Monday, December 06, 2010

Bibik Sudah Kabur!

Bukan kabur mata. Tapi kabur cabut lari.

Iya, Bibik Ros sudah cabut lari. Ntah apa lagi yang dia nak. Nak cuti sebulan sekali, dah dapat. Nak gaji naik, dah dapat. Tup-tup lari jugak. Dengan baki kontrak masih setahun lebih. Susah payah kami tebus dia dari majikan lama. Susah payah tukarkan permit dia. Dah dapat semua, lari pulak. Memang dasar ^$#^^*&*!! Memang terkilan dengan sikap dia yang tak mengenang budi dan mungkir janji. Paling terkilan ialah si Kakak. Dah le bla without saying goodbye, she didn't even take the cards Kakak made for her all the while she was with us. Bayangkan hati anak 9 tahun yang rasa disayangi, rupanya tidak.

Dia lari either malam 2 Dec or pagi 3 Dec but I think malam tu kot. I slept a little later than the rest, dengar cam pintu berbunyi. I just thought maybe Bibik check pintu kot. Memang pun, dia check out terus! Dia punya plan ni memang baik punya. Siap minyakkan engsel pintu/gril/pagar supaya tak berbunyi kuat. Handphone semua dia tukar nombor (dia ni bangsa tak leh takde hp so musti dah beli no baru) Paling sakit hati, dia diam-diam ambik passport dia, from my handbag. Dasar penceroboh. Part kelakarnya, dia sempat ambik sebekas sambal dari peti ais! Dalam sakit2 hati tu, ada gak boleh kami tergelak2 kan pasal sambal nih. I guess she told Adam beforehand. Cause bangun je pagi tu Adam terus tanya 'Bibik mana?', dia memang tak pernah tanya macam tu. Bukak pintu, botol susu Adam takde (biasanya ada susu dah standby depan pintu), turun bawah gelap. Adam dah melalak-lalak 'Bibik mana.. bibik mana' Ikut hati, memang tak halalkan kontrak dia yang belum habis tu. The rest terserah pada Allah.

Apart from she herself yang &^$#^$ itu, I blame it on her frens kat belakang nun. Yang menyebok tanya gaji la, makanan la, hapa lah. Plus sedara mara dia ramai kat sini, buat kepala dia sedikit besar. Knowing that she has a place to go to. Walhalkan masa dia nak datang sini, satu sedara mara pon takdenya nak tolong dia. And one big possibility ialah suami dia dah datang Malaysia. Dia ada mention one time dulu. Bibik belakang yang busy body tu pun ada suami kat Malaysia tapi takdelah busuk hati nak cabut kering camtuh jek. Or the other bibik yang dia kutuk-kutuk tu, elok aje kerja sampai sekarang, takde lari-lari pon.

I am still thankful she didn't take any money or barang berharga (I think dia dah sorok2 cari passport dia kat sana sini before she ended up finding it in my handbag). Or worse, take my kids with her. Alhamdulillah anak2 saya tak apa-apa. Itu paling teramat penting. And we were at least home when she made her move. But she endangered us with leaving the back doors unlocked the whole night! Ada barang yang saya bagi dia, dia tak ambik. Yang elok-elok dia ambik. Yang dah lusuh dia tinggalkan. Yang kami hairan, gambar dia dengan suami, dia tinggalkan. (Ini contradict pulak dengan pertuduhan saya dalam perenggan sebelum ni.. hemm).

Anyway, how's our life now that we're back to bibik-less? I've done it for good nine years before we took her in so things are not so awkward. Plus point, I am on leave (I know some will say, rilekslah, kan cuti). Cuma I had to make some arrangement with taska to leave Kakak and Adam at when I need to take Iman to Ampang Hilir or his theraphy sessions at HUKM. The rest, insyaAllah. Like I have posted before, InsyaAllah we'll find the way. But after 2 days, the house is in much orderly manner. The kids are behaving way better (as opposed to Bibik Ros's pledge that the kids misbehave when I am at home).

We are taking all these positively. Maybe Bibik Ros was not the person we thought she is. Maybe she's bad or something. Maybe. Maybe we'll get better replacement. Maybe this is the sign for me to just hang my office wear for good. Maybe.

More story on Bibik, click here.

14 comments:

aida said...

takpe kak, Allah bg cabaran tu sbb akak kuat. Itu tandanya Allah ingat akak

makcikrehan said...

ya ampunnn... sudah kabur juga yaaaa.... dasar!

thank god, anak-anak tidak dipengapakan.

eh, bibik ros ni ker yg curi pakei spenda u tu sis?

