Selamat Hari Buruh kepada semua yang bekerja. Anak-anak saya pun bercuti jugak walaupun belum bekerja sebab cikgu-cikgi semua bercuti juga.
Kami tak ke mana-mana pun. En Tebby, kalau hari Jumaat, dia seboleh-bolehnya mengelak dari outing atau travelling. So, we stayed home. Pagi-pagi lagi dia dah ke Pasar Sungei Besi. Buat marketing.. orang tua-tua kata 'pegi mereket'. Saya cuma bagi list barang (based on his menu anyway). Sebetulnya semenjak dua menjak ni dapur kami jarang berasap. Dek sibuk di ofis, selalu balik lambat, sampai rumah badan dah penat, makanya tak masak. Untuk anak-anak cukup simple, nasi putih sama telur goreng/ikan goreng. Kalau buat lauk lain, tak mau makan. Iman lagilah... nacik teyo gureng kisyap katanya. Kalau tidak, sanggup tak makan! Kalau nasi lah. Kalau ada mi sup atau mi goreng, dia suka jugak. Tapi kalau nasi, harus ada telur dengan kicap.
Seperti permintaan En Tebby, saya buat Ketam Masak Lemak. Sebetulnya Masak Lemak Seafood. Selain ketam, En Tebby juga beli sepeket 'lala'. Masih segar. Masa saya basuh, still ada suara2 'lala'. Mungkin mintak tolong. Masih hidup! Let's not dwell on that, shall we.
Bercakap pasal ketam ni, saya memang tak reti nak pilih. Tak tau nak cari yang isi banyak. Semua ni Tebby yang buat. Masak lemak pun, sebenarnya dalam setahun dua kebelakangan ni aje yang menjadi. Bahannya cukup simple. Saya tengok MIL kalau masak, senang aje. Hatta kalau santan masih keras pun, okay aje dia masak. Tak payah tunggu thaw pun. Kalau mak saya, cukup cerewet. Santan beku tak main lah. Jauh sekali santan kotak. Kalau boleh, time nak masak tu, baru belah kelapa! Saya pulak ambik pendekatan yang praktikal saja.
Selepas ditenggekkan atas api sederhana, selepas Tebby modify rasa-rasanya (dia ni, kalau saya memasak, memang he'd hover around, cam ala-ala Ramsay Gordon supervise anak-buahnya), makanya.. inilah hasilnya....
Masak Lemak Seafood
5 comments:
baguslah Iman...serba boleh makan syiputt..kalau efi mahu menjerit tahap gaban...
errkk saye tak reti siang ketam..malu malu :p
Hehehehhe...baru semalam masak lemak udang ngan kacang.Kes mak blik johor...bagi udang punya banyak.Tu lauk mkn tengahhari...Ptgnya bantai buat mee udang pulak!
Najmi pon x mkn udang,siput,hatta sotong pon x mkn.Naufal...bedal semua.
elin ~ dia mmg suka sgt mkn syiput. kerang pun sama. dia ni picky jugak sebenarnya. tapi kalu yoghurt, seme brand dia bedal.
yati ~ sonang yo. lagi senang dari siang ikan sbb tak bersememeh cam ikan. bukak bontot dia tu, tarik shell atas, buang insang,.. there... siap. nk basuh pun senang.
tyha ~ uiksss... kenduri udang ek. anak2 akak feveret telur, geng2 siput ni dgn burger. tp most of the time mmg melayu, makan nasi, mi sup ke, mi goreng ke. pasta semer tu toksah hidang le. depa pandang je.
testing..
Post a Comment