Tuesday, March 18, 2008

Cahaya Yang Utama

She's back to school after cuti seminggu. 4 hari di Tgg, the rest in Temerloh. Antara cucu-cucu Atok dan Wan, dia nilah sorang-sorangnya yang nak tinggal kat kampung bila cuti. Buat penghibur hati Atok dan Wan. Lagipun kalau di KL, walaupun cuti, dia tetap kena pegi Atfal Sayang macam biasa. Kalau di kampung, macam-macam dia buat.

[1] Bagi ayam makan. Pagi, petang. Kadang-kadang ikut suka hati dia aje. Sib baik ayam-ayam tak mati kekenyangan aje. Dia ikut Atok naik moto pegi beli jagung kering makanan ayam kat kedai depan simpang nun. Kakak duduk belakang Atok, katanya. Bila moto jalan, Kakak peluk Atok kuat-kuat.

[2] Ikut Atok dan Wan ke kebun. Kutip cili. Tengok monyet. Jumpa biawak. Naik moto bertiga (dia tersepit kat tengah). Nampak b*b* kat belakang moto mengekor diorang. Kakak kata, ada 3 piglet. Satu bapak dia, satu mak dia, satu anak dia.

[3] Dapat makan telur ayam sesuka hati dia. Feveret bukan main. Kalau di rumah kami, saya sekat-sekatkan jugak intake telur tu. Kat kampung, dihentamnya tiap hari. Kata Kakak, kadang-kadang telur hancur, kadang-kadang telur kuning semua, kadang-kadang telur ada mata. Pendek kata, teeeellluuuurrrrr aje lah.

[4] Atok bawak pegi mancing. Turun moto, ada segerombolan kerbau. Dia pun naik takut, terus ajak Atok balik aje.

[5] Boleh tengok katun sesuka hati dia. Tanpa gangguan Iman. Iman kami bawak balik KL sebab dia ni *SOPnya saya dan Tebby saja yang faham. Punyalah tebal CD bag yang Kakak bawak balik kampung. Semua cerita-ceriti feveret dia. Makkucu sms saya lepas 2 hari Kakak di kampung. Takde cerita lain dah, katun katun katun. Saya selalunya ada win-win arrangement dengan si Kakak. Saya bagi dia peluang tengok Teen Titan (misalnya) sampai habis. Lepas tu, Ummi boleh tengok cerita yang Ummi pilih.

Itu cerita balik kampung.

Ni cerita tabiat dia. Seboleh-boleh mungkin saya cuba berdemokrasi dengan anak-anak, especially si Kakak. Dia dah 7 tahun. Ada pendapat sendiri, ada kehendak sendiri, ada keperibadian sendiri. Saya hormat diri dia and in-turn, alhamdulillah, dia hormat saya. Barang-barang dia yang saya nak pinjam, saya bagitau. Baju-baju dia yang saya nak letgo, saya seek consensus dia. Kalau saya buat silap, saya minta maaf dari dia. In turn, she does the same thing. Hatta kalau guna apa-apa barang saya, pasti diminta keizinan. Saya tak mau jadi typical conventional parent - 'do as I say' or 'because I say so'. Exemplary. Saya mahu jadi Ibu yang diidolakan oleh anak-anak sampai bila-bila.

Saya pernah tanya Kakak, antara Atok dan Wan, mana Kakak lagi sayang? Jawapannya berhemah, penuh hati-hati. Dua-dua Kakak sayang, jawabnya. Sama saja. Saya asak dia lagi. Fikir betul-betul. Mesti ada yang Kakak lebih sayang. Jawabnya perlahan. A bit hesitant I should say. Atok. Jawabnya pendek. Tapi jangan bagitau Wan, nanti Wan sedih. Saya tak pernah tanya antara saya dan abahnya. Kalau dia sayang abahnya lebih dari saya, tak bermakna dia tidak sayang saya langsung, kan. Bagi saya kasih sayang harus dizahirkan. Ucapkan lah sayang itu. Bye Kakak, I love you. Good Night Kakak, I love you. Or Ummi rindu Kakak bila Kakak balik kampung. Waktu ditinggalkan di taska saban hari, sebelum berpisah, pasti bersalam, pasti peluk cium. Pasti saya usap kepala anak-anak. Kalau waktu menjemput, mungkin sesetengah orang lebih selesa menunggu anak-anak dari dalam kereta. Saya lebih senang turun and masuk ke pagar taska. To receive and to return their embrace.

Semalam sebaik menjemput anak-anak lepas balik kerja, kata Kakak, she has things to show. Kebetulannya semalam dia ada art class. Saya fikir mungkin hasil kerja tangan menggunakan play-dough sebab cikgunya minta bawa clay/tanah liat. Katanya, buat pasu bunya tapi pasu bunganya dah penyek dalam beg. Mukanya masam. Kenapa? Kawan-kawan kata tanah liat Kakak macam tah* sebab warna coklat. Saya rasa nak tergelak tapi saya tahan. If I do, pasti dia lagi marah. Takpelah, nanti cuti hujung minggu kita buat pasu lain depan rumah. Kebetulan saya beli 3 pack. Ada lebihan lagi. Dia setuju. Okay, selesai satu perkara.

