Wednesday, April 18, 2007

Kenduri Maulidur Rasul Atfal Excel 2007


Astaghafirullahala'zim... terlupa saya. Malam semalam ada kenduri Maulidur Rasul di Atfal Excel. Semua parents dan anak-anak di Atfal Excel dan Atfal Sayang dijemput. Kalau ikutkan hati, rasa macam nak mintak maaf tak boleh pegi. Tebby baru aje tiba dari PD tengahmalam sebelumnya. I knew he was dead tired. Tapi bila tengok kakak yang sungguh excited, kami gagahkan juga. Tak sampai hati.

Dress-code -> Baju Kurung (girls) dan Baju Melayu (boys). Mula-mula Kakak insist baju kebaya biru dia tu. Saya pujuk dia pakai kurung pink yang ada beads bagai. Lengkap dengan tudung merah. Comel. (anak saya, mestilah comel pada pandangan mata saya kan). Siap ber necklace loket pink lagi tu. Sayang dia pakai selipar biru! Iman pulak lain ceritanya. He is so a t-shirt guy, so to speak. Tetengah dia syok-syok tengok TV, saya pakaikan dia Baju Melayu biru. Bila dia sedar aje, habis guling-guling nak buka. Last-last pakai 3-pcs suit. Heh, bukannya blazer ke apa. Seluar 3/4, t-shirt dengan vest. Comel (anak saya sorang lagi, mestilah comel juga pada pandangan mata saya!).

Aktiviti -> Marhaban & short Tahlil. Anak-anak 5&6 tahun sama-sama bermarhaban. Ahhh, saya ni memang 'peleleh' (perkataan orang Pahang bagi jiwa sensitif macam saya, mudah menangis). Bila dengar anak-anak bermarhaban (semestinya fokus kepada anak saya, Kakak), sayu hati saya. Taktaulah kalau nanti insyaAllah, panjang umur dia berkonvo, harus saya berguling-guling kesyahduan. Iman pulak lain aktivitinya. Mujur laman tadika luas, dia melepaskan tenaga di luar.

Jamuan -> Nasi Beriyani! Tambah 'syok' tu, makan pukul 10.30 malam! Lauknya Ayam Madu (Memang sedari dulu bukan kegemaran saya. Kurengg dengan lauk yang agak manis. Tapi saya makan jugak. Menghormati majlis gitu!), daging yang saya kira namanya Daging Masak Lada Hitam (kot?). Best. Diserikan lagi denga Agar-agar Pandan Bersantan. Memudahkan pencernaan, disediakan Air Sirap Sejuk dan Teh-O panas. Saya dan Tebby, sepertimana biasa, sepinggan sorang. Anak-anak pulak seakan kurang selera. Mungkin sebab dah makan Roti Coklat Gardenia satu roll sorang. Mungkin sebab excited jumpa kawan-kawan. Yang saya pasti, Iman terlalu asyik nak turun-naik gelungsur yang ada.

Buah Tangan -> Terkejut saya. Pada saya cukup sekadar jamuan yang enak-enak. Rupanya dibekalkan lagi dengan Pulut Kuning dengan Telur Dadar Hiris sebekas bagi setiap anak. Dengan potpourri daun pandan (Lamanya saya tak bau... teringat nostalgia kenduri kawin masa kecik2 dulu) dalam bekas bereben bagai. Kakak jugak dapat buku Panduan Farhu Ain.

Kesimpulan -> Tak rugi saya pegi walaupun dalam penat-penat tu. Dapat berkenalan dengan mak-mak lain. Dapat makan best dan macam-macam lagi. Anak-anak pun gembira. Walau bagaimanapun pagi ni, agak susah nak buka mata. Penangan Nasi Beriyani 10.30 malam agaknya!


ps: semalam Farra pulangkan buku saya yang dia pinjam. siap ada kotak kecik berisi kek. sedap. not to sweet like Secret Recipe's. just nice. (Zu, kek terbang-terbang tu sedappp... boleh order dr Farra). err... ada sesapa nak pinjam buku saya lagi?...

7 comments:

Ummu Auni said...

hmph..kalau besok anak dah masuk sekolah, kenalah rajin2 gagahkan diri. aik, farra pinjam buku masak ker?

Hany FF said...

buku apa kak tie??

- lama tak tinggal komen kat sinih. tp baca selalu :D

ummi said...

mardhiah12 ~ buku jahit langsir. farra kan ala-ala wanita melayu terakhir gitu!

hany ~ buku jahit langsir. takpe. baca aje pun takpe.

NeroEcha said...

Bestnya tadika kakak ye mcm2 activity ada..tak sabar nak tunggu thaqif sekolah.....

KakNi said...

Eh Ummi, janganlah terguling-guling... kah kah kah...

ummi said...

nero ~ enjoy every step of the way. time kecik lain kerenahnya, dah besar lain perangainya.

ahni ~ tu tahap gaban punya syahdu tu..

kaezrin said...

alamak buku jahit langsir tak nak lagila....nbelum terbuka lagi nih silat2 nak menjahit langsir