Eventho kami baru dapat bonus last week, this entry tidak lah berkaitan dengan bonus sempena pencapaian tahun 2008.
Empat Big B kali ni jauh lebih bermakna dari bonus yang diterima. Mungkin sebab ia tak boleh dinilai dengan wang ringgit.
Big B yang pertama berkaitan dengan Kakak. Alhamdulillah, peperiksaan Fasa 1 2009 keputusannya menunjukkan peningkatan. Saya tidak membandingkan dia dengan orang lain, dia mungkin bukan pelajar no 1 kelasnya. It's more like she's competing with herself and not with others. Not yet. Matematiknya, yang mana sebelum ini agak lemah, telah meningkat lebih 70%. Bahasa Melayu dan Saince scorenya 80% ke atas. Bahasa Inggeris salah satu saja! Langsung dapat 98%. Alhamdulillah. Dapat saja keputusannya, cepat saja saya SMS abahnya di London. Cepat juga abahnya SMS semula, dengan penuh kesyukuran!
Big B yang kedua pula berkenaan Iman. Iman mula 'sedar' wujudnya dunia lain selain his own little world sebelum ini. Dia sudah mula berminat untuk bercakap. Sudah pandai mengadu!
'Ummi, kakak cubit'
'Ummi, kakak tipu'
Tapi awas kalau dia over-excited, abis keluar semula bahasa jerman dia tu!
Dia dah kenal 3 shapes -> circle, triangle dan square.
Dia sudah boleh bandingkan yang mana besar dan mana yang kecil.
Warna masih belum.
Pelan-pelan... itu nasihat psychiatrist.
Dia juga sudah pandai melukis 'orang lidi'.
Pertama kali dia tunjukkan saya, menitis air mata saya!
Big B yang ketiga pula berkaitan Adam. Giginya sudah 6. Makin galak ketawa-ketawa. Pandai mengajak orang bergurau dengannya. Awas kalau dia kenyit-kenyitkan matanya. Itu tanda dia nak mula bergurau. Once he starts, habis digigitnya kita nanti! Kalau dihalang atau dikatakan 'jangan', dia turut sama geleng kepala sambil kata 'nanak'. Comelkan. Kalau orang bercakap, paling suka masuk campur. 'Nasi tambah', kata abahnya.
Big B yang keempat pula ialah, En Tebby has landed in Malaysia dan sudahpun berada di rumah. Kami masih belum bertemu selepas 10 hari berpisah. Tak sabar tunggu 5.30pm.. nak balik...