Friday, March 21, 2008

Kisah ni dah lama saya dapat. Dah 6 tahun lepas. Di forwardkan dari kawan sepejabat (yang dah pun VSS dan menambah 2 anak since then). So asal usul cerita ni saya tak boleh nak confirmkan. But anyway, I think it's worth sharing.

Beginilah kisahnya, saya mempunyai seorang kawan baik (Seri) yang telah 10 tahun berkahwin atas dasar suka sama sukalah. Suami lulusan U tempatan dan kawan saya ni dari Politteknik. Suami agak alim, suka isterinya mempunyai ciri-ciri wanita solehah gitu, iaitu memakai tudung yang agak labuh, tidak bersolek, tidak memakai pakaian yang menjolok, tak pakai high-heel, dbsnya. Dan Seri ni ikut dan memang 100% ikut cakap suaminyalah.

Setelah 10 tahun berlalu, suaminya dari pangkat executive biasa dah pun sekarang ni menjadi manager. Yelah..bila dah berpangkat tinggi, pergaulan pun luas, selalu outstationlah, oversea lah..Seri dapat merasakan yang sesuatu yang tak kena berlaku. Suaminya jarang lagi bawak dia berjalan-jalan, company dinner pun tak bawak isteri, mana-mana pun pergi isteri ditinggalkan. Masih lagi Seri ni tercari-cari sebabnya..nak kata ada pompuan lain, bagi Seri ianya tak mungkin sbb. dia tahu suaminya bukannya kaki joli ke, kaki perempuan ke. Sehinggalah pada suatu hari Seri ni terdengar perbualan suaminya dengan kawan(lelaki), tak taulah apa yang dicakapkan, cuma Seri terdengar yang..

Bini aku..?? Tak lah, aku tak bawak dia. Suruh dia jaga anak kat rumah je.., malaslah nak bawak. Kau bukan tak tau, bini aku tu tak pandai bergaya sikit.."

Bila terdengar je tu, apalagi...., Si Seri ni terus memendam perasaan. Kecik hati, yelah, dia tak bergaya pun sebab suaminya yang tak bagi. Si Seri ni cantik jugaklah, walaupun dah anak tiga, tapi badan tak gemuk, maintain lagilah. Cuma dia ni tak bergaya, asyik-asyik baju kurung, seluar besar ngan blouse besar, ataupun jubah maxi je..kira-kiranya macam makcik-makcik punya fesyen je...yelah ikut cakap suami.

The next day, Seri ni phone saya . Sampai terisak-isak, kecik hati ngan suami dia. Sambil tu dia tanyalah saya macam mana nak buat. Apalagi, saya pun cakap kat dia,

Seri..., aku tolong kau. Tapi kau jangan kedekut duit. Esok aku bawak kau gi shopping. Beli baju cantik dan bergaya sikit.
Mula-mula tu, dia tak berapa nak setuju sangat dengan idea saya. Katanya, dia dah sepuluh tahun tak pernah bergaya. Malu lah, seganlah, takut suamilah.. macam-macam. So saya pujuk and pujuk, dia pun setujulah ikut saya gi shopping. Nak tau berapa dia budget..heh,heh, RM1500 untuk shopping baju ngan kasut. Apalagi, pasal-pasal shopping dan bergaya ni, memang hobby saya le... Kitaorang shopping sakan jugaklah, belikan kemeja, jeans, blouse, long skirt, jubah seluar, kasut tinggi, but (orang kampung saya panggil kasut bot), tudung.dll.

Seminggu lepas tu, saya call si Seri ni, tanyakan dia...ada perubahan ke..? Dia cakap suaminya tak cakap apa-apapun, ukkk pun tak, akkk pun tak, ekkk pun tak..!! But derkkk je, (ego lelaki lah tuhhh..). Tapi si Seri ni noticed that hubby dia macam curi-curi pandang dia bila dia pusing kearah lain. 2,3 hari lepas tuh, Seri tepon I lagi..dengan nada yang termengah-mengah.. dia cakap..

Pagi ni masa suaminya hantarkan ke opis, suaminya tunggu sampai dia lintas jalan, barulah suaminya beredar.., kalau selalunya, macam teksi turunkan penumpang je..lepas dia turun, suaminya terus blah..tak pandang dia pun.. Hah...good move..I cakap. Seri punya happy giler..happy sangat-sangat. Yelah setelah 1-2 tahun kebelakangan ni, suaminya macam nak tak nak je pandang dia. Kurang mesra, kurang bergurau senda, kadangkala anak-anak yang jadi orang tengah. Nak berjalan-jalan, shopping-shopping...jgn. haraplah...!!! Kalau nak shopping, suami dia suruh Seri sendiri bawak kereta pegi, and dia jaga anak kat rumah. Nak berjumpa ngan kawan-kawan suami..memang tak pernah suami introduced kan!! Memang Seri gi keje, balik suami jemput, ambik anak-anak, terus balik rumah...kalau rasa nak makan pizza ke, suami dia cakap, order and makan kat rumah je.

