Monday, March 30, 2009

Big B

Eventho kami baru dapat bonus last week, this entry tidak lah berkaitan dengan bonus sempena pencapaian tahun 2008.

Empat Big B kali ni jauh lebih bermakna dari bonus yang diterima. Mungkin sebab ia tak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Big B yang pertama berkaitan dengan Kakak. Alhamdulillah, peperiksaan Fasa 1 2009 keputusannya menunjukkan peningkatan. Saya tidak membandingkan dia dengan orang lain, dia mungkin bukan pelajar no 1 kelasnya. It's more like she's competing with herself and not with others. Not yet. Matematiknya, yang mana sebelum ini agak lemah, telah meningkat lebih 70%. Bahasa Melayu dan Saince scorenya 80% ke atas. Bahasa Inggeris salah satu saja! Langsung dapat 98%. Alhamdulillah. Dapat saja keputusannya, cepat saja saya SMS abahnya di London. Cepat juga abahnya SMS semula, dengan penuh kesyukuran!

Big B yang kedua pula berkenaan Iman. Iman mula 'sedar' wujudnya dunia lain selain his own little world sebelum ini. Dia sudah mula berminat untuk bercakap. Sudah pandai mengadu!
'Ummi, kakak cubit'
'Ummi, kakak tipu'
Tapi awas kalau dia over-excited, abis keluar semula bahasa jerman dia tu!
Dia dah kenal 3 shapes -> circle, triangle dan square.
Dia sudah boleh bandingkan yang mana besar dan mana yang kecil.
Warna masih belum.
Pelan-pelan... itu nasihat psychiatrist.
Dia juga sudah pandai melukis 'orang lidi'.
Pertama kali dia tunjukkan saya, menitis air mata saya!

Big B yang ketiga pula berkaitan Adam. Giginya sudah 6. Makin galak ketawa-ketawa. Pandai mengajak orang bergurau dengannya. Awas kalau dia kenyit-kenyitkan matanya. Itu tanda dia nak mula bergurau. Once he starts, habis digigitnya kita nanti! Kalau dihalang atau dikatakan 'jangan', dia turut sama geleng kepala sambil kata 'nanak'. Comelkan. Kalau orang bercakap, paling suka masuk campur. 'Nasi tambah', kata abahnya.

Big B yang keempat pula ialah, En Tebby has landed in Malaysia dan sudahpun berada di rumah. Kami masih belum bertemu selepas 10 hari berpisah. Tak sabar tunggu 5.30pm.. nak balik...

11 comments:

Farra Da Smiley said...

alahai..citer anak-anak tersentuh perasaan..wah Iman dah byk progress..

eloknya cuti je today :D ihiks

ummi said...

farra ~ saya sgt happy dgn mereka walaupun ada kalanya naik angin jugak dibuatnya :P

Ina Hashim said...

alhamdulillah

dah banyak peningkatan si Iman
cepat jugak ye
bagusla therapy yg sll pegi tuh
syukurrr

ena said...

bagusla da banyak improvement kat iman... Alhamdulillah...

pB said...

nikmat dari Allah , datang dalam berbagai bentuk

ummi said...

k ina ~ we owe this to his therapists as well. banyak membantu.

erl ~ alhamdulillah. yang penting kita usaha.

pb ~ wang bukan segalanya, kan kan kan

abi said...

begitulah kesan bila kita mula-mula menerima anak kita sakit supaya kita dapat buat sesuatu dan pastikan mereka sembuh. ramai ibu bapa yang gagal kerana tidak mahu menerima hakikat anak mereka sakit. walaupun nampak kasar, tapi sepatutnya begitu.

tahniah!

Sherry Said said...

tie.. alhamdulillah..
berkat kesabaran tie n hb jua..

tahniah!

Tyha said...

Tahniah kak...Hope Iman akan lebih maju...walaupon pelan2...at least dapat melapangkan dada akak ngan suami.Usaha tangga kejayaan.Hari ni x de lagu lepas rindu k kak?...;)

NeroEcha said...

Lama tak msk sini..then baca lak progress anak2 kak happy btl saya ...

ummi said...

abi ~ terima kasih. like a dr said, 'redha' is a process. a painful process. alhamdulillah we managed to pull thru. there's still a lot that we need to do.

sherry ~ given the situation, any parents akan paksa diri menjadi tabah demi anak-anak..

tyha ~ lagu rindu ditangguh kan. en tebby dah balik. sekarang lagu jiwa2 berbunga pulak! ahaks!

nero ~ i hope i'll have more happy stories to tell.