Monday, August 13, 2007

Ummi Is Not Well

saya mc lagi! kali ni sakit perut. tebby tuduh susu strawberry saya minum semalam. saya tak tau nak tuduh kat mana sebab saya makan macam-macam semalam. malam semalam 5-6 kali saya berulang ke toilet. i felt like sleeping in the toilet itself. udahlah si Muhammad Iman tu tidur atas perut saya. siap hantuk-hantukkan kepala dia atas perut. sib baik Ummi tak 'ter...' atas katil Iman oiii. pagi ni saja dah 6 kali saya ke toilet. i end up with an mc and balik rumah. yayyy... dapat gak nengok channel 11 tanpa gangguan anak-anak dan bapak kepada anak-anak.

selain dari sakit perut, saya pun kena gatal-gatal. semenjak dua menjak ni lah. kalau dulu makanlah apa pun, buat lah apa pun, saya okay aje. lately it seems like i am developing some kind of allergy. salah makanlah, salah sapulah. ooohhh.. dulu saya 20-an, la ni dah 30-an, logic lah kot. merujuk kepada comment dalam entry saya sebelum ni, yes, saya ada anak yang akan mula sekolah rendah tahun depan. kalau ikut statistik, kira agak tua jugak tu. ye lah, saya beranak anak sulung umur 27. time tu, ada kawan-kawan anak dah nak sekolah dah pun! ye lah, rezeki masing-masing kan.

bercakap pasal beranak ni, saya mengandungkan Athirah (Kakak) penghujung 2000. bukan bunting pelamin pun. mulanya kononnya nak postpone dulu setahun-dua. story cut short, saya mengandung jugak lepas 2 bulan menikah. time tu saya consider umur saya taklah muda, taklah tua. kira kesihatan dan ketahanan masih tip top lagi tu. midvalley tu jangan ceritalah, memang tempat saya exercise saban hari masa mengandung. kakak-kakak kat ofis sampaikan takut saya terberanak kat midvalley. perut dah besar gila, saya masih bershopping. bayangkan saya boleh naik tangga ofis 7 tingkat dengan perut jauh ke depan. bukan sekali dua, rasanya hampir tiap hari. dan saya boleh berjalan dari station LRT Central Market ke Brickfield memikul fail dengan selamba derk aje. Bukan sekali, at least dalam sebulan tu, adalah dalam 2-3 kali. kalau dikenang-kenang balik, kagum saya dengan diri sendiri. bab makan pun kagum jugak. typical breakfast saya nasi/mee goreng + roti canai sekeping + kuih 3 ketul. pukul 10 saya makan nasi. lunch nanti saya makan lagi. teatime sure at least 3 ketul kuih atau bubur. tak masuk malam lagi tu. dah tak termasuk snacking. kalau ada sedara datang bawak buah tangan makanan, tebby sure tak bagi diorang tinggalkan bakinya. takut saya makan dengan gamaknya. hasilnya? saya gain 20kg dan anak saya beratnya 3.5kg. dr jemilah sampaikan nasihatkan saya to cut on eating sebab dah nak masuk tahap melampau! anyway, that was 6 years ago. dah lama dah cerita tu. la ni, nak ambik barang kat tingkat atas pun malas..... exercise toksah sebut lah. kasut jogging pun saya tak ingat buh kat mana dah.

oh, saya belum bercadang nak menambah ahli keluarga lagi setakat ni. ada jugak yang bertanya. ye lah, umur saya pun nak mencecah 33 dah, Iman pun nak masuk 3 tahun. monetarily insyaAllah kami mampu. the key is to adjust. baju harian budak2 pun banyak kami beli kat pasar malam. apa nak malu, kita bayar, bukan curi. cuma dari segi masa dan perhatian yang saya risaukan. betul, kami dalam proses mendapatkan maid. tapi kalau tiap-tiap hari pukul 8mlm balik rumah.... susah jugak. memetik kata-kata nasihat seorang penulis blog, walaupun ada orang gaji, pastikan anak anda kenal yang mana satu ibunya. kalau dia dah mula berkata 'ku liat sapi di tepi kali' - you should do something!

6 comments:

Anonymous said...

akak, saya setuju bab perhatian to anak2 tu.. risau kan takut terkurang perhatian kat anak2.. saya pon selalu balik kerja lewat, kesian kat Aisya.. memang standard time pukul 8 baru ambik dia.. kekadang cecah 930, dia pon takde mood dah nak main.. jeles tgk orang sampai rumah pukul 6 or 630.. sbb tu saya jarakkan 3 tahun dgn 2nd baby.. but now, risau jugak nak masuk kerja balik sbb episode tu akan bermula balik.. nak ambik maid, takut.. mcm2 cerita -ve dr +ve.. and takut anak2 lebih sayang maid dr mamanya.. huhu

ummi said...

julie ~ akak rasa tu mmg rata2 dilema ibu bekerja. nak2 pulak time2 keadaan sekarang. kang byk songeh takmau stayback, hi hi bye bye pulak. macam kami, try to compensate back masa2 yang hilang hari2 bekerja tu. weekends tu do things together. tak semestinya shopping atau libatkan duit yang banyak. just korek2 tanah tanam pokok pun okay. cam kakak, akak bagi dia 'can' beli pokok yang dia suka and let her tanam sendiri. of course lah kalau boleh balik awal, lagi baik kan. what to do, itulah keadaan yang kita terpaksa lalui. pasal maid tu, ni SIL akak yang carikan. so mintak sesangatlah kat Tuhan dapat yang okay. akak ikhlas nak employ dia and harap2 dia pun ikhlas nak kerja ngan kami.

Anonymous said...

ummi,
i totally agreed bab maid tuh. having a maid is not the answer to everything. eventho i have a maid, i still do the cooking, yg ni penting. org kate air tgn kite kan. my son dinner pun saya suapkan. memang penat balik keja tak ilang but i think we need to do some sacrifice here. dah la whole day, anak tinggal ngan maid, takkan mlm pun nak camtu kan.
kirenye ummi kawen awal la gak, cam saya nih, dah umur 31, anak sulung baru 2 1/2 thn. nih baru nak dpt no 2... ape2 pun, kualiti yg penting kan compare to kuantiti.

Anonymous said...

la nih musim orang sakit perut dek susu...

Cik Tat said...

take care kak ummi..saya mmg tak suka susu pink..toooo sweet..

ummi said...

ct ~ ohh.. anda lagi lewat dari saya ya. tapi anda cepat catch-up he.. he.. saya dapat anak kedua masa anak pertama dah 39 months (3 tahun 3 bulan).

oren ~ tu budak2 aje kena. ni mak budak.. pehal? atau mungkin saya masih remaja? ahakss!

the singa ~ i have sweet-tooth. amat gemar makan coklat. thank you. akak dah sihat dah nih.