Thursday, July 03, 2008

Kikkor Cedera!

Satu kejadian pergaduhan dilaporkan telah berlaku lewat petang Selasa 1 Julai 2008 di Atfal Sayang, BTHO. Kejadian tersebut melibatkan dua orang pelajar lelaki tadika/taska berkenaan (nama dirahsiakan sebab bawah umur). Sumber mengatakan pergaduhan meletus akibat berebutkan seekor anak harimau comel kepunyaan salah seorang pelajar bawah umur berkenaan. Orang ramai yang berada di tempat kejadian gagal meleraikan pergaduhan tersebut. Walaupun kedua-dua pelajar bawah umur berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, anak harimau yang menjadi rebutan mereka, telah terputus ekornya.

Anak harimau tersebut yang dikenali sebagai 'Kikkor' telah dikejarkan ke rumah yang berhampiran untuk rawatan lanjut oleh En Tebby yang juga merupakan abah kepada salah seorang pelajar berkenaan. En Tebby kebetulan baru sampai untuk menjemput pelajar bawah umur tersebut dan kakaknya.

Doktor yang merawat Kikkor, Pn Ummi telah mengesahkan kejadian tersebut. Doktor berkenaan juga mengatakan Kikkor telahpun selamat menjalani pembedahan dan dalam keadaan stabil. Pelajar bawah umur berkenaan, walaubagaimanapun, tidak dapat ditemuramah.

Sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan Pn Ummi juga merupakan ibu kepada pelajar bawah umur tersebut, tuanpunya Kikkor.


Kikkor - up close


Kikkor - with his tail torn


Kikkor - after the 'surgery'

5 comments:

Anonymous said...

OMG, sian kikkor kena masuk OR..

kaezrin said...

pergaduhan sengit nih...

NeroEcha said...

Kahkahkahkahkah..kak nyer jln cite tu takleh tahan btl le saya...tapi biasa le boys kan..fighting nie..kesian kikkor tu..nasib dpt diselamatkan dari maut..

aida said...

ish ish.. kesian kikkor kan
sampai kena surgery

ummi said...

sikulat ~ lagi kesian mak dia ni ha.. masuk2 aje rumah, dia dok pester akak suh jahit cecepat.

elin ~ indeed it was. tak pernah lg sampai tercabut ekor

echa ~ boys will be boys. bila gaduh, ganas punya. sbb tu kalau dia attack kakak, wajiblah dibantu. kalau tak, harus penyek2 kakak dia tu.

aida ~ betul. kesian. why? sbb kikkor tu dah jadi part of the family tree already. dari Iman kecik kikkor dah wujud.