Zuedin said...

isk kurang asam
nasib baik bebudak ok

adakah orang itu akan mengikut jejak kak ijjah...tunggu

oren said...

hmm...tuh yg tak tahan tuh..pasia tu saya mmg takde hati nk amik bibik, walopun letih/pengsan hari2 dikerjakan oleh 4 kanak2 ribena..hikhikhik..

sometimes, kena let-go something in order to get a desired one..in my case, kena lepaskan keseronokan outstation/kursus luar daerah..yg jauh2..yg tak pernah sampai..sebab takde org nak amik mira kat skolah, or tak sanggup biarkan anak2 duduk kat taska sampai mlm sebab keja..so, keja is keja, tepat jam 5.10 i have to go back..hatta attend meeting hapa ke, sedaya boleh saya akan menyusup keluar...

paling kesian part kakak, yg mana all the cards done for bibik ditinggalkan..mesti hati kakak sedih..pesan kat dia, lenkali buat kad utk umi jek..utk bibik tak yah, busng karan saja..

ummi said...

aida ~ insyaAllah.. alhamdulillah i am on leave so routine are not disturbed so much

MR ~ iya, dasar. a ah.. dah bg baju, dah bg tudung, dah bg telekung, spender jugak dia nak ambik isk.

ummi said...

zue ~ iya.the very the kurang. possibility itu ada. dah bincang2 dah pon.

oren ~ tu lah. tak bleh lupa riak muka dia masa nampak kad tu. dah lah Kakak ni mmg sensitif sikit. nway, maid ni ikut keperluan. sometimes ada org anak 5-6 org pun tak perlukan maid tp yang anak sorang dah ada maid. i'm sure ada sebab musabab masing-masing. as for us now, kalau xde pon xpe sbb akak bercuti panjang. tp masuk keje nanti mmg kena ada. i can't leave the office on time everyday. kalau akak tak bleh stay, nanti kena mintak staf stay. it won't be fair to her.

CT said...

kak ti, huhuhu ur story menambahkan keyakinan untuk struggle as a mom n wife without helper...xpela rumah ku x serupa rumah...redha redha redha..huhuhu

ummi said...

ct ~ it's not just house chores. when someone can help around with the chores, we have more time with the kids, esp bila anak dah sekolah. time akak keje dulu, bukan boleh janji 5.30 balik dah. kdg2 kena stay back. suami pulak very helpful tapi dia sendiri kena blk dekat tengah malam. so ambik maid. with maid or maidless, the option is ours.

onehappyfamily said...

k mon..i br baca entry psl bibik ni..hampeh tul,but anyway nasib masa dia kabur tu k mon ade kat umah,xdelah dia tinggal anak2 mcm tu je....

ummi said...

kop ~ lama x dengar citer. psl x-bik (yg hampeh itu), mmg burn gitu aje lah duit. but yes, nasib baik kabur masa kami ada kat rumah. but still, after dia bla, byk le benda buleh buat sakit hati. pengadu domba, tak sedar diri, tak kenang org tolong dia. may Allah balaskan apa yg sepatutnya.

onehappyfamily said...

its common k mon..bile diorang dah x wujud kat umah, mesti byk cerita yg kurang enak d dgr. my x-bibik dok sebarkan propaganda kat my neighbourhood byk sgt kat umah i sampai sakit2 segala tulang-temulang nye.padahal saiz umah tu x sampai pun 1000sqf

ummi said...

samalah kop. lepas setahun letihlah, sakit tulang lah, pening lah. time mula dtg kan main lagi sampai nak basuh kain dengan tangan! walhalkan dia most of the time dia jg anak akak yg kecik sekali and kerja rumah sikit2. cam kain baju kumpul sebakul besar br nk lipat, dah penuh hanger br nak gosok, memanglah rasa keje jd banyak. time mgmt mmg out. siang2 membuta sama Adam yg tgh tdo. few days b4 kabur tu dah pandai ngomel2 sorang bila kita suruh buat apa2.pandai tutup pintu kuat2. elok gak dia bla. hopefully she'll get whatever balasan she deserves.

Ina Hashim said...

ya Allah tie...all these while mmg duk baca n seems like dia nih ok sgt...tapi kaburrr jugak

dorang nih mmg dasar x leh dipercayai walau depan kita pijak semut x mati..hem...takpelah...yg penting dia kabur bwk diri n her belongings je...takde amik apa2 yg lain...

and paling syukur is that you are now a SAHM..if not, jenuh meroyan nak cari nursery @ bbsitter pulak

ummi said...

k ina ~ saya plg risau nk masuk keje nanti (lagi 6 bulan). nak ambik maid cam ada serik sikit. nak anta pi nursery cam kesian sbb saya selalu lewat. mana nk tgk homework, mana nak main2 dengan budak2 nih.

sal bibik tu, mmg dasar *&^$$^(). bertudung hampir 24 jam, semayang x tinggal, baca quran.. tapi.. susah nak kata depa ni. bila dia bla ni, byk benda tak elok yang sebelum ni taktau, kami tahu. so it's a blessing jugaklah dia kabur. makin lama dia kat sini tah apa2 je nanti.