Tuesday, August 07, 2012

Amukan Sotong!

Asal masuk Ramadhan je mulalah sibuk fikir pasal nak masak apa, menu mingguan apa. Then share dengan kawan-kawan cara masakan pulak. Contohnya kalau nak ikan bilis goreng garing, cuma bedakkan ikan bilis dengan tepung jagung. Nak goreng ayam, campurkan dengan sikit tepung jagung masa lumur garam dengan kunyit tu.

Lepas tu tertengok pulak blog menayang sotong goreng. Sempoi je. Sotong kecik-kecik tu, goreng garam kunyit aje. Dah tu tengok gambar dalam pukul 1.00 tengahari gitu kan... haruslah semua nampak best.

I decided to try anyway.

Tebby does our 'marketing' every weekend (tak paksa okay, dia memang suka pegi pasar) Awal-awal dah pesan belikan sotong kecik-kecik. Tak payah potong, kasi goreng bulat-bulat aje. Of course, bersihkan dakwat-dakwat tu dulu la kan. Perap with little garam & kunyit. Just before goreng, lumurkan dengan tepung jagung. Kasi letak daun kari juga. ............... Barulah bau mengancam jiwa. And this is what I got.


And this! Tangan melepuh kena minyak panas. Dahsyat tak dahsyatnya letupan tu, sampai terkeluar sotong dari kuali. I guess sebab tak potong badan, ada air terperangkap kat dalam tu. Apa lagi, meletup la.



Kecederaan kat tangan ni cuma 40% aje. Lagi 60% kat lengan, sikit lagi nak sampai siku. Ni dah almost two weeks, parut merah dah jadi gelap. Pegi ofis kawan ofis tanya apsal tangan jadi gitu. Balik kampung, adik beradik tanya. Abang Long ai kata habislah saham jatuh. Saham pekebendanya.. dah takde pasaran ha ha.

Apapun, Tebby kata sedap. Selalu makan sotong celup tepung je kan. Sekali-sekali tukar resepi pulak. Takpe Yang, kalau you suka makan, ai sanggup berjuang dengan amukan sotong :D (jangan lupa beg raya ai anyway hihi)

Teringat pulak satu ketika dulu, lagi tak bernasib baik. Insiden goreng sotong jugaklah. Minyak panas terpercik kena tepi leher. Sebiji macam rupa love bite. Bila kawan-kawan nampak mulalah nak senyum-senyum. Ai kata sebab goreng sotong. Depa kata sotong kaki dua ke? Haihh... sumpah.. ni sotong takde kaki laaa...

4 comments:

Ina Hashim said...

Tie...teruk gak sotong tu meletup ek?Maybe minyak sikit sangat kut

ummi said...

K Ina ~ deep fry K Ina. sebab ada air dalam badan tu rasanya. meletup tu can be as an indicator sotong dah nak masak. kalau dah meletup2 tu cepat2 angkat. dah masak la tu.

Smiley said...

lawak hokay bab love bite tuh! cer kalau mertua yg nampak? wakakka
btw, mmg sotong suke meletop..so kdg2 saya rebus die kejap..kalau rebus lps tu grg die dah tak mengamuk lg kak! hahhah

Ina Hashim said...

owh deep fry ek...akak kalo bab goreng2 nih suka tutup kualinya sbb takut meletup ni ler