Thursday, October 30, 2008

A Poem for Iman

Posted by Picasa

Di matamu,
Penuh seribu satu cerita.
Yang tak terungkaikan.
Bersuaralah anak ku.
Khabarkan kisah gembira.
Kisah suka duka.
Cerita rajuk dan riang.
Ummi tetap menunggu.

Tuesday, October 28, 2008

The Kids

Da** busy. Kenot blog long-long.
Sharing some photos during the weekend.


My Princess.
With her barbie.
She got herself a Mariposa but is keeping it at safety.
Takut Iman ambik.


Iman.
Tengah bukak silat otromen.
La ni zaman-zaman otromen.
Tapi tatau itu gaya otromen ke atau gaya raksasa yang kena fire.




Adam.
Cam boss dok nengok orang.
Nantilah... Adam dah pandai jalan nanti
(Agaknya itulah dia kata dalam hati kot)



Wednesday, October 22, 2008

Unconditional Love

Teringat masa saya kecik-kecik dulu.
Time tu dekat nak raya.
Kain untuk baju raya saya beli last sekali.
Murah sekali.
Walaupun saya tak suka warnanya.
Walaupun saya terasa diketepikan.
Saya pendam saja.

Teringat waktu saya masih belum masuk asrama.
Yang di rumah cuma adik saya dan saya.
Kalau ke bandar, adik saya diberi macam-macam.
Saya cuma berpuas hati kalau diberi ikut sama.
Dengan baju lusuh dan berselipar jepun.
Saya terasa sungguh tidak diperlukan.
Tapi saya pendam saja.

Teringat masa saya sekolah dulu.
Waktu nak balik asrama.
Kadang-kadang orang yang saya fikir sayang saya itu.
Tak mahu hantar saya ke stesyen bas.
Malah melihat saya berangkat ke stesyen bas pun tidak.
Saya amat sedih. Dalam bas saya menangis.
Terasa diri tak dihargai.
Saya pendam saja.

Sewaktu saya mula ke universiti.
Ayah saya hadiahkan sepasang baju sukan.
Walaupun cuma sepasang baju sukan biasa-biasa saja.
Saya menitiskan airmata.
Buat pertama kalinya saya rasa ada orang sedar akan kewujudan saya.

Zaman-zaman itu saya tak tahu apa maknanya sayang tanpa syarat.
Yang saya tahu, bila saya ada keluarga sendiri, saya tak mau anak-anak saya berperasaan begitu.
Jadi pemendam seperti saya.
Saya tak pernah ceritakan pada sesiapapun soal hati perasaan saya.
Sehinggalah pada hari ini, waktu saya berumur 34 tahun, 1 bulan dan 22 hari.
Sedari saya kecil tak pernah ada yang bertanya.
Sukakah saya. Sedihkah saya. Merajukkah saya.
Semua saya pendamkan.

Yes, beneath my happy exterior, there's a part inside of me that even I dare not touch. Today is the last straw. I just need to vent out.

Wednesday, October 15, 2008

Project Kick Off - Iman's Therapy Sessions

My oh my!

Semalam saya ke Gleaneagles Intan Medical Center (lepas ni kita guna nama pendeknya GIMC je lah yek), bawak Iman pegi terapi. Sebenarnya that was the second time dia pegi terapi. Terapi pertama was Speech Therapy (lepas ni kita guna nama pendeknya ST je lah yek) on 8 Oktober 2008 lepas. Yang semalam Occupational Therapy (lepas ni kita guna nama pendeknya OT je lah yek). Lepas-lepas ni setiap minggu kena bawak dia pegi terapi yang dua nih.

Masa visit pertama on 8th October, I was greeted with a cheeky boy, running out from one of the rooms, sambil mengomel-ngomel 'I wanna go out. I don't want to play in your stupid playground'. Ada lelaki separuh umur kejar dia, mungkin ayahnya kot. Saya dan Tebby berpandangan saja. We were wondering what was going on. Kena pulak perkataan stu*** tu diberi penekanan dek budak tu. As in '... your STOOOPIIIDD playground'.

