Monday, August 06, 2012

Ikang Singgang

Ingat entry saya yang ini?

Ada yang email tanya macamana nak buat ikan tu. Senang je. Ikan, asam keping, garam kasar secukup rasa. Agak-agaklah ye kuantitinya. Ai main tabur je dalam periuk.




Letak air sikit je sebab ikan tu keluar air. Ikut kan arahan asal, jangan letak air langsung. I did that once, melekat-lekat ikan kat periuk sebab tak cukup air. Api selow je. Tutup periuk, buka sikit je.. (Yaaaaa... komoihnya dapoq ai! Lepaih soq tak cuci dapoq, teruih pi lena lepaih solat Subuh)

Dah masak. Kalau nak makan terus pun buleh. Tapi ai goreng dulu. Garing-garing. Boleh makan sampai ke tulang kecik-kecik tu. Cukup masin, masam, manis (manis ikan).

Oh ya. Hari ni dah masuk 17 hari kita puasa. Lagi 3 hari je bakal menghampiri 10 malam terakhir. Cepatnya masa berlalu. Elok je masuk bulan Ogos, terus naik bendera merah. Ala-ala menyambut bulan kemerdekaan kekdahnya :D Tapi dah namanya isteri dan mak orang, haruslah kena bangun siapkan sahur jugak kan walaupun tak puasa. Walaupun tak puasa, tetap makan sahur. Memeriahkan majlis :D

5 comments:

Smiley said...

kak T, saya dah buat..cuma air terbanyak la pulak...ok will try again later..tq for sharing

Ummu Auni said...

wah saya pun tgh bendera merah. macam biasa operasi di dapur diteruskan

pB said...

Biasa kalau pB buat 'ikae singgae' ni , pB akan masukan lengkuas ...

aida said...

selalu makan camni je terus, hahaha.. dah nama pun ikan singgang

ummi said...

Farra ~ welcome

Aini ~ ya lorr. kang tak makan sahur pulak orang lain kan. takpe, kumpul pahala juga.

pB ~ my MIL letak but I think takde lengkuas pun dah okay. MIL selalu buat ikan tongkol. boleh makan terus or goreng dulu. nyum nyum.

Aida ~ mmg boleh tapi akak goreng dulu, ikut permintaan kat rumah tu.