Thursday, July 21, 2011

ADHD - Where, What and How to Start (Pengalaman Kami)

Orang kata, jangan mengeluh awan yang hitam. Siapa tahu selepas hujan reda, ada pelangi indah menanti kita.

Saya ada menerima beberapa email dan beberapa soalan (dan perkongsian) di forum. Rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman kami.

First and foremost ampun maaf saya pinta. I am not a doctor, nor a therapist. I can't give expert opinion nor can conclude anything based on apa jua cerita anda sekelian. Saya cuma seorang ibu yang Allah kurniakan dengan 3 orang anak, salah seorangnya mild ADHD, GDD dengan sedikit traits autistic. What I can share is solely based on our experience. Pendekatan kita masing-masing berbeza. Saya cuma berkongsi, moga-moga ada yang dapat manafaat.

Perjalanan kami sudah agak jauh. Bagi saya it's a lifelong journey. Membesarkan anak-anak, mendidik anak-anak, takkan ada penamatnya. Sudah jauh kami lalui, masih terlalu jauh juga selebihnya.

Kebanyakan (bukan semua) persoalan yang saya terima ialah 'what to do, where to go, how to start'. Maknanya selepas kita mengesyaki anak-anak kita ada masalah atau selepas doktor-doktor di klinik-klinik memaklumkan anak-anak kita ketinggalan berbanding anak-anak lain, apa perlu kita buat? Dunia semakin luas with internet. Borderless bak kata orang ni. Untuk mengetahui normal milestones anak-anak, boleh google berbagai-bagai fakta yang ada. Cuma bila tengok anak jiran kita umur 3 tahun dah membaca, jangan pula kita menyangkakan anak kita yang 3 tahun itu sudah ketinggalan!

Selepas paed di Ampang Puteri memaklumkan Iman banyak tertinggal berbanding milestone sepatutnya, terutama dari segi speech (dia juga lambat mula meniarap, merangkak dan berjalan), kami direfer untuk berjumpa dengan Child Psychiatrist dan buat hearing test. Pilihan swasta atau kerajaan ada. Pada waktu itu kami memilih swasta. Berjumpa dengan Dr Aminudin Saim di Ampang Puteri, lalu direfer kepada Innovative Hearing. Hearing test - normal. Child Psychiatrist pulak, Dr Rose Peng. Walaupun dia ada office di Ampang Puteri, we were advised ke her own practise in Serdang. Bawa semua surat menyurat, findings yang ada sebagai rujukan. Bukan kerja ofis saja perlukan fail. Untuk anak-anak pun sama. Maka saya pun membuka satu file. Putih, ketebalan 1.5inci. Ditepinya saya tandakan 'IMAN'.

First one or two sessions dengan Dr Rose, saya dan suami menjawab bermacam-macam soalan. dari proses kelahiran, pembesaran, perkembangan pertuturan dan bermacam-macam lagi. Sesi dengan Iman pulak, Dr Rose observe dia sendiri. After few sessions barulah she concluded, that at that time, ADHD, GDD, few autistic features came into picture. Dia sajes 2 therapies i.e. speech theraphy (lepas ni saya tulis as ST) dan occupational therapy (lepas ni saya tulis OT). Options given, in Gleneagles Intan or Prince Court (lepas ni saya tulis GIMC dan PC saja ya). We opted for GIMC.

The advantage of doing those in private hospital is obviously the time. Queue pendek. Every week ada theraphy. The disadvantage pulak, obviously, the cost. ST is charged at RM102 per session of 45minutes-1hour. OT pulak RM108 for the same duration. Simple math (RM102+RM108) x 4weeks. Thanks to T* yang mensponsor semua itu. Dan alhamdulillah, kemudiannya En Tebby dipinjamkan ke Fibre**mm, the costs semuanya ditanggung.

Dr. Rose Peng pulak, exorbitant! First time datang, it was around RM200-RM300. The amount keep on inceasing. Sampai last visit, it was RM2.00 lesser than RM600. Masa tu dalam beg duit ada RM600, I was left with a mere RM2. Yang ini kena bayar sendiri. Bayaran ni termasuk session dengan dia and ubat-ubatan. Time tu Iman ambik Nootropil dengan Ritalin. That was the closest that we got to this 'designer' thingy.. designer drug. Ritalin.

Long story cut short.. tahun 2010, Iman 6 tahun. Cikgu tadika dah give up. Taktau macamana lagi nak buat (Iman started kindy at 4yo). Cikgu tadika bagi satu nama dengan nombor phone. Sekeping kertas yang mengakibatkan an 'educational turnpoint' berlaku.

eh... dah hampir jam 2, saya kena kerja. Nanti saya sambung ya. Konklusinya, kalau nak ke hospital swasta, beginilah lebih kurang aliran prosesnya.

Oh ya, untuk entry lain yang berkaitan..
1. Referral for hearing test, here.
2. The hearing test itself, here.
3. His first few words, here.
4. Psychiatrist's charges, here.
5. His diagnosis, here.
6. His first therapies, here.

Ada masa saya sambung kemudian k.




6 comments:

oren said...

saya tunggu akak sambung entry nih..

*sbb saya pon pernah encounter perasaan takut..dh bwk jumpa paed, tp dia kata my muhammad is normal..and i am praying very hard that he is normal..*

ummi said...

oren ~ insyaAllah. certain budak2 ni late-bloomers. terserah kita untuk 'cepatkan' development dia.. not just pg terapi kat hosp. buat kat rumah pun buleh..

Hanim said...

Salaam, just what I needed.. someone was asking about developmental paeds, ST. My experience is kinda limited to those 2 in KL/PJ saja. Insha Allah... we do our best for our kids.

ummi said...

hanim ~ good to know one or two could benefit from what i've written here :D insyaAllah, if we want the best, we must do our best.

AyuMi said...

Salam. Terbaca post ni... nak tanya for PCMC doc sape eh???

AyuMi said...

Salam. Terbaca post ni... nak tanya for PCMC doc sape eh???