Thursday, April 07, 2011

Al Kisah Spek... Pet Pet, Bawang dan Ikan Bilis..

Hari ni Kak Mon kulu kilir. Translate dari bahasa Pahang ialah 'ke hulu ke hilir'. Kata orang Terengganu pulak 'gi mari gi mari' atau 'mmusing ketang'. Biasanya pun memanglah kulu kilir, gi mari gi mari atau mmusing ketang tapi hari ni extra sikit. Sampai 2 kali menjengah Carrefour. Pagi-pagi tu Bibik inform diapers Adam tinggal 3 keping lagi. Adoi. Kenapalah tak cakap masa ada belen lagi 10 keping? Terpaksa lah tergedik-gedik pegi membeli. Adam pulak pagi tu sembelit sampai nangis-nangis nak keluarkan poop dia tapi tak berjaya. Mengukuhkan lagi lawatan ke Carrefour sebab nak beli prune juice. Dan oh ya, London Swiss Roll budak 2 beradik tu dah sapu licin. Kena top-up. Dan tambahannya lagik, nak membeli spek Adam. Lepas hantar Iman kat sekolah, gedebuk gedebak membeli, bukan takat Pet Pet, Heinz Prune Juice dengan London Swiss Roll aje dalam troli.. kepek, chips, air 100Plus, roti, drummet etc. Typical huh? Benda dalam list tapi tak beli ialah spek Adam. Benda penting tu.

You ols taukan my elder two tu kena pakai spek kan (baca sini dan sini juga) Speknya siap dah lama tapi sebab sebok ntah apa-apa, Rabu baru ni baru ambik kat HUKM JRMA. Mana boleh 2 orang pakai spek, sorang lagi tidak kan? Bagi mengelakkan perang saudara, makanya spek yang 2 orang tu belum lagik dipakai. Tak boleh pakai selagi Adam takde spek. Meh Kak Mon tayang sikit spek budak dua orang tu. Kos semua-semuanya RM620 untuk 2 spek ni.

Ni spek Kakak. Purple. Kat kaki (ke tangkai? ke tangan?) ada floral prints. Sesuailah untuk gegirl macam dia.

Mata kanan - distance Sph pl, Cyl -4.00, Axis 170, V/A 6/12.

Mata kiri - distance Sph pl, Cyl -4.50, Axis 175, V/A 6/12.

Apa nih?? Kak Mon pun tatau jugek. Yang cyl tu merujuk kepada astig rasanya. Lagi satu, takde rabun. Expert, sila clarify.



Kat bawah ni pulak spek Iman. Dah Kakak pepel, dia pun nak pepel jugak. Metrosexual sungguh spek ini kan :D

Mata kanan - Sph +1.25, Cyl -3.00, Axis 180, V/A 6/9

Mata kiri - Sph +1.75, Cyl -3.00, Axis 180, VA 6/9



Oh ya, berbalik kepada cerita asal, petang tadi waktu nak siapkan bahan-bahan Nasi Goreng Lobster (sila ambik perhatian, ni isi lobster kering je, bukan fresh lobster lengkap dengan kaki, ekor, cengkerang tu semua okay), rupanya bawang kecik dah takde. Jengah fridge, bawang kisar pun dah sikit. Daaaaaahhh kena buat misi beli bawang pulak. Dikuatkan lagi dengan nak membeli spek Adam. Sebelum ambik Iman kat sekolah tadi, pegi lagi sekali ke Carrefour. Lama-lama sok boleh jadi duta Carrefour kalau gini. Belilah 3 jenis bawang tu, bawang merah, bawang besar, bawang putih. Tengok spek budak-budak, gi** mahal! RM20++. Letak balik. Beli bawang je. Turun bawah, tengok ada kedai sepit-sepit rambut tu jual spek mainan. Angkat satu, RM5.00 je. Kaler mestilah pepel jugakkan. Kang tercetus perang saudara, susah.


Ni spek Adam. Rawk!! Belasah je lah. Buat syarat.



Takde gambar spek dengan tuan punya spek. Semua orang dah tidur time sesi fotografi spek ni dibuat.


Dah sebok cerita pasal bawang, ni lah bawang-bawang yang Kak Mon beli tadi. Pathetic sungguh ha ha.


Spek settle, bawang settle. Baru teringat ikan bilis baru habis semalam.. isk...



4 comments:

Kelab Kakitangan Perpustakaan UIAM said...

Cantiknya spek kakak.....saya pon berkenan...hahahahah

blogadmin said...

interesting....hehehe

mmg isu-isu seorang ibu berjaya :)


my dotter pun baru aje sibuk tanye spek itam dia yang beli masa umo 4 tahun duluuuuuuuuuu....hehehe

yg pelik tu igt tu kat spek dia...jadiknya ujung minggu nih rasa2x dptlah dia spek itam barang 5-10 henggit gamaknya...

spek dulu ntah kemana perginya...

Farra Da Smiley said...

kehulu hilir penat kan?
sy ni kalu lps antar depa ke taska, lps tu ke hulu hilir mcm2 hal..sampai umah hal lain lak ie angkat kain, nyapu..terus penat dan tak masak, sekian hihi :p

ummi said...

Kelab? ~ nanti time akak nak 'renew' spek, pon nak cari kaler pepel gini.. sedondon semer

hanis ~ ni bukan isu ibu berjaya.. ni ibu pelupa :P

farra ~ time ni ajelah melayan depan ni puas2.. lagi 2 bulan masuk keje, terhad sikit aktiviti