 kueh raya
http://www.facebook.com/?ref=home#!/album.php?aid=18267&id=100001264788629
Post a Comment