Sunday, May 31, 2009

Selamat Pengantin Baru!

Selamat Pengantin Baru Aidawati & Syakirin.

Aidawati ni fondly known as Mokkucu amongst anak-anak sedara. She's the youngest in the family. Kisah cinta dia dengan Syakirin ni on-off. So bila family Syakirin datang to officialise the knot, semua orang tarik nafas lega. A year later, after persiapan yang agak gilang-gemilang (standard ku kira gilang-gemilang lah sbb wedding saya memang sangat-sangat low-key). Cat rumah semula, tukar atap rumah, tukar siling. Tu kira pre-preparation saja you ols.

Majlis nikah dibuat sebelah malam. Sabtu 30 May 2009, lepas Isyak. Mokkucu berdandan sakan (dia memang suka melawa anyway). Pakai dress labuh putih sedondon pengantin lelaki. Rombongan lelaki tiba agak lewat. Janjinya lepas Maghrib. Tok Kadi yang datang awal sama kena tunggu. Dek dah masuk Isyak, maka Tok Kadi sembahyang dulu. Tengah-tengah Tok Kadi sembahyangt Isyak, tengok ada orang suluh torch-light tepat kat muka Tok Kadi. Wahh... anak sapa beriman ni. Dah tentu Muhammad Iman. Isk.


part of buffet line-up for dinner after akad nikah

Esoknya Ahad 31 Mei 2009, sebelah pagi, mak saya buat Majlis Marhaban & Berzanji. Berhajat sangat nak buat cukur jambul cucu bongsunya, Adam. Budak setahun mana nak diam. Mula-mula dia ok. Lepas 2 orang, dia tekup kepala dengan tangan. Paling ngeri masa ada nenek tua ni nak potong, tangan dia ketar-ketar you. Hasilnya, rambut anakku yang comel itu telah gonjeng. Sib baik curls nya tak affected sangat.

Adam, sedang dalam acara memotong jambulnya

Sebelah tengahari rombongan lelaki datang sekali lagi untuk majlis bersanding dan makan beradap. Waktu tengahari, tengah panas, paling ramai tetamu datang. Kawan-kawan Mokkucu dari sekolah rendah dan menengah. Kawan-kawan pejabat waktu Mokkucu kerja dengan Prudential dan kawan-kawan ofis Mokkucu di Mahkamah Temerloh. Tak masuk lagi rakan-rakan MLM Elken Abang Long saya. Sedara mara terdekat saja pun dah boleh penuh rumah sebenarnya! Budak2 fotografer yang datang dengan fesyen rambut afro dengan pesen ala Ariel Peterpan, habis lencun tak tinggal gaya apa lagi dah. Kena pulak siap terbaring-baring nak dapatkan angle yang sesuai.

Rombongan tetamu terakhir adalah kawan-kawan Kak Long saya. 4 buah kereta rakan-rakan Elken. Yang ini dijamu di atas rumah sebab pihak katering dah bungkus dan balik by then.

Apa pendapat bapa pengantin perempuan? Ibaratnya kalau dulu ada beban 10kg, mungkin sekarang tinggal 3kg saja. Sebahagian tanggungjawab dah dilepaskan kepada si suami.

4 comments:

oren said...

tak byk gambar yer...tak puas nengok..

selamat pengantin baru-mokkucu..

ummi said...

oren ~ gambar2 lain byk jugak tp nak upload azab betul. setakat nak buat entry atau browse net oklah. nak bubuh gambar mmg lambat sungguh.

aida said...

tahniah untuk pengantin, dan tahniah untuk adam sebab potong jambul... hihih

ummi said...

aida ~ Adam sudah gonjeng. Nenek2 tu suka suki aje gunting merata2. Depa igtkan kami nak cukur licin lepas tu. Lepas ummi trim, jadi pesen temenggong jugah le pulok.. sian Adam..