Friday, July 31, 2009

Berdandan Lalalala..

Aiseh... sejak ada maid ni, I have leisure time. Ada lah masa terluang nak berdandan kan diri sendiri. Kena pulak tengah MC kan. Dok surf internet cari petua-petua untuk kebahagiaan luar dan dalam *ehem*. Guys, kalau ada tips, sila tinggalkan di ruangan komen ya.

Before I move on, ingat tak saya ada order Nona Roguy products? I'm letting go 2 items i.e. Lawas Segar dan Lawas Angin. Reason, saya terlebih lawas sudah. I took just one type of lawas, just 1/2 of the recommended portion and I ended up purging like 5-6 times. Tebby sudah bising. I don't know about others lah. It might be healing crisis but I can't take the stage lorr. Sapa nak beli sila tinggalkan nota anda di ruangan komen okie.

Apart from those 'lawas' things, I absolutely love their Minyak Herbanika. Lepas sapu mesti sendawa banyak kali and melepaskan angin in any way imaginable *kenyit mata*. Kalau rasa berat kepala, gosok-gosok sikit, adalah kelegaan tak lama lepas tu. I'm taking Phytonatal as well. Makan sebiji je sehari. Ni semua sebab saya kan terlebih lawas sudah.


Dalam seminggu ni, dah 2 kali saya sempat berlulur. Nothing fancy, saya beli Bedak Bunga Tanjung. Namanya bedak tapi sebenarnya lulur. I mixed it up with a bit of water dengan hampas pegaga (saya minum air pegaga u olsss!! sedap rupanya) and mulalah melulur. By the time I was done melulur, bilik air cam apa jek... bersepah dengan habuk-habuk (dan daki-daki). Lepas tu tempelkan diri anda dengan losyen-losyen wangi supaya suami anda takdelah bau anda macam rendang. Kan perawatan tradisional ni banyak guna rempah-rempah.. macam rendang jugak. Jangan main-main taw. Saya pernah terbaca pengakuan bekas pengantin baru. Sang suami tak sanggup tidur dekat isteri sebab isterinya bau rempah. Ye lah, nak jadi pengantin baru, haruslah melulur, bersauna bagai kan. Saya tak terlibat dalam kes sebegini masa nak jadi pengantin baru dulu. Maksud saya kes melulur terover sampai badan bau rempah tu. Ni dah jadi pengantin veteran baru ada kesedaran isk isk isk. Ternyata suami saya masih sanggup tidur di sebelah saya. Cuma saya tak pasti apakah dia ada bermimpi makan rendang atau tidak..


Sebenarnya saya masih ragu-ragu jua azam saya ni walaupun saya siap sediakan satu 'label' khas untuk topik-topik sebegini. Takut hangat-hangat chicken poop jua. Perjalanan 1,000 batu bermula dengan langkah pertama kan. Sampai tak sampai belakang kiralah. Janji dah mula langkah pertama, tak gitu?

1 comment:

Asu Bahiyah said...

dandan kak mon...jangan tak dandan. nak petua?? asu yg kena tanya petua berhati sabar macam kak mon rasanya