Wednesday, April 09, 2008

On Being a Mother

Updates on Kakak

:: Seboleh mungkin saya atau Tebby cuba spend masa everyday dengan Kakak untuk buat extra exercise on Math, Science, BM and BI. Tak lama, around 15 minit aje dah cukup. Alhamdulillah this week, so far, ada kelapangan tiap-tiap malam lepas balik kerja sementara menunggu waktu Isya'. Kami buat 2 subjek satu malam. Tiap-tiap subjek cukuplah satu atau dua mukasurat. Kakak ni attention span dia pendek aje. Lama sikit duduk dia mula resah. Saya nampak dia kelemahan dia ialah (i) tak boleh tumpukan perhatian untuk satu jangkamasa yang lama (ii) tergopoh gapah nak selesaikan kerja cepat-cepat tanpa baca arahan/soalan dengan teliti, langsung cuai menjawab. After a few days, dia pulak yang insist nak tambah barang semuka dua lagi exercise.

:: And lately, lepas Isya' and dinner, dia ambik buku cerita and on her own accord, baca sampai habis.

:: Bila nak masuk tidur, tak perlu lagi saya ingatkan dia untuk masuk bilik air, buang air dan gosok gigi. Semua dia buat sendiri.

:: Oh ya, last 2 weeks, dia pergi a camp of some sort di sekolahnya berkaitan dengan latihan solat. Balik tu dia bawak kertas kuning. Rekod solat untuk sebulan. Lepas sebulan kena submit semula kepada Ustaz. A good start for us all. Alhamdulillah, walaupun tak sepenuhnya 5 waktu setiap hari, dia dah mula bersolat. Setakat ni dia masih sembahyang jemaah dengan Tebby. Sudah tau waktu ini untuk solat apa. Solat yang ini berapa rakaatnya. Dari segi pergerakan dah hampir ok, cuma dia susah nak diam. Pelan-pelan nanti kena introduce bacaan pula. Yang tak tahan tu, bila Tebby baca al-Fatihah kuat, dia pun sama naik kuatkan suara. Kalau weekend tu, pukul 9pagi dah tanya bila nak solat Zohor.

:: Saya dah contact KUMON berhampiran dengan rumah. Malangnya sesi hujung minggu ada satu saja sedangkan seminggu kena hadir 2 sesi. Bayaran tetap sama, RM120 sebulan untuk satu subjek. Tak sampai hati saya nak dia pegi masa weekdays. Habis sekolah agama jam 5.30. Pukul 6 nak ke KUMON pulak sampai pukul 7. Walaupun satu hari saja sepanjang weekdays tu. Mungkin Tebby dan saya ke sana Sabtu ni untuk bincang-bincang. Jika arrangement bersesuaian boleh diusahakan, insyaAllah Kakak akan ke KUMON untuk Math. Kalau tidak terpaksa cari alternatif lain. Every parent mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan mahu anak-anak jadi yang terbaik but I don't want her to miss being kids playing with dirts or run around in the field. Saya tak mahu satu hari anak-anak berkata 'my father pushed me too far academically' or 'I grew up too fast' or 'I was denied of having friends since I was small and now I finally am in control of my life'. Sounds fimiliar?


Updates on Iman


:: Anak yang sorang ni masih ligat. Masih melompat-lompat. Iman. Nama pilihan abahnya. Sedari bayi dia memang mencabar keimanan dan kesabaran kami suami isteri. Dengan ligatnya, dengan sakitnya. Dan masih belum boleh bertutur sepertimana sepatutnya. Saya contact Atfal. Iman ada menunjukkan perubahan positif. Sudah boleh terima dan ikut arahan (walaupun kadang-kadang dia memilih untuk ignore saja dan buat aktiviti dia sendiri). Orang sebatang pensil warna, dia mahu 2 atau 3. Orang buat barisan, dia main gelongsor. Feveret dia time menyanyi. Dia akan masuk join menyanyi. Lagu apa? Apa-apa pun boleh. Tapi dalam bahasa dia lah.

:: Dulu ada dalam 10 orang budak-budak satu geng dengan Iman. Bimbangnya saya takut Iman jadi ring leadernya! Selepas sebulan dua, tinggal 4-5 orang dan Iman masih dalam kumpulan itu. Sekarang tinggal berdua, salah seorangnya ialah Iman! The other kid memang ada problem dan menurut Atfal, mungkin budak itu akan ke kelas special. 'Istimewa'kah juga Iman? Teacher dia berpendapat Iman sekadar 'lambat' dari segi pertuturan tetapi elok juga dibawa untuk pemeriksaan lanjut. Being Malay, mungkin itu cara halus dan bersopan mengkhabarkan kepada saya supaya 'berbuat sesuatu' dengan Iman. InsyaAllah. InsyaAllah, selepas saya bersalin dan selesai confinement, saya akan rujuk semula paednya dan minta nasihat. If need be, dia harus pegi theraphy, then let it be.