Untuk ST, saya jumpa Firdaus. A young, and shall I add, quite good looking man. Maybe in his late 20's. Sesi pertama tak banyak dapat buat apa-apa. Iman was cranky. Mungkin sebab dia baru makan ubat selsema so dia ngantuk. Banyak cerita-ceriti background Iman. To keep him (Iman) entertain, adalah disediakan sedikit-sebanyak toys. One of them is ABC yang boleh tanggal dan lekat tu. Saya agak terkejut bila Iman boleh padankan dan masukkan semua ABC yang ditanggalkan ke tempatnya semula! Dalam si ST tu membelek perlakuan Iman, saya lak dok meneliti si ST. Pakai cermin mata bingkainya Armani. Dressing ala-ala aliran terkini metrosexual. Tak keterlaluan kalau saya katakan, he reminds me of Aznil Tom Tom Bak! Back to Iman, ada juga kami ditanya soalan-soalan yang saya tak boleh jawab. Contohnya, adakah di tadika dia menjadi mangsa buli atau adakah dia sudah kenal ABC? Saya terkebil-kebil. Tidak ambil beratkan saya? Firdaus, secara berhemahnya menjelaskan, walaupun Iman 4 tahun, perkembangan pertuturan dia adalah pada tahap 2 tahun. Saya dan Tebby perlu banyak berkorban membesarkan Iman. Masa, tenaga, emosi dan wang ringgit. Dari pandangan kasar dia, Iman ada menunjukkan ciri-ciri autistik. Cuma pandangan kasar. Yang boleh mengesahkan ialah Child Psychiatrist.

OT pulak, lebih vigorous. Kali ni another man, nama Hasrol. Hasrol punya sesi lebih kepada aktiviti fizikal. Cukup kalau saya summarykan, anak saya yang satu itu, pada hari semalam, dari pukul 4.00 ke 5.00 petang, telahpun dikambus, dipaksa meniti, dihayun, dilambung malah dilenyek oleh OT tersebut! Tebby couldn't help giggling. Kadang-kadang respon Iman memang menggelikan hati. Kadang-kadang dia nampak takut tapi reaksi dia bila retaliate tu yang tak tahan tu. Macam-macam mimik muka dengan bunyi dia buat. Typical kanak-kanak bermasalah seperti dia, akan avoid eye-contact. Maka bila si OT tu naikkan suara suruh Iman pandang dia, Iman menjerit-jerit 'NANAK' 'NANAK' sambil buat jelingan maut. Maka dalam masa sejam itu, meleleh-lelehlah air mata, air hidung segala. Semalam juga saya menyimpulkan bahawa budak yang lari keluar dari bilik hujung minggu sebelumnya mungkin baru sudah OT! Kalaulah si Kakak ada sama, haruslah dia pegi belasah si OT tu. Walaupun Kakak dengan Iman ni love-hate relationship, Kakak cukup protective when it comes to adik-adik dia. Exception, cuma dia saja boleh kerjakan adik-adiknya! At the end of the session, Hasrol said Iman's condition boleh dikategorikan sebagai mild-intermediate. Kami as parents, kena challenge Iman to do things. Kena buka minda dia untuk explore more.

Abis sesi kami, ada jumpa OT lain kat luar tu. Iman was the only patient left so diorang dok usik-usik dia. Saya pun ambik kesempatan bertanya (tanya kat luar tak masuk bil!). Susah saya nak faham term-term theraphist ni. Saya simpulkan bahawa, it's not that Iman is not processing information in his brain, cuma dia tak boleh sambungkan info-info tu semua jadi something yang boleh difahami. At least not up to his age, 4 tahun. They said, like a lost password pun ye jugak. He has a lot in his mind tapi retrieval is not possible sebab he lost the password. Boleh analogy gitu? Si Firdaus ST tu pun ada jugak masa tu. I noticed he was wearing a LV belt. Boleh gitu, makcik nyiasat sampai ke tali pinggang? Jahat tol mata nih!

Setelah 2 sesi terapi, saya insaf. Bukan saya saja diduga. Malah orang lain lebih berat lagi. Ada one Italians couple dengan anak sebaya Iman. Langsung tak ada vocab. Mungkin ada tapi langsung tak disuarakan. At least Iman boleh cakap perkataan walaupun sepatah sepatah. Walaupun setakat ayat menggunakan 2 perkataan saja.

So, sharing a few photos semalam. Tak banyak saya snap. I was participating as well. Bila agak2 Iman okay sikit, saya snap. Ini cuma contoh beberapa aktiviti saja. Banyak lagi yang dia kerjakan Iman. The rest saya standby dekat2 Iman. Ye lah, walaupun ada safety belt, safety mat segala, kalau tergolek anak aku tu kang, mau jugak kita belasah si OT tu kan he he.

Iman, just after registration.
He didn't know what to expect.
Neither did we.

En Tebby, sedang uruskan GL untuk Iman.


Iman kena kambus.
Sebelum tu kena buat aktiviti lompat atas trampoline.
Dgn Hasrol dia tanak lompat.

Dgn Abah dia tanak lompat.
Ummi lah, sapa lagi.


