Sunday, June 06, 2010

First Leg - KL..Kedah..KL

Done with Leg-1 of cuti sekolah kali ni. KL-Kedah(Sungai Petani)-KL. Keluar semalam jam 8.00 pagi, sampai KL semula jam 8.30 malam tadi. Perjalanan yang panjang dan memenatkan. Jauh satu hal (kira-kira 800km to-and-fro), traffic yang heavy satu hal lagi.

Saya, kalau kata nak bertolak jam 8.00 pagi, insyaAllah by 7.30 pagi semua luggage dah beratur tepi pintu. Jam 8.00 pagi tu bermakna dah naik kereta dan bertolak, bukan baru nak bangun tidur. The night before selalunya saya pastikan kain baju dah simpan elok, yang belum basuh berada pada tahap minima. No dirty dish dalam sinki or any leftover atas meja makan. Anak-anak saya dah pesan awal-awal untuk bangun awal dan bersiap cepat. Alhamdulillah depa memang jenis early birds so takde masalah sangat bab tu. There's a Bree (go figure the character here) in me, yes I admit (but I am definately not a 100% Bree okay) Makanya, hari Sabtu, jam 8.00 pagi, kami bergerak dari rumah menuju ke utara. My parents, yang sepatutnya bertolah jam 8.00 pagi dari Temerloh, bergerak dari rumah kira-kira jam 10.00 pagi dan adik saya pulak tiba-tiba nak ikut sama, which made them to move at 11.00 am.

Singgah breakfast di Restoren Jejantas Sungai Buloh. Banyaknya kereta, ramainya orang.. masyaAllah. Nak parking satu hal. Nak cari tempat kosong untuk makan pulak, satu hal lagi. Sudahnya makan kat kopitiam sebelah KFC. Food OK, servis pulak, seeeelllowwwww. Dah tau cuti sekolah, ada 2 orang je manning the whole outlet. Orang tu lah nak ambik order, orang tu lah jaga cashier, orang tu jugak nak pi toast roti. So... lamalah beratur kan. Kena plak ada minah kat depan tu, masa beratur lama tu tak reti-reti pikir nak order apa. Sampai kat depan barulah sengih sana sengih sini nak pilih makanan. Tolong ya, sapa-sapa yang ada sifat macam ni, anda menyusahkan orang lain ok. Irritating. Sejam gak lah kami kat Sungai Buloh tu.

Masuk aje PLUS highway, kereta dah mula banyak.. kira dari KL ke Sungai Petani tu memang on-off jam. Most of the time kena slow aje. Paling laju boleh tekan minyak cuma 120km/j saja. Sejak kawin 10 tahun lepas, ni journey paling jauh by road saya dan En Tebby. Nasib baik saya memang kaki stock-up makanan kalau nak bertravelling. So budak-budak tak grumpy lapar or haus. Selalunya soft roll, some junks and juice. Jangan tak tau sepanjang KL-Kedah-KL, anak-anak saya menghabiskan 16 ketul soft roll! Tu tak kira lah jajan lain or berapa botol juice yang habis.. layannn...


On the way terserempak Geng Caldina tengah konvoi. Berpuluh-puluh kereta. Bersusun-susun kat lane tengah. From the sticker, it says Drive For Charity or something like that.

Kami singgah R&R Sungai Perak untuk re-fuel kereta saja. Tak singgah makan sebab
1) Anak-anak kata masih kenyang (sebenarnya depa tak sabar sampai hotel untuk meng-spash dalam swimming pool) as Tebby put it, depa lapar nak minum air pool je tu.
2) ramailah amat orang, no free parking lot.

Sudahnya singgah di R&R Gunung Semanggol. By this time kami mak pak dah lapar.. budak2.. biasalah... in anticipation nak mandi pool, manjang tak lapar. Terpaksa makan kat bawah pokok aje pasal meja penuh. Ada yang makan kat tepi-tepi walkways aje. Kami nak park keta pon makan masa dekat 15 minit gak. Nak buat cemana kan, dah nama pon cuti sekolah, semua nak keluar time ni.

Sampai Sungai Petani jam 3.00 petang. Check in kat Emerald Puteri, very near to tol Sungai Petani Selatan. Lepas tol, di simpang yang mula-mula, belok kiri. Convenient la pasal dekat dengan kedai-kedai, senang nak makan. Saya book Puteri Suite, cukup besar nak accomodate kami 5 beranak plus sorang bibik. Bilik OK, it's a 3-star and room-wise, lived up to its number of stars. Kena pulak bilik kami kat tingkat 8, paling dekat dengan swimming pool.