Setelah sebulan, Seri ni buat perubahan (bergaya sikit..) nampak jugaklah perubahan perhatian suami terhadap Seri. Tiap-tiap pagi, mesti tunggu sampai Seri lintas jalan dulu, sudah mula panggil Seri ngan nama Seri, bukannya ibu..,adalah ajak Seri gi jalan-jalan,makan-makan, beli barang rumah kat Carrefour, ada lah sikit sebnayak perubahan.

Last week Seri telefon I lagi (every week mesti bagi report punya..he,he,). Dari nada suaranya dah tahu dia happy giler.., nak tau kenapa?? Hahh..suami Seri pegi ke Vietnam, and dari Vietnam dia tepon Seri tanya nak sutera thai kaler apa, berapa pasang...? Dia siap cakap yang dia ada belikan Seri bag tangan ngan kasut kaler purple. Dan yang paling syok sekali, suami dia cakap yang dia belikan Seri perfume (Paco Rabbanne lagiiii..) kat duty free. Seri ni punyalah happy tersangat-sangat. Kalau sebelum ni, suami dia pegi mana pun, jgn. haraplah nak tepon. Nak beli barang-barang kat Seri..jangan mimpilah..beli coklat unutk anak-anak adalah..!!

Saya pun tumpang seronoklah dengar update dari Seri ni..kawanlah katakan!!! Cuma saya berpesan kat dia,
Kau jangan bendul sangat.., mana ada suami yang tak suka tengok isteri cantik dan bergaya.

Pandai-pandailah kita jaga penampilan, asalkan tak melintasi batas-batas sebagai seorang wanita Islam..apa salahnya. Kalau kita berjubah pun, carilah yang agak menarik, padankan ngan tudung yang sesuai, kasut yang sesuai, memang cantik dan bergaya. Tambahan macam Seri yang tinggi tu, pakai jubah seluar ngan but..memnag nampak exclusive..,tambahan lilitan tudung
yang kemas dan menarik. Tak perlulah kita mekap tebal-tebal, pakai kain terbelah sana-sini.

Kadangkala lelaki ni, masa gaji ciput, dia buka mata pun ciput jugak. Tapi bila gaji dah besar, pangkat besar, mata dia pun terbuka ngan besarnya. Mulalah nak compare wife dia ngan pompuan lain. Dulu nak wife pakai tudung besar, sekarang ni nampak pompuan lain pakai tudung wardina, dia pun nak wife dia macam tu jugak. Tapi mungkin sebab ego ke, apa ke,malu nak cakap ke (yelah dulu tak benarkan..) dia tak cakap ngan wife dia. Dia nak wife dia tahu sendiri. So, sebagai wanita dan isteri nih..kita kenalah sensitif sikit dengan perubahan "taste" suami kita.

Sorrylah, terpanjang sikit, tak tau macamana nak pendekkan cerita. Apapun, harap cerita ni akan memberikan sedikit pengajaran untuk isteri-isteri tentang sikap suami dizaman yang serba moden dan penuh dugaan ni.

Saya forwardkan email ni to Tebby. Reply dia -> setujuuuuuuuuu

7 comments:

pB said...

salam

kira suami kawan tu , kira baik sebab dia tak carik lain ......

Ummu Auni said...

setuju dgn kak pb..

tapi suami saya kan, ddia tengok baju saya
dia kata buruk
lepas tu kita usik suruh beli baru, dia kata baju kita dah banyak
lepas tu kita beli baju yang berkenan, dia kata membazir la pula

adeh
men will always be men kut :p

Anonymous said...

saya pun, setujuuu.....

ummi said...

pb ~ sebelum dia mula bercadang nak buka cawangan, baiklah berhati2dulu. but then again, kalau dia dah ada plan tu, macam2 alasan dia bagi.

ummu auni @ afif ~ that depends. husband akak pulak kalau sekali sekala indulge baju2 and kasut2, dia tak kisah sgt. tambah lagi now I am over 30 already so he has started nagging me to 'dress my age'. in fact akak dah pun tolak tepi blouse2 yang cutting atas punggung. so, kalau nak ganti baru, kenalah shopping kan.

oren ~ sekali sekala kena ingat2kan kawan2 dan diri sendiri juga..

y@tipruzz said...

aini - beli je selagi tak usik duit dia. Di mulut dia ckp membazir...kot dlm hati dia ckp 'cun jugak isteri aku pakai ni'
hehehe betul tak k.tie? :p

aku kalo shoping duit sendiri, pruz jarang bising. Kalau duit dia, aku tanyela opinion dia dulu...amik hati la beb hehe

aida said...

suami saya pulak..
oh nak beli kasut tu? jom!
nak beli kain ni? jom!

semua ok jer.. janji fulus saya :P

ummi said...

yati ~ btol.
ps jgn lurus bendul sgt..

aida ~ kalau duit akak pun kena tanya jugak. bak kata yati ni, ambik hati. mana tau kot2 sampai kat kaunter dia huloq apa2 kaaa..