Kena paksa jalan atas beam.
Memula boleh pegang.
Lepas tu dia kena jalan sendiri atas tu.
Balancing dia okay.

Termasuk dia main tipu turun jalan atas lantai jek.

Note to self: -
:: When putting on slippers, Iman know which is right and which is left already. Kalau salah, he, himself would say 'syalah' and put on the correct side to the correct feet.
:: He can put on puzzles back after Tebby scrambles the pieces. Mind you, this is not the puzzle yang lekat2 tu tau. Hak jenis kena tolak-tolak, tapi takleh angkat-angkat the pieces. Tapi kalau dia malas, he'd say 'nanak' and put away the puzzle.
:: Shows interest in drawing. Last night he drew cars, cars, cars and more cars. Of courselah more to scribbling. Tapi he gets the conceptlah.
:: New words like kawan, mana, tivi.
:: Says 'two little girls', 'thomas ni nakal' clearly. The 3-words were immitation, but still...
We were warned that Dr Rose will definately ask about Iman's progress so we'd better be prepared with answers. We were also told, Dr Rose, would not, at the slightest, hesitate to scold us if we fail to keep and eye on Iman's progress or fail to execute whatever she asks us to.

Saturday, October 11, 2008

Happy 5 Months Old Adam


Adam is 5 months old!
No vital statistics yet as we're seeing his paed only on this coming Saturday 18th October. I suspect his weight gain won't be much. He's too busy to nurse as frequently as he used to.

A day before his 5-months birthday, he finally managed to roll back on his back after nyarap. Kalau tak, menjerit-jerit dia mintak tolong orang pusingkan badan dia tu. Kalau dah letih sangat tapi takde orang nak tolong, he'd tonyoh-tonyohkan muka dia tu atas comforter. Protes abis lah tu. When on his tummy, he can buat pusingan setempat. So we can actually put toys in rounds, and he's go melawat kawasan dalam bulatan he he. Cute eh. He hasn't move forward yet tho. Kaki tu dah hebat tendang-tendang tapi still tak bergerak ke depan. Takpe sayang, usaha tangga kejayaan.

He salivates a lot. Kalau kat tempat dia nyarap tu, memang basah. Pastu dah pandai buat nyembur-nyembur gitu. He hasn't really started solid yet. Kalau nampak orang makan atau nampak makanan, he'd look with so much interest. Mulut tu lagilah bertambah meleleh-leleh airliur and buat aksi kunyah-kunyah. Just recently, dia dengan tangkasnya mencapai beberapa helai megi goreng abahnya kat kedai mamak. Tak dapat megi, dia goyang-goyangkan badan nak capai Milo Ummi pulak. Sabar sayang, nanti kita jumpa paed Sabtu ni, Ummi tanyakan kot-kot Adam dah ready for solid or not. Kalau dah ready pun, kita makan 'koleh' aje lah dulu okay. Megi? No way, not until much much much later. Stok kat rumah tu biar Ummi dengan Abah aje kerjakan okay.

To Adam, (who knows,maybe one fine day, you'll read this)
Ummi dan Abah mengaku kelahiran Adam tidak dirancang. Sementelah Ummi dan Abah sibuk menguruskan Abang Iman. Rezeki Allah kurniakan, Ummi dan Abah terima dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran. Abah kata Adam penuh kerahmatan. Adam paling senang Ummi lahirkan. Paling kurang sakit dan paling sekejap di labor room. Adam pun tak banyak kerenah, senang di jaga. Kalau dipandang, muka Adam ni redup aje. Sebagaimana Kakak Athirah dan Abang Iman, nama Adam pun Abah yang pilihkan. Selain mengambil sempena nama Nabi Adam, Adam juga bermakna contoh atau teladan. Ummi, Abah sayang Adam sama seperti Kakak dan Abang Iman.

Happy 5 Months Old Little One..

Friday, October 10, 2008

Satu Jawapan - Entry 'Iman's Clinical Diagnosis'

18 comments:
mamalisa said...
Dunt worry..everything for our children kak..we tagg along them along the way even we not sure abt the future, at least we tried our best! *sigh*
Mamalisa - InsyaAllah. That's what parents do. Berkorban apa saja walaupun tak pasti apa hasilnya. Same goes to you. Moga2 Allah berikan kekuatan for both of us.

3:42 PM
oren said...
sedihnya kak..
Oren - Kalau tengok Iman, sedih juga. Time dia buat nakal, geram juga..