On a more happier note, Fasa 1 Projek 1 dah siap!! To refurbish the maid's room jadi port lepak saya waktu confinement nanti. Seketul bulky item iaitu study table Tebby dah keluar. Printer pun dah keluar. Lapang! Yang menyakitkan mata cuma kotak-kotak berisi barang-barang yang kami susun tepi dinding. Fasa 2 pula postpone ke satu masa yang lebih sesuai. Masa tak cukup. Cadangnya nak cat semula tapi nampak gayanya En Adam ni sempatlah menengok mural ciptaan En Iman dan Cik Athirah. Fasa 3 ialah membeli kelengkapan. I am thinking of a metal bed, a chest of drawers and a book rack. Bilik tu sekarang ni mmg tempat port toys anak-anak dan harta benda persekolahan di Kakak. Tak sabar nak mengemas. Tebby pun dah naik panik. I look as if I'm gonna pop the baby anytime now. Sangat besar okay. In fact pagi ni saja dah 3-4 orang yang komen betapa saratnya saya.

Projek 3 saya simple aje. Nak install water heater di bilik air bawah. Nothing big, tak perlu hack down the wall, pakai casing aje nak cover wiring tu. Kot nak 'tanam' kat dinding, kang kena ganti tiles pulok. Panjang ceritanya. After this, tak perlulah saya rebus air like I did masa Iman kecik2 dulu. Dan saya pun tak perlu turun-naik waktu confinement untuk mandi. Kalau tak confinement pun, memang saya pantang mandi air sejuk. Hatta tengahari pun.. he he. Tebby nak cari tong air 1/4 round to replace the big plastic tong. Ari tu budak2 tu pegi masukkan sabun dalam tong tu, then bukak paip kuat2. Pesta buih I tell you! Cuba bayangkan, dengan tong air besar tu, penuh dengan buih sabun. Haii... terkejut mak dia nengok sorang-sorang badan berkilat dengan buih dari kepala sampai kaki. Bila dah jadi mak ni, baru saya tau apa makna 'sabar' dalam ertikata sebenar. Kalau ikut naik angin saya, mau sorang-sorang dapat barang sedas dua. Sabar.. sabar.. nanti En Adam ni ikut sama berangin, susah pulak!

7 comments:

kaezrin said...

wah byk projek tuh....buleh bayangkan kepenatan akak..

well..hope it all goes well ok..

saya nih konon nak mengarang citer labour ari tuh but malas pulak...dah nampak baby kuar, dah malas nak igt citer2 dlm labour room., :))

aida said...

hoho, masa pindah rumah hari tu.. awal2 kontraktor dah tolong pasnagkan water heater kat bawah. senang anak nak mandi dan tak payah la saya susah susah masak air (padahal bukan maska pun, amik je dari thermo pot!)

pemalas ke saya ni?

ummi said...

elin ~ penat tapi excited. nak pulak time nak pg shopping tu. dah pesan kat hasben akak, kalau akak tak larat nanti, he can always push me on the wheelchair, akak rela. this friday, IKEA we go. yess!!

aida ~ there's a fine line between being lazy and being convenient..

KakNi said...

Macam tu lah kan bila dah jadi ibu ni kan... tapi dalam dok bersabar-sabar tu, nanti bila dia orang dah besar, benda2 yang buat kita marah tu jugaklah yang akan jadi kenangan pada kita....

Anonymous said...

aha..memang jadi iu kena banyak sabar..tapi kekadang, terlepas jugak...adeeehhh...

Anonymous said...

akak, elok la tuh pegi shopping. org kate lagi senang nak besalin.. saya pun sempat pegi ikea a day b4 besalin...
nway, anything for our kids kan.. and i agreed with u that the kids really teach us the meaning of sabar.

ummi said...

akuni ~ mmg even la ni pon, kami selalu terkenang2 perangai diorang masa kecik2 dulu. ada sekali tu, si Kakak melalak2 sepanjang malam sampai kitorang tak larat nak layan. rupanya bintat kecik kat dahi dia tu bisul, agaknya denyut2. time tu mmg tensen. sekarang we can joke over the incident.

oren ~ terlepas2 tu normallah kot. kita manusia biasa kan. cuma bila rasa nak mengamuk tu, cuba lapang2 kan dada sebelum buat apa2.

ct ~ semalam kaki bengkak. by petang dah ala2 kaki gajah, no more ankles. nampak bulat ajek. i guess IKEA wd be my last shopping trip lah kot.