Thursday, April 01, 2010

Tak Sihat?

Ada beberapa orang menegur, tidak sihatkah saya?
Kenapa?
Nampak letih, tak bermaya.. nampak tak sihatlah.
Ada yang meneka saya berbadan dua lagi.
Atau mungkin sedang berusaha ke arah itu (berbadan dua).

Iya, memang saya rasa tidak begitu sihat.
Dan tidak, saya tidak berbadan dua. Walaupun dari segi fizikalnya, ianya mencadangkan idea tersebut!
Dan tidak, saya tidak berusaha ke arah itu. Ada yang kata saya masih muda tapi keputusannya setakat ini, begitulah.

Walaupun berperasaan seolah tidak begitu sihat, alhamdulillah selera saya masih ada. Semalam berjaya makan steak dengan side dish nya licin belaka, hari ni makan nasi bawah pokok sama lauk-pauk yang lazat sama-sama dengan Incik Tebby.

Terima kasih atas keprihatinan kawan-kawan.
Sejujurnya saya menghargai itu semua.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik-baik kepada kita.
Bila nikmat sihat ditarik, walaupun sekejap, siksa rasanya!

2 comments:

hanis said...

pada pendapat sya yg tak berapa ni kan...kadang-kadang kita pompuan ni tak sihat atau nampak tak sihat sebab hormon yang tak stabil.


agaknyalah...


p/s: tengah teringin puding roti nih hehehe

ummi said...

hanis ~ akak ni ada zaman2 cam dull giler.. kdg2 ada glow sikit (perasan) but hormone tu a big maybe lah