4:08 PM
Anonymous said...
I have seen kanak kanak yang worst autism nyer kak. I have a friend, and she has an autism son. The thing is, he wasnt born to be an autism child, but ada complication masa lahir, that the doc left it too late, dan talipusat dah lilit kat leher, that lead to the baby getting less oxygen.

I dont know mcm mana system dekat Malaysia, but dekat overseas, once the baby dilahirkan, cepat ajer dorang buat test itu ini. Like a day old baby, dah kena buat hearing test. Reason, so that whatever it is, boleh detect secara cepat. If the baby ada hearing problem sekalipon, at least we will know there and then. Takde kelam kabot bila dah besar.

And am hoping this autism thingy will get more perhatian from the gov lah. Provide a school untuk kanak kanak istimewa mcm nih ...

take care

Anonymous.
Anon - Thanks for the explanation. Iman, too, had complication masa lahir. Exactly like the one you cerita. Dia terbelit talipusat kat leher. He was blue when he finally pushed out. And yes, not just autism. ADHD, ADD and all. It's about time lah we put attention to it sbb makin banyak kes macam ni kan. Iman's brother, Adam had complication at birth as well. I'm praying hard he'll be okay.


4:45 PM
ummiaqeel said...
anon,
biasanya kalau kes complication masa lahir leads to celebral paralys... that's what I know lah.. maybe autism comes along kut.
Ummion, I have the same experience when my son was diagnosed with autism when he was only 2.5yrs old. Now he's 3 & am still doing all I can to help him.
If you feel like talking to me, you can find me at cari forum under this autism topic (you know where). Quiet a lot of useful info there!
ummiaqeel - Strange and seems macam tak kena, but it relieves me bila ada org in the same boat. At least we can share and refer with each other. Good Luck to us!


5:01 AM
Farra said...
K. Tie, Moga kita sama-sama diberi kekuatan dr Allah untuk membesarkan anak-anak, insyallah Allah bersama orang-orang yg bersabar
Farra - InsyaAllah. Doa ibu kan mustajab. Akak anggap ni adalah dugaan Allah untuk kami sekeluarga.


8:34 AM
NeroEcha said...
Sabar ye kak..I'allah dengan perhatian kak n suami dan juga treatment anak kak will be ok.
Nero - We have a lot to do. We have a long way to go. But we will do and we will go.


8:39 AM
zuedin said...
Allah knows what is the best for us. Saya doakan akak yang terbaik
Zue - Apa yang kita suka tak semestinya terbaik untuk kita. Apa yang kita benci tak semestinya tidak baik untuk kita.


10:59 AM
CT said...
akak, be strong to let iman get stronger..insyaallah, jalan akan dipermudahkan...
Allah knows better and He knows that akak & hubby adalah umat yg terpilih for such dugaan.
CT - I need to be strong. I have to.


11:40 AM
ibuVouge said...
hug
kak tie.. saya tau kak tie kuat utk hadapi semua ini.InsyaALLAH
IV - hugs too. InsyaAllah. Paling tidak, kita berusaha kan.


2:06 PM
Anonymous said...
salam
saya tau seorang ibu insya allah ade kekuatan unt ini... saya doakan akak tabah, iman tabah, abah iman tabah, kakak iman & juga adik iman pon tabah...
Anon - Cabarannya tak berhenti pada Iman saja. Kena educate Kakak tentang kekurangan adiknya dan kenapa kami perlu lebihkan perhatian kepada Iman. Nama pun budak kan. Jelesnya masih ada. Adam pulak kena berkorban juga untuk abangnya Iman.


3:06 PM
MAMAMENCAH said...
Apa yang saya pasti, saya akan pimpin Iman mengharungi apa jua sepanjang perjalanan itu....

The above sentence really make me cry... Ohh...semoga Allah mengurniakan kebahagian dan kesenangan buat anda sekeluarga.
MamaMencah - Sedih ke ayat tu? Came from the heart, written from my heart. It's a mother's pledge to her son as well to herself. Mohon Allah panjangkan umur saya supaya boleh disamping Iman sehingga masalahnya selesai.


3:30 PM
Ummibatrisya said...
salam,

ummi doakan semoga semuanya baik-baik aje

masa doc beritahu kepada ummi yang anak saudara ummi yang kematian umminya semasa berusia 30 hari tidak boleh bercakap, urat darah ummi seakan terputus masa itu

tapi Alhamdullilah kami sekeluarga melaluinya dengan tabah :)


tabah, sabar dan berdoa adalah jalan yang terbaik ...

anak-anak istimewa :)
Ummibatrisya - Anak-anak memang istimewa, tak kiralah jika mereka kanak-kanak 'istimewa' atau tidak. Mula-mula dulu susah saya nak terima anak saya kurang dari kawan-kawannya. Tapi dugaan Allah tetap saya terima dengan redha.


