Wednesday, September 03, 2008

Tak Sangka

Tak Sangka 1
Pagi semalam lepas sahur, terus basuh pinggan, kemas dapur, siapkan bekal anak-anak. Dah azam tak nak tidur lepas sahur. I want to be productive. Lagipun kalau dah lelap kang, knowing me, memang susah nak bangun balik. Keluar rumah macam biasa, hantar anak-anak time biasa. Yang tak sangka ialah kena beratur kat tol Mines di BESRAYA. Biasanya barisan pendek aje. Sekali lagi tak sangka bila masuk Pantai Dalam. Sudah jem. Sampailah daku di ofis a little bit later than 8a.m. Bulan puasa ni clock-in at 8a.m. and clock out at 4.30p.m. Lunch hour shorten by 1/2 hr so it's 1-1.30p.m. Kalau hari-hari biasa, dalam 7.40-7.50a.m. dah sampai ofis.

Tak Sangka 2
Walaupun berpuasa, saya tetap menjalankan tanggungjawab saya memberikan yang terbaik untuk Adam. Adam masih menyusu badan dan alhamdulillah masih full breastmilk. Err.. ada gak kekadang saya colek kurma lembek kat mulut dia. Tengok orang makan, meleleh-leleh air liur dia. Saya tetap buat aktiviti mengepam. Sekali pam saya boleh dapat 4-7oz. Saya risau takut production susu menurun bila puasa. Maklumlah, liquid dalam badan kurang. Saya pastikan makan kurma. InsyaAllah bertenaga dan susu banyak.

Tak Sangka 3
Walaupun boleh balik 4.30p.m, kami tunggu sampai pukul 5.00p.m. Sembahyang Asar dulu. Tunggu traffic clear sikit dari parking Menara tu. Surpisingly, Tebby tak ambil masa lama untuk keluar dari parking lot. Biasanya, kalau ikut dulu-dulu, 1/2 jam belum tentu boleh keluar. Kena pulak kalau parking kat belakang-belakang nun. Ataupun ada **&%$ yang pandai block keta orang tapi tak pandai turun on time untuk alih keta. Nak kena calling-calling pulak mintak alih keta.

Tak Sangka 4
Keluar ofis kol 5.00p.m. kami sampai rumah a little bit more than 5.30p.m. Alhamdulillah. Kakak abis sekolah agama jam 5.30p.m. and biasanya sampai di Atfal jam 5.45p.m. Jadi kami balik rumah dulu untuk masak-masak. Semalam buat Sup Ayam dan Ikan Merah Goreng. Tebby masak. Untung saya kan. Saya cuma masak nasi dan potong buah epal dan kupas oren.

Tak Sangka 5
Tahun lepas ada Pasar Ramadan dekat Jusco Cheras Selatan. Rumah saya atas bukit dekat tu aje so kami selalu jugak ke sana tahun lepas. Tahun ni takde lah pulak. Tahun lepas crowdnya boleh tahan jugak. Malas nak pegi jauh-jauh, singgah dekat DJu Cafe. Beli Murtabak Daging, Popia Goreng dan Puding Roti.

Tak Sangka 6
Kakak willingly buat homework dia. Sampai2 aje kat rumah, terus buka beg selesaikan homework. Biasa-biasanya punya liat nak buat homework. Tebby supervise dia. Homework on peribahasa. Apa tu ringan tulang. Tebby tested her. Ohh.. kalau tulang yang tak berat, itulah ringan tulang. Well, literally right but secara literaturenya tidak. Nak tergelak pun ada.

Itulah cerita tak sangka saya semalam.

10 comments:

aida said...

cerita pasal ramadhan ni..
dpt balik awal, lega sebab memasak

suami pun terkejut, saya jarang memasak.. tapi dpt balik awal, takkan nak beli kat pasar kan (tatau le resolusi masak-memasak ni bertahan sampai hujung ramadhan ke tak)

mamalisa said...

salam ramadhan,berbuka juadah sedap-sedap ingat-ingatla kami dihospital nih yer..huhuhu

Tyha said...

Berapa bnyk x sangka daaaa...? Hem...Ramdhan ketiga...still balik2campak beg,salin uniform dapur masak.Suka betul hati dapat masak mcm.Sama je mcm tahun2 sebelum ni sebab UIA memang balik pukul 4.00pm....Senang masak awal2...boleh lepak2 main game,layan naufal breastfeed,jahit2 manik mentara nak berbuka.Tapikan 3 hari masak ni ok lagi...bnyk lagi idea nak wat masak apa.karang dah tengah2 ramadhan mulalah blur...dok telek resepi sana sini..;)

p/s:Skang ni dah ramai majikan bagi pelepasan awal time bulan ramadhankan,alhamdullillah.

Anonymous said...

kahkahkah..tulang ringan..tak tahan betui...

ummi said...

aida ~ keep it up girl. rasa ada satu macam nikmat bila dapat masak and makan homemade food ni.

mamalisa ~ hope everything's fine there. sempena ramadan ni, banyakkan berdoa. my prayers go the her as well.

ummi said...

tyha ~ kol 4? lagi best. cakap pasal jahit2 ni, i miss menjahit so much. now ni susah nak cari masa. bila ada masa, ramai pulak pembantu.

ps - browse le resepi kat internet. kalau jpa yang best2., blh share sama akak juga. akak buat simple2 dish aje - sup, goreng-goreng. tu pun aje yang sempat.

oren ~ tu lawak tak sengaja dia. susah nak terangkan benda2 peribahasa nih kat budak2 that age. pernah dulu she thought all things ada nama. tengah kami makan gulai kambing dia tanya 'kambing ni nama apa?' rasa cam makan 'pet' aje time tu.

Anonymous said...

selamat berpuasa. baguslah dapat balik awal. kakitangan kerajaan bila lagi yer? kerajaan negeri kelantan & terengganu balik awal.

ummi said...

abi ~ alhamdulillah. kalau keluar ofis on the dot 4.30, insyaAllah sempat masak untuk berbuka.

KakNi said...

Byk nyer perkara yang tak disangka ni Ummi... heheheh...
Tulang kalau ringan nanti melayang-layang badan... kah kah kah...

NeroEcha said...

Alhamdulilah ms bln pose ni makan kurma blh buat susu byk..saya dlm mcm tu jugak..teruskan usahakan kan..Saya pun blk pkl 4 ..alhamdulilah bln pose ni dapat masak...tak pi pun psr ramadhan tu..