Friday, October 19, 2007

Salam Syawal

We were back in KL yesterday. Except Kakak, who had (still is) great time at my parents' and decided to stay back. She'll be back with my brother this weekend. Sampaikan semalam call pun tak berapa nak bercakap, busy bebenor.

Cadangnya nak start keje today but Atfal still tutup so dok rumah mengemas and membasuh kain. Punyalah menimbun, habis semua pagar depan dengan belakang! Jiran-jiran pun masih belum ramai yang balik. Senyap sunyi aje. Jiran kiri, kanan dan belakang pun masih belum habis beraya di kampung masing-masing. Tebby dah start keje dah.

Eid was celebrated sederhana in both Tebby's and my kampung. Takdelah pegi ziarah banyak sangat pun, kecuali sedara-mara terdekat. With Iman, susah sikit nak ke sana-sini. Faham-faham sajalah dia tu. Hari Raya pertama, MIL buat Nasi Beryani, kedua pulak bakar sate. Hari Raya ketiga, Nasi Lemak sebelum kami 4 beranak berangkat ke Temerloh. Singgah di Muktafibillah dan sempat lunch di rumah mak sedara Tebby. Dapat makan lidah goreng, sedap! Kami sampai di Temerloh dalam pukul 5pm gitu. Esoknya ke Jerantut rumah bapak saudara (adik my father). Seronok dengar cerita diorang masa kecik-kecik dulu. Sedar tak sedar dah 3 jam kami kat situ. Sempatlah makan Mihun Soto yang lazat. Malamnya ke rumah Abang Long saya di bandar Temerloh. Mihun Sup pulak. Keesokannya kami ke Bentong, rumah adik mak saya. Makan Mi Kari dan nasi berlauk bagai. Hari Khamis sebelum bertolak ke KL, ke rumah mak sedara saya. Kakak dan Iman terus serbu reban ayam kat belakang rumah, adeh. Iman langsung tak naik ke rumah, dok berlari kat laman sampailah kami balik. Collection duit raya anak-anak so-so lah. Saya pun tak nak diorang ni ada perception yang duit raya tu as vital part of Eid celebration. Yang nyatanya akan saya bank-in ke Tabung Haji masing-masing. Jangan tak tau Tebby masih dapat duit raya dari Along (my eldest SIL).

Saya pulak masih loya-loya dan muntah-muntah. Dah masuk 11 weeks dah. Perut pun dah membulat. Yang berbezanya sekarang, selera makan saya dah mula naik. Kalau kena dengan lauknya, mau bertambah-tambah saya makan. Hari tu kat kampung, lauknya cuma sup ayam, ikan goreng dan sambal tempoyak. Pehh... sib baik nasi dalam periuk dah habis. Esoknya pulak, dek sebab saya nak sangat makan pisang goreng, mak saya gorengkan pisang semangkuk besar. Apalagi, dekat 1/2 mangkuk tu saya sorang aje yang makan. Tapi kalau tak kena gayanya, apa pun depan mata, saya usik sikit aje. Bab makan waktu mengandung ni saya kena hati-hati sikit, takut anak jadi besar. Waktu bersalinkan Kakak, Dr Jemilah dah warning saya, baby paling besar saya boleh bersalin normal mungkin pada takat 3.5kg saja (which is birthweight Kakak).

Salam Syawal dari saya....

6 comments:

NeroEcha said...

Sakan beraya ye kak..mana gambar2 raya?

ummi said...

nero ~ yang sakannya makan aje kot. sebut pasal gambar, tak sampai hati nak publish. takde yang proper pun. in fact tak ada acara salam2 pun. everybody seemed to forget...

aida said...

makan masa pregnant.. jangan makan manis byk sgt, kang baby membesar...

as for me, doc said, the highest weight for my baby is 3.4 kg.. kalau tak, kena zass.. alhamdulillah, fahri 3.3 kg (kurang 0.1 kg dari prediction doctor)

tapi menyesal gak sebab kuat minum air manis masa ngandungkan fahri.. masa amni & fawwaz, betul2 jaga

ummi said...

aida ~ ouch... takutnya kalau kena zasss gitu. byk org kata lagi sakit kemudiannya. i guess kita ni biasalah, bila bukan anak no 1 or 2, dah mula relax sangat bab2 berpantang itu ini ni kan. need to be stricter with myself after this.

y@tipruzz said...

kena zass mmg perit yg amat sampai sebulan lebey..maka sila lah elakkan selagi boleh ok :)

ummi said...

yati ~ kat labor room merayu2 suruh dr 'zass'. bila dikenang2 balik, sib baik tak kena. kalau bersalin normal tu, sejam lepas bersalin dah boleh jalan2 dah. cuma rasa tak stabil sbb sebelum ni berat, tetiba ringan pulok!