3:54 PM
cikwawi said...
kak,
Iman is special. Although the diagnosis tu seems to be like a very complicated statement tapi insya-Allah, Allah boleh permudahkan. Kita mohon yang terbaik untuk anak-anak kita..
cikwawi - hasben akak siap cakap kat psychiatrist tu, that's too much and too complicated for us to digest at one go. Memang pon. Kadang2 ada istilah yang kami sama-sama nganga aje mendengarnya he he.

11:40 AM
aida said...
dont worry kak..
insya Allah, Allah akan mempermudahkan segalanya
Aida - InsyaAllah. Allah maha Adil. Kurang di sini, pasti ada lebih di sana. InsyaAllah.


2:48 PM
abi said...
Dr. Rose adalah yang terbaik. boleh dia ni macam Dr Hamid Arshat (pakar O&G) la dalam bidang dia. very good. untuk terapi, SJMC dan sunway medical pun ada speech therapist yang bagus.

selamat hari raya!
abi - Terima kasih. Waktu assessment, saya pulak jadi concious. If she was reading Iman well, definately she could read me as well kan. ST insyaAllah ke GIMC.


3:20 PM
CT said...
nak ucapkan Salam Aidilfitri buat Kak Tie sekeluarga. Moga selamat perjalanan berhariraya tak kira ke mana destinasi yg dituju, dekat ataupun jauh ek...:)
CT - (Terlewat dah). Selamat Hari Raya too. Kami balik dekat (Temerloh) dan jauh juga (Kuala Terengganu)


10:54 AM
Julie said...
k.tie, be strong okay! imaan really needs a strong u to help him along.. always remember that Imaan is a precious gift from Allah.. do whatever it takes for him.. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Berkuasa.. insyaAllah he'll be ok soon.. yg penting doa ibu ayahnya yg tak putus2..
Julie - InsyaAllah. Bulan puasa yang lepas pon, kami doa banyak-banyak untuk dia. Untuk Kakak dan Adam as well.


11:35 PM
ajasuakeem said...
akak, sorry i cried reading this. Aja sebelum nih bukak blog akak lagi satu. And selalu just bace kat forum akak bwk Iman gi speech theraphy. So from there dah tau akak kuat.

Sebenarnyer bila akak memberitahu dunia masalah Iman, akak memberitahu hati akak utk kuat...utk tabah. Aja doakan akak terus tabah. Hati kita, Hati seorg ibu, Ibu mana yang tak menangis demi seorang anak. InsyaAllah..Aja Doakan Iman ada kemajuan. that 4 words shows he has tried hard..
Aja - True. It's a medium for me melepaskan/berkongsi perasaan. Satu tempat di mana akak buat 'azam' dan my pledge to be strong to along the way.

12:32 PM

Wednesday, October 08, 2008

Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya AidilFitri.
Maaf Zahir Batin.
A little late, eh. But it's still Syawal, right.

Will not blog about our Hari Raya. The usual drill, bakar lemang, sembahyang raya, makan dodol, main bunga api. The only unusual thing was that, I was down with fever, flu and bad cough. That bad that I skipped fasting on the last 2 days to nurse all the ilnesses. Had it not for those, I may have fasted a full month. In case you're wondering, I've tested 2 times and they were all negative. Walaupun anak bulan Syawal dah kelihatan, saya masih belum datang bulan, so to speak he he.

The second unusual thing was that, we contributed to the statistics of being trapped in road congestion on Sunday 5th October. I know the congestion is usual but it was unusual of us to be trapped in one. We've been avoiding that since forever. We always came back one day earlier than the balik-KL rush. Until this year. We travelled 13-hours journey from KT to KL last Sunday. Sib baik Adam was not that crancky. Cuma nearing Gombak, he refused his seat and I had to hold him while he did his little jumps. Sakit tangan makcik okeh. Iman was 'muncung' already. He was tired and had to give way for Adam to settle on my lap. Kalau tak manjang mamat tu baring atas riba. Yahh, a big manja 'anak ummi' boy Iman is. Kakak pulak was munching non stop (when she's not sleeping). Abis makanan adik dia pon dia taram. Bertuah punya Kak Long.

I was on leave on Monday. Doing the usual laundry, groceries shopping, a bit mengemas and all. Also went to Tony Roma (again?) for lunch. Suffice to say some of the waiters already kenal our muka.

Okay people, some photos. Of food masa buka puasa kat Al-Diafah. Gambor lain tak sempat nak upload kat laptop lagi.