Sunday, April 04, 2010

Wiken Yang Penat!

Tiring weekends! A good one nevertheless.

Dari Jumaat malam dok pulun basuh kain baju. Almaklumlah Bibik takde ni, kain baju basuh ikut dan je. Mula-mula putar kain baju yang dah dua hari tak basuh. Lepas tu baju-baju dipakai ke ofis pulak. Siap hak tu, masukkan hak kaler putih pulak, kasi rendam 8 jam pastu basuh. Pagi Sabtu pulun menyidai. Penuh pagar belakang, 2 penggantung ala payung sama 1 rak penyidai kain.

Pastu hantar Atok and Wan (my parents) balik kampung. They were here for 2 weeks jaga Adam yang tak sihat sementara Bibik Ros tak ada. Adam dah sihat, Atok dan Wan pun balik kampung. Sebelum balik kampung, singgah di Kajang sebab Tokmi dan Tokbat (Tebby's parents) datang dari Terengganu dan stay di rumah MakLang (Tebby's sister) di Kajang. Atok dan Wan dah lama tak jumpa Tokmi dan Tokbat. Jadi singgah lah sekejap.

Lepas tu singgah di rumah Mokkucu (my sister) pulak di Temerloh. Atok dan Wan ambik kereta dari PakLong (my brother) yang rumahnya berdekatan dengan Mokkucu. Dekat pukul 1 bertolak ke Kuantan pulak. Di Kuantan melawat Along (Tebby's sister) yang baru lepas operate perut.

Malam pukul 8.30 baru sampai BTHO. Penat! Angkat kain, longgok dalam bakul.

Ahad pagi basuh pulak towel sama cadar dengan sarung bantal dengan alas meja. Pastu baju-baju pulak. Penuh lagi ampaian sampai gantung kat pagar depan.

Tokmi, Tokbat sama keluarga Maklang dan CheDe (Tebby's sister) datang lunch kat rumah. Masak sup tulang, ikan gelama goreng, sotong celup tepung dengan ulam timun. Lauk pauk semua licin licau. Yang paling dipuji ialah sup tulang. Tebby yang buat. Sedap Yang you buat sup. Lain kali bab-bab sup ni I serah kat you je lah.

Lewat petang diorang balik semula ke Kajang. Saya pi angkat kain, dapat sebakul penuh. Campur hak malam tadi dah jadi 2 bakul. Ni bukan 2 bakul sedang. Bakul besar yang melimpah-limpah isinya! Sesi melipat pun berlangsung. Sampaikan En Tebby pun menolong he he. Dinner nasi goreng Tebby buat. Lepas Adam tidur, saya iron baju. Dah biasa Bibik gosokkan tshirt, saya pun dok pun gosok jugaklah tshirt sama. Lepas tu simpan kain baju dalam lemari. Kemas beg budak-budak pasal minggu depan depa kena hantar pi taska.

Ni tengah nak update kerja-kerja ofis yang tak siap. Dan teringat kasut sekolah Kakak tersadai dalam bilik air belum basuh uwaaaa!!!!!

btw ~ we're selling few household things. dining table, small side table and a small sideboard (lemari rendah). gambar saya upload kendian, kalau interested bagitau okay.

11 comments:

Anonymous said...

hahha...ini lah activity aku jugak time weeken..ahad malam time melipat baju..sambil nonton citer CSI kat channel 701.

~mek~

ummi said...

mek ~ aku siap gosok baju segala sampai sakit betis aku berdiri lama. action pack sikit la aku la ni. sib baik somi aku tak outstation. kalo idak mau pengsan aku.

Farra Da Smiley said...

situasi biasa ..hihi..senaman gitu..cuba cek balik kot2 turun few kg

mamalisa said...

saya part baju mmgla surrender..bibik saya pun sama suka gosok baju sampai tshirt tido pun dia iron..adui kalau x de bibik esok2 mau meraung ler jawabnyer.

ummi said...

farra ~ tak pon. dok menten tang tu jugak berat.

ummi said...

mamalisa ~ aritu siap dgn kain batik, kaftan semer dia nak gosok. akak kata tak payah le sbb baik dia spend masa buat benda lain. just ingatkan once kering lipat cepat2 sbb kalau longgok mmg berkedut sakan.

tu lah kan, once ada bibik, kena buat sendiri, fenat macam le sebelum ni tak pernah buat he he

oren said...

saya nih, bakul baju tak pernahnya kosong..maklumlah, sorang nak lipat 5-6 bakul..huwaa..sampaikan ada kalanya terpaksa gagau bakul sbb nak cari baju anak2 utk dibawa ke taska..

la nih mmg tak rajin nk iron baju..iron baju sekolah mira siap2, baju keja saya plak, kalo tak kedut, tak yah iron :P

ummi said...

oren ~ baju keje akak kebykannya jenis kena gosok pasal selalunya akak pakai baju kurung or shirt sama pants. cam bj sekolah kakak dgn iman, akak gosok belah depan je, aci tak? anyway, been there macam oren jugak. i've been thru that for yearsss so I know how hectic and tiring it must be for you.

Farra Da Smiley said...

jom bebel lg..terimalah awards dr mama muaz : http://dmnfarra.blogspot.com/2010/04/beautiful-blogger-award.html
:)

stalker said...

wahh..sgt terisi skali wiken akak..! dari pagi smpai ke mlm..hehe

lamanya bibik ros balik kmpg..

ummi said...

stalker ~ iya... sgt terisi sampai fenat ya amat lohh! patutnya bibik blk indon 2 weeks je tapi dah nak kena nasib akak byk lak songeh immi sana dengan sini time nak buat permit dia. redha je lahh