Monday, July 21, 2008

Macam-macam

Last week ada meeting 2 hari kat Bukit Mahkamah. Punyalah berjalan, sampai tercabut tapak kasut. Ada lak mamat over peramah memaklumkan 'tapak kasutnya tercabut'. Okay, orang Malaysia memang berbudi bahasa but for once I wish he'd keep that to himself he he.

Pagi tadi takleh withdraw duit kat ATM. Sib baik suamiku kat bangunan sebelah aje so pegilah menagih wang ihsan. Tengahari pegi Maybank Bangsar nak perbetulkan apa-apa yang patut. Itu orang cuma sental-sental kat bahagian chip tu, pastu suruh pi try withdraw. Eh, jadiklah. Lama sangat dok dalam purse sampai berdaki! Berdaki ATM kad tak bermakna ku sudah kaya okay. Masih lagi berbeli-belian online segala.

Sabtu lepas ipar yang dok kat Jakarta datang rumah. Balik cuti 2 minggu. Dia komen Kakak dengan Iman nampak lebih 'tenang' sikit sekarang. Kalau tak, sure bergerak tak renti-renti. Betul ke? Iman pun ada something going on pertaining to his 'gerak tak renti-renti'. Jumaat ni kena jumpa ENT specialist. Nanti ku ceritakan okay.

Pagi tadi pegi klinik sebab rasa cam hidung watery aje. Bimbang jangkit kat si awang kenit Muhammad Adam. Mintak ubat. Just dapat piriton dengan nasal spray. Mintak ihsan vitamin C sekali. Terlanjur ke sana, ku beli juga UPT. Lom buat lagi testnya. Rasa cam -ve kot (kot?). Atau adakah ku masih dalam denial? Nanti dah dapat result, ku update okeh.

5 comments:

KakNi said...

Apa cite Ummi? Suspen wo...

Ummu Auni said...

isk isk saspen
macam drama pula

aida said...

oh kak, dtg bukit mahkamah tak inform saya.. kalau tak, boleh le merasa test drive medela gaya bebas :)

Anonymous said...

wow, suspen ekk... esp when it got to do with "accident".

Tyha said...

Hem...teringat masa anak first dulu...tiap2 bulan buat UPT...sebab x period...memang lawak kalau kenang saat itu.Byngkan Najmi 11 bulan baru dtg first period.Habis duit ku beli UPT.Hehehehehe...kak mungkin hormon nak berubah tu.