Tuesday, October 02, 2007

20 Ramadhan 1428H

Diam tak diam dah 20 hari berpuasa (saya 15 ajek so far - semalam kantoi lagi, muntah dari pagi). Biasanya bila dah 10 hari terakhir ni, cepat aje rasanya kan. Tambah pulak, kerja berlambak kat ofis nih. Sabar....

Dan akhirnya, saya berjaya mengheret diri sendiri membeli baju raya anak-anak dan mak anak dan pak anak. Dek sebab lembek longlai Ramadhan kali ni, saya memang hilang mood nak buat preparation. Sampaikan kakak saya marah, dia kata 'engko tu takpelah takde mood raya, budak-budak mesti nak beraya sedikit sebanyak'. Tapi kan.... tapi kan... when I started, tu diaaaaa....... nak tau 'hasil tangkapan' saya so far..

[1] 2 pasang baju untuk Athirah. Like she requested, sepasang baju kurung warna purple. Saya beli di PSA. Lagi sepasang ialah long-pants MIKI and long-sleeve t-shirt KIKO. Except baju kurung, lenlain semua ada discount hebat. Tak lalu saya nak membeli baju budak-budak sampai nak mencecah ratus ringgit sehelai. Oh ya, anak dara tu mintak dibeli rantai matching dengan baju kurungnya!

[2] 2 pasang baju untuk Iman. Dia tak request apa-apa sebab masih belum reti nak demand-demand ni! Sehelai seluar 3/4 sama kaler dengan seluar Athirah cap MIKI (got discount), a shirt from IQ and sepasang t-shirt and seluar from cap JUSCO.

[3] 1 pasang baju kurung riau untuk saya dari PSA. Sama kaler dan material dengan Athirah. Cuma saya punya lebih vogue gitu, kelip kelap dengan batu permata bertaburan he.. he.. siap dapat matching tudung and brooch free lagi tu..

[4] 1 helai shirt grain-neck for Tebby. Toksah pujuk lah dia pakai baju melayu sepasang time raya-raya ni. Mesti pakai shirt (lepas semayang tukar t-shirt pulok). Last dia pakai baju melayu sepasang masa kami bernikah 7 tahun lepas.

[5] 16 tabung tart nenas! 2 untuk kami, 5 untuk staff saya dan 9 untuk cikgu/pengasuh di Atfal Sayang/Excel.

[6] 4 bekas biskut dengan nama yang pelik-pelik.

[7] 2 biji kek lapis prune dan another 2 lapis masam manis.

Katakanlah mood saya bershopping ni wujud dari 1st day puasa -> *saya pengsan* ->*tebby double pengsan* !!!

7 comments:

mawar said...

heheheeh..tu dalam x larat tu boleh beli sakan..saya raya tahun ni amatla sederhana nya..x larat nak sopping mopping nih..heee

ummi said...

mawar - sib baik mood tu datang dah hujubg2.. kalu tak... P.O.K.A.I!!

yatipruzz said...

ni mesti PSA kat jusco kan hehe..saye tgk gitu2 je time lalu last week.

kek lapis beli mane? murah tak? tinginnyerrrr kek lapis cadbury hhuhuhu

ummi said...

yati ~ mana lagi, situ ler. malas nak gi tempat lain dah. kek lapis tu beli from the same person akak beli from last year. dalam banyak2 kek lapis, dia punya yang paling sedap, to me lah.

siku|at said...

uhhuhh.. semalam saya beli baju utk atiqah.. kat jusco.. erpp.. terunder estimate size la plak.. boleh tukar ke erh size baju kat jusco.. bleh ke? huhuh.. kalau tak leh tukar alamatnya pakai skirt seksi la atiqah raya nih.. huhuhu

pB said...

Baiknyer Ummie...

staff pun dpt kuih raya ...

hantarler sikit pada pB kat shah alam nie ..

ummi said...

sikulat ~ kalau ada resit and tag still intact,boleh tukar lagi. within a few days after beli.

PB ~ meh datang rumah raya, boleh lah makan kuih2 tu..