Exit 168 yerr... ambik SP Selatan



Emerald Puteri, end of shop lots. Belakang tu ada Parkson Ria. Bilik pulak, living and bedroom separated by a sliding door. Bilik ayaq luaihh hat dalam bilik.. ada 3 stall, shower stall, toilet and a bathtub. Hat kat area living tu ada sink sama toilet ajaa..


Swimming pool, walaupun kecik, okaylah. Takde tiles yang retak or tercabut cam kat Impiana Cherating. Me, as usual kat kiddy pool je lah melayan Iman dengan Adam. While I was there, ada 2 orang budak kecik lost footing and jatuh tertiarap dalam air, floated but face down. Mommies, while at tempat berair cam tu, always look after your child. Seconds kita terlepas pandang macam2 boleh jadi.


Ingat nak ambik gambaq budak-budak bawah nih, tak dan apa-apa depa dah terjun pi dalam pool.



Anak jantan chek. Note Iman's new swimsuit. Hat lama dah tak muat dahh... Baju 'kwebb' katanya.. pasal ada gambar kecik crab kat dada belah kiri nun..


Kakak, tengah dok pasang goggles. Tu pun swimsuit baru pasal yang lama dah sendat.


Room service pun cepat dan efektif. I use their 'bell boy' service, mintak extra laundry bag and order food. Semuanya memuaskan hati. Drawback? Food (except for its kuey tiaw which I ordered via room service) and buffet area. Food tak banyak variety and rasa cam kurang sikitlah. Buffet area ada lipas kecik dok bersantai-santai buat lintas langsung.

My parents sampai jam 8.00 malam. Esoknya jam 12.00 tengahari bertolak ke Tikam Batu ke wedding adik my SIL. Waktu tu baru lepas hujan lebat so the weather was just nice. Tak panas, tak sejuk. Food sedap (to my tekak lah, En Tebby kata biasa je). I like rumah parents SIL tu, banglo setingkat, tak kecik tak overly besar. Just nice. And beautiful landcape too. Sayang tak ingat nak ambik gamba sikit...

Kami bertolak balik jam 2.00 petang. As expected, perjalanan balik pun sama sesak macam perjalanan pergi. Singgah di R&R Juru untuk solat dan salin baju. Minta maaf lah.. walaupun saya selesa ke ofis berbaju kurung, untuk perjalanan jauh dan lama, saya sanggup salin baju pakai tshirt dengan seluar panjang. Next stop selepas Juru was R&R Tapah. Mak aihhh... ramai sangat orang. Waktu kat dalam toilet pun ada orang ketuk-ketuk pintu.. to which Iman said 'ada owammm! ada owammm!' Kat pavement macam pasar malam! Sempat jugak makan aiskrim kat Baskin Robbin and beli jambu sikit. Kalau difikirkan ramainya orang, rasa macam tanak singgah tapi kesian anak-anak nak lurus-luruskan kaki dan hirup udara luar sikit kan. Especially Adam yang strapped in his car seat sepanjang perjalanan. Sangat membantu guna car seat ni ya puan-puan. Selain for safety, senang nak manage the kids. Tapi kena start awal. Sedari infant dah kena ajar dok dalam infant seat, then car-seat. Lepas Tapah, tak singgah mana-mana dah. Terus balik KL dan sampai jam 8.30 malam.


Tol Juru. Ada musykil sikit, pasal apa kena lalu tol walaupun belum exit PLUS hiway ek? All the way to utara is under PLUS kan? Or different concession?


Esok nak start 2nd leg pulak. Another 910km to go.. Cherating... here we come...

5 comments:

Ummi said...

my mother's house is in Tikam Batu hehehehe

entah2 sedara saya :)

ummi said...

ummi ~ kenal mejar bersara saludin? anak dia lahh yang kawin. adik kepada kakak ipar saya.

MR said...

best la the kids. cuti sekolah parents bwk jenjalan. eh, unpaid leaves akak dah approved ekk. so, i can expect more entries la after this kan? kan? kan? hehehe

ummi said...

MR ~ tau le.. samada more entries atau no more entries heh heh.

ps - depa seronok lahhh... beg duit acik dah koyakkk!!

Ina Hashim said...

tie,

emerald puteri tu dekat sgt ngan umah MIL akak