Thursday, February 21, 2008

34 and going

Saya sibuk! Kadang-kadang muak dengan remark 'ASAP' atau deadline yang diberi cuma 1-2 jam saja. As if we don't have any other things to do. Sibuk-sibuk pun saya tak pernah miss lunch. Tanyalah Zarid dengan Smah. (Orang tingkat bawah ni dah tak sudi makan dengan kami...). Most of the time kami ke Menara TM. Kalau time pegi tu turun bukit so senang ajelah saya 'meluncur' pegi makan. Time balik kena mendaki. At 29 weeks, saya memang dah slow sangat. Budak-budak nih kata (mmg diorang ni budak-budak, saya ni kakak 7 tahun dari diorang) tak lama lagi diorang kena tolak saya naik bukit lepas makan. He.. he.. ada jugak kemungkinan tu nanti. At 34 (dan tak fit), this pregnancy really takes its toll on me.

34. Dah tua kan? Maybe I've spent 1/2 of my life already. Tu pun kalau umur panjang hidup sampai 60 over. Kalau Allah jemput awal, lain cerita pulak kan. At this age, saya mula mendengar kisah-kisah rumahtangga, cerai-berai, gaduh-gaduh, affair-affair. In fact I have a few friends yang dah single balik. Yang sedang menjalani percintaan kali ke-2 dan macam-macam lagi. Kalau dulu, dok dengar kisah-kisah romantik 'laki aku bagi roses satu bouquet' (bukan saya), 'laki aku bawak pegi candle light dinner' (juga bukan saya). Kiranya mostly yang indah-indah disaat baru melayari alam rumahtangga. Masa bergerak, hidup berubah. Mungkin dulu sang isterilah sorang-sorangnya dambaan hati. Sang suami lah superhero tiada tandingan. Lama-kelamaan dunia yang diteroka semakin luas. Di mata sang suami, isteri yang dipuja-puja dulu sudah hilang tarikannya. Menu sediaan isteri yang dulu ditunggu-tunggu sudah tak sedap lagi. Pada si isteri pula, perut gendut suami yang tak pernah dikisahkan sebelum ini boleh jadi agenda utama pergaduhan. Atau mungkin gaji suami seciput yang dulu tak pernah jadi isu perbahasan. But now, it is. Why?

Saya tak tau kenapa ini yang saya blog kan hari ini. Sebetul-betulnya tiada kaitan dengan kisah rumahtangga saya, jangan salah faham. Saya teringat Tebby pernah cakap, memang perempuan takkan setuju dengan poligami tapi jangan berbincang berapi-api seolah-olah mengharamkan apa yang halal. And kalau si lelaki dah berhajat tambah cawangan, dia akan berusaha ke arah itu.

Teringat juga tulisan KakLong di blognya sewaktu nak ke bilik bersalin. Pesan KakLong pada suaminya, kalau saya mati waktu bersalin ni, abang kawinlah lain. Tapi kalau saya tak mati, abang janganlah kawin lain!

12 comments:

pB said...

baru 34 ...

muda sgt sgt lagi tu ...

pB umur 34 , anak dah empat
hehe hehe

aida said...

interesting..
sebenarnya aini baru buka satu kisah pasal suami isteri bercerai berai

sebab laki main kayu 3 (org TM ni) sampai perempuan tu ngandung anak luar nikahnya (org TM gak)

tak sangka kan dlm co boleh jadi gitu?

lepas tu ex-husband badmouth ex-wife (org TM) kata ex-wife main kayu 3.. padahal si laki yang sibuk ngndungkan anak dara.. astagfirullah

sikulat said...

ohh.. hebatnye criter kat co kita nih.. muahahhaha

ummi said...

pb ~ mana ada muda... saya kawin lewat, umur 34 anak baru djh 1. nak wat camne dah jodoh gitu kan.

aida ~ huihh.. dah sendiri buat salah, lagi nak salahkan org lain. lelaki ni kalau dah minat kat org lain, most of the time akan blame wife. tak reti masaklah, tak jaga badanlah, rumah sepah lah. yang dia belengkor cam ulor sawa manjang tu tak sedor.

sikulat ~ heh... ada banyyakkkk lagi taw!!!

mardhiah12 said...

eee takut takut....

ummi said...

mardhiah12 ~ never be complacent with what you have. if needs be, get out from the routine from time to time. eh.. kang ada org kata buang tebiat pulak ek?

Farra said...

k. tie, pesan sy pada sumai ada extra..kalau saya mati..bolehla kawin lain sebab rasanya mesti dia tak terurus kalau tade sape handle everyday matters..but make sure pilih calon yag boleh sayang anak2 macam anak sendiri, jgn dera2 mcm mak cinderella! eheheh

frankly, u tak nampk pon umur 34
!! ;)

ummi said...

farra ~ yep. mesti sayang anak2 kita. kalau boleh lebih dari kita sendiri.

ps nampak lagi tua ke lagi muda? muda kan heh.. heh..

oren said...

people do change..so, mmg tak heran le kalo ada cerita2 gini..saya dah pernah lalui episod hitam..mungkin saya terlalu impikan yg sempurna sampai semuanya jadi tak kena..but i really appreciate all those experience untuk memulakan hari baru..yang baik jadi teladan, yg buruk jadikan sempadan dan jgn diulang lagi...

ummi said...

oren ~ bg akak, tak kira walau bahagia mana pun kita sekarang, kita jgn diskaun 100% perkara2 macam tu takkan berlaku.

it's good to know that pn oren dah mulakan hidup baru.

yatipruzz said...

menarik aar citer korang...aku kat cyberjaya tade citer camtuh hehe

ummi said...

yati ~ wah, kalau dok kat sana semua bahagia yek? smah, jom pindah sana..