Tuesday, August 31, 2010

The Big One O Anniversary + The Not So Graceful 36th Birthday

baca angan-angan saya di sini. akhirnya dapat jua...
FOSSIL crossbody ISLA




Terima Kasih Yang
Kerana sudi memperisterikan I, wanita yang penuh kekurangan ni.

Terima Kasih Yang
Setelah 10 tahun kita berumahtangga, kita punya 3 anak yang comel, nakal, bijak dan 1001 macam perangai lagi. Pendek kata, meriah. Mesti jiran kita ingatkan anak kita ada 7-8 orang kot kalau ikutkan kekecohan tiap-tiap hari. Jangan lupa, kita hampir punya 5 anak sebenarnya! Apapun, like you said, rencana Allah pasti yang terbaik buat kita.

Terima Kasih Yang
Kerana sudi berkongsi rasa sayang you dengan I. Walaupun I PMS, post-natal stress, gendang gendut yang tak hilang-hilang walau selepas 9 tahun bersalinkan anak sulung kita. Dan sanggup temankan I shopping sampai you sakit tumit.

Terima Kasih Yang
Kerana menyara I 100% for the past few months lepas I jadi TSAHM. In addition to that melayan I merengek nakkan beg FOSSIL yang rugged itu. Tapi I tak mampu nak belikan you apa-apa untuk anniversary kita, sebab kalau I beli jugak pun, tetap you yang kena bayar :P

Terima Kasih Yang
Happy 10th Anniversary.
Semoga perkahwinan kita sentiasa bahagia-bahagia saja sampai bila-bila.



our wedding date + my birthdate
(yang nombor tu lerrr...)

13 comments:

Asu Bahiyah said...

Happy anniversary kak mon...semoga berkekalan jodoh hingga ke ahir hayat, selamat hari lahir juga...

aida said...

happy anniversary kak tie...

y@tipruzz said...

so sweet!

EimaruSi|ence™ said...

We're sharing birth date....!

julie.yaacob said...

happy anniversary kak tie! semoga bahagia sentiasa. entry yg tulus gittew..

berkenan pula saya tgk handbag akak tu. nak cari kat bicester lah camnih. hehe

MR said...

Terharu i membacanya kakak. Tebby and u memang saling 'mengcomplete' each other.

Happy 10th anniversary to both of you :)

oren said...

tahniah..

hepi anniversary n hepi birthday..

semoga kekal bersama hingga akhir hayat

Farra Da Smiley said...

happy anniversary kak tie and hubby!
wahh dh 10 tahun kawen ek..owh baru tahu akak penah hilang 2 kids...

hebat yang u kak, sanggup teman shopping sampai sakit tumit
kalau i la..die dh balik umah

mmg cantik la beg tu..cuma sy tade prasaan plak kat beg tu..1st time ni dgr jenamanya

Ummu Auni said...

happy happy happy anniversary (ucap 30 kali ye, hihi)

ummi said...

asu ~ thanks. insyaAllah, mintak2 begitulah

aida ~ thanks

yati ~ sweet? who, me? or the entry? :D

eimaru ~ owh? Happy Bday to you too!

ummi said...

julie ~ ditulis dari hati, insyaAllah ke hati jua. beg itu mesti murah2 aje kan kat sana. kalu ada yang comey2 sila tampal di fb dan tag akak ya.

mr ~ tima kasih. you complete me, bak kata skrip citer apa tah...

oren ~ thanks

ummi said...

farra ~ give and take my dear. i tunggu dia berjam2 cari komik (he terms it as graphic novel) so he waits for me utk cari kasut ke, beg ke. fair kan.

and btw, ya, we lost 2. one yang miscarriage last yr. the other was Iman's twin. foetus failed to thrive.

aini ~ uhh... banyak tu ucapan. thanks (baca 30 kali jugak!)

y@tipruzz said...

psst mahal dak brand fossil ni? atau lebih tepat, brape rege beg akak tuh? nmpk cam rugged dan muda kalo mama with 3 kids bwk kan :))