Rupanya dia bawak balik result ujian Fasa 1 yang diduduki sebelum cuti penggal lepas. Ahh... hati Ibu mana yang tak berbunga-bunga bila dimaklumkan she's the only one in her class yang score 100% untuk Pengajian Islam! Subjek lain boleh tahan. Alhamdulillah. Walaupun bukan 100%, semuanya atas 85% kecuali BM yang dapat 79%. Ya, saya ingin dia jadi anak yang paling pandai di dunia ini. Yang paling bijak. Yang paling comel. Pendek kata, yang terbaik. Tapi saya cuma manusia biasa. Begitu juga dengan Kakak. Saya cuma boleh mengharapkan yang terbaik dari dia. I did not expect much sebab saya sendiri don't do much. Sekadar selak-selak buku-bukunya bila ada masa. Kadang-kadang naik angin juga bila exercise booknya semua berpangkah. Bila buat homework, matanya menjeling ke TV. Dalam nak marah tu, hampir saya tergelak tengok jawapan Math dia. How many books are there on the table? Adalah dalam 5-6 buku rasanya. Jawapan dia - There are many books on the table. Conceptually she's right but at the same time, she's not answering the question.

Nurul Athirah. Cahaya yang Utama. Puteri satu dalam keluarga kami. Ummi dan abah sayang Kakak. Much more than you know dear.

*SOP -> Standard Operating Procedures

7 comments:

Anonymous said...

alahai..sedih baca entry nih..same goes to my Mira, the only girl in the house..walaupun kadang naik angin juga, tapi dlm hati nih, mmg doakan yang baik2 jek utk anak2...

kadang, pernah dia persoalkan kenapa ibu tak sayang kakak mcm dulu lagi, tak peluk kakak mcm dulu lagi..huhuhu..mmg saya terlupa sungguh2 kat dia..dan mulai saat ini, kena biasakan diri peluk dia jugak, instead of the small heroes tuh..

betui kata akak, sayang tu kena dizahirkan...

ummi said...

oren ~ akak membesar dalam suasana sungguh tradisional. tak boleh persoalkan tindakan mak ayah. kalau buat baik, no rewards tapi kalau dapat yang buruk, alamatnya kenalah denda. alasannya -> makan garam lebih awal. akak takmau anak-anak membesar macam tu. akak mau menghormati dan dihormati. menyayangi dan disayangi.

cuba buat tiap2 hari sampai jadi rutin. peluk cium. sampai ke tahap, satu hari kalau terlupa nak buat, terasa tak lengkap!

::ziLla:: said...

sedih baca part kakak kata dia sayang atok lebih...teringat kat arwah abah mertua saya, kalau dia ada lagi, mesti jawapan khayrin pon mcm tu, sayang atok lebih...

ummi said...

zilla ~ budak2 sgt ikhlas. jujur. hati diorang bersih walaupun suka lompat2 dan terbang2 macam ultraman. kalau ditanya, itulah jawapan dari hati dia.

Tyha said...

Kita sama2 jadi ibu,bila baca entry menyentuh hati pasal anak2 ni...sebak jadinyakan. Org kata cucu2 ni biasanya akan lebih rapat pada sebelah ibunya.X tahulahkan.Najmi pon....kalau soh pilih...antara atuk ngan tok ki...mesti pilih umah atuk,tinggal kat umah atuk pon x apa tanpa abah ngan mama.Mcm mengundi hari tu...abah dia banyak kali pujuk gi umah tokki..;).Tapi dia x nak.Kesian juga kat Tokki yang rindu kat cucu dia.Sampaikan kalau dia merajuk dengan kami....selagi x telefon atuk suh pujuk...siaplah dia punya raung...nak atuk...nak atuk...;)
Baguslah akak...contoh melalui teladan...baru anak2 fahamkan konsep kasih sayang + dia rasa dihargai..

Kaklong Syikin said...

salam ummi,

tahniah buat kakak yg tunjukkan prestasi cemerlang dlm test 1 nya :).

bab berdemokrasi dgn anak2, itu yg sebaiknya saya rasa.apa yg ummi buat ngan kakak, sama mcm amalan saya.tp ada masanya juga saya gunakan kuasa veto :).

anak saya dah 5 ni. dan kerap saya pandang muka husna, anak sulung, betapa saya selalu rasa bersalah kerana usia 9 thun dia dah ada 4 adik di bwhnya. pendek kata, saya tak boleh fokus bnyk sngt pada dia skrg, tp saya selalu cakap kat dia, saya sayangkan dia dan saya minta dia memahami saya krn adik2nya ramai.dlm masa yg sama, saya selalu ingatkan dia kena jd contoh yg baik pada adik2. syukurlah setakat ni dia jlnkan tugasnya sbg kakak dgn baik.

ummi said...

tyha ~ zaman kanak2 akak mungkin tak mewah dengan kasih sayang. takde nak dengar perkataan sayang, jauh sekali nak peluk cium. dulu sampai tertanya2, sayangkan mak dgn ayah kat kita ni? bila ada anak sendiri, akak bertekad takmau diorang mengalami perkara yang sama. pada masa yang sama, akak cuba baiki hubungan dengan parents sendiri. bila balik, mula peluk cium diorang. mula2 mmg kekok, lama2 okay.

k long syikin ~ alhamdulillah, ujian pertama boleh tahan. cuma math dia lemah sikit. macam ummi dia! ummi dia sampai sekarang tak berapa pandai bab math ni. rasanya kena latih tubi banyak2.

anak sikit lain kesahnya, bila ramai lain ragamnya. to me komunikasi dgn anak2 tu penting. kalau begini atau begitu, apa sebabnya. kenapa kita buat begitu dan begini.