Ayat-ayat Cinta. Novel melayu pertama saya beberapa tahun kebelakangan ini. Sebetulnya semasa saya kecil, saya sudahpun membaca 'Seluang Menodak Baung', 'Ranjau Sepanjang Jalan', 'Salina'. Bila digambarkan hujan malam, saya boleh terasakan sejuknya mencucuk tulang, bila diceritakan perihal sarapan pagi, saya boleh terbaukan sedapnya ikan masih menanti dicicah dengan ubi kayu rebus. Atau bila dikisahkan kudis bernanah di kaki Lahuma, saya serasa seolah bau busuk menusuk hidung. That kind of effect. Saya ada juga membaca novel-novel melayu tulisan penulis muda tapi bagi saya agak menghampakan. Atau mungkin I'm too old to appreciate those kind of stories kot. Tajuknya pun saya dah lupa!
'..ku tuliskan novel ini sebagai mahar cinta buat melamar belahan jiwa..' lebih kurang begitulah ayat dedikasi di bahagian depan. Bait itu saja membuatkan saya terus membaca. Strangely enough tho, saya suka membaca ayat-ayat begitu. Tapi jangan disebutkan depan saya, saya geli! Atau satu sajak untuk ibunya. Lebih kurang bunyinya begini '..ibu, kalau engkau mentari, aku tidak ingin malam..'
Tak perlukan saya mengisahkan novel itu di sini. Ramai yang sudah membacanya. Bila buku itu ditutup, alangkah mahunya saya menjadi seperti Aisha. Meletakkan agama sebelum segala-galanya. Mencintai Fahri kerana Allah. Mendahulukan suaminya sebelum segala urusan dunia. Saya? Oh, jauh dari itu.
Sebetulnya saya sasarkan 1 buku dalam 1 bulan. Saya selesai membaca 'Growing Up in Terengganu' sebagai memenuhi target Januari, saya sudahi 'Glimpses' oleh Adibah Amin pada Februari, 'Ayat-ayat Cinta' untuk target March. Untuk April saya belum mula apa-apa. Mungkin sekadar majalah National Geographic yang saya beli minggu lepas. Belum tau lagi.
10 comments:
ummi, i too love that kind of story book. ade jugak baca ahadiat akashah but i still prefer the old writer. dah lama tak baca buku, the last was i'm a muslim.. sambil2tu bole claim from tax kan...ehhehe.. talking abt tax reminds me to start doing the form... *sigh*
ct ~ form dah selesai isi. yeayy.. boleh dapat refund lagi. tu pun tak cukup kuota beli buku last year. my husband and i make it a point to buy books setiap kali dapat gaji sekarang ni.
ape lagi, teruskan membaca Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2.. gerenti terangkat!
lagi best daripada Ayat-Ayat Cinta
fyi, habiburrahman akan berada di pesta buku 11 mac dari jam 5-6.30 ptg, dibawakan khas dari indonesia ;)
aida ~ thanks for suggesting. buleh buat stok masa confinement. mintak2 en adam ni tak grumpy cam en iman.. kasi can ummi dia berjiwang-jiwangan..
aida..akan ku beli esok di pesta buku..:)
puterikiut ~ beli beli. mmg best. pasni akak nak cari yang aida suggest tu pulak.
Baguslah semangat Ummi ni kan, target 1 buku sebulan (at least one per month la kan, kalau lebih lagi bagus, ye tak)
Saya ni kan, selalu pergi ke library shah alam tu bawa anak2. Anak2 memang pinjam dan baca buku tapi saya ada gak tumpang pinjam 1-2 buku. Selalunya buku2 yang saya pinjam tu saya peram aje... heheheh
akuni ~ daripada takde langsung kan.. so far so good. still stick to the resolution. kalau pasal peram buku tu, pun saya buat sebenarnya. beli sekali sampai 4-5 buah, pastu dok terperap kat rak buku.
saya dah baca Ayat-Ayat Cinta (AAC), Ketika Cinta Bertasbih 1 (KCB1). sayang KCB2 belum ada versi terjemahan bahasa melayu. tapi baca versi asal, bahasa indonesia lebih terkesan. KCB2 sedang baca. memang sangat-sangat menarik.
sedang menanti pesanan filem AAC dari indonesia. :)
-abi-
abi ~ setuju. sampaikan saya 'terbawa-bawa' dengan cerita (AAC). sedang cuba dapatkan KCB. kalau KCB2 masih dalam bahasa indonesia, baik saya tgu dulu. saya tengok cerita 'ada apa dengan cinta' - agak kecewa sbb tak faham. sampaikan saya terfikir, are we malay or what?.
